Harakah | Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan biadap dan dangkal yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri,Dato' Seri Dr Rais Yatim hari ini yang cuba menimbulkan spekulasi mengenai hubung kait Amerika Syarikat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Dalam laporan tersebut, Rais dipetik sebagai berkata Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat dan Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata, kenyataan biadap itu dipercayai usaha terdesak Umno-BN melalui propaganda murah akhbar arus perdana yang dilihat mahu merosakkan sokongan rakyat di sebalik kemelut kepimpinan negara yang dihadapi oleh Umno khususnya.
Katanya, propaganda murahan mengaitkan 'Anwar Agen Amerika' ini telah disebar luas sebegitu lama, terutama sewaktu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.
"Tanpa mereka sedari, di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Jelasnya, kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008. Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. ... selanjutnya.
Sep 21, 2008
Agen Amerika: AMK bidas kenyataan biadap Rais Yatim
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Rais Yatim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 23, 2008
TAHNIAH RAIS DAN KERJAAN BN – KINI SINGPURA TUNTUT EEZ (ZEE) DI BATU PUTIH.
tranungkite | ....Tajuk berita hari ini bertumpu kepada isu tuntutan zone ekskulisiv ekonomi disekitar Pulau Batu Putih oleh Singapura. Jurucakap kerajaan BN menyatakan rasa terkilan dan tidak berpuas hati kerana Singapura tidak berbincang terlebih dahulu dengan Malaysia sebelum mengutarakan tuntutan itu.
Soalannya : Perlukah Singapura berbincang dengan Malaysia dalam menentukan laman rumah mereka yang diiktiraf oleh ICJ. Sepertimana Paklah dan BN berbincang dengan PM Singapura di Langkawi untuk memabangunkan Wilayah Iskandar.
Singapura tak sebodoh itu perlu mengikut kebodohan dan kejahilan pemerintahan BN. Batu Putih hak mereka apa saja nak dibuat itu adalah hak mereka.
Lapuran juga menyatakan bahawa pengumpulan data yang lengkap sedang diusahakan untuk menghadapi tuntutan baru ini.
Harapan rakyat kepada pengumpul maklumat buat kerja betul-betul jangan main cilok dan memalukan rakyat dan negera Malaysia seluruhnya kerana orang luar tak akan kata itulah kerajaan BN Malaysia yang bodoh dan malas.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Belit Rais Yatim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 30, 2008
Ambassador to be summoned to Wisma Putra
Star - Turkish Ambassador Barlas Ozener will be summoned to Wisma Putra today to explain why PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was allowed to seek refuge in the embassy.
Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, who disclosed this to The Star, explained that Anwar did not qualify for any sort of international or diplomatic protection as he was being sought for a criminal investigation.
“If he is evading any sort of preventive law like the ISA, then it is a different matter. But he is being sought for an investigation involving sodomy, which is a crime under the Penal Code.
“When you run away from the law, it is not the same as facing some political persecution. As such, the embassy cannot grant him any sort of protection.
“We will ask the ambassador to reconsider (granting Anwar refuge) as it is meddling in Malaysia's internal affairs,” he said, adding that the Government also wanted to know why Anwar had gone to that particular embassy.... selanjutnya.
no2umno - aku rasa negara mongolia kena ada pejabat kedutaan di Malaysia. Ada sesiapa boleh usul?
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Rais Yatim
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
May 23, 2008
Rais sifatkan keputusan ICJ sebagai kemenangan bersama
Utusmeloya - Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura dan Terumbu Karang Tengah milik Malaysia, sebagai satu kemenangan bersama.
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di the Hague, Belanda, Rais berkata, walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia.
“Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak...pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan hal lain berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Puteh.... selanjutnya.
No2umnO - Kemenangan bersama? Sedap kan hati?... Haprak punya menteri.
Labels: Belit Rais Yatim
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Feb 20, 2008
Blog Bashing
cyusof.blogspot
I read in amusement about Culture, Arts and Heritage Minister Dr Rais Yatim's (photo) tirade against bloggers in a speech at a book launch yesterday.
The supposedly very cultured Rais was reported as saying that bloggers should evaluate themselves before indulging in an unhealthy culture of bashing others, including government leaders, through their blog sites.
He said although government bashing in the blogsites was among the challenges faced by the Barisan Nasional (BN) in facing the general election, it was not the nature of BN leaders to resort to using blog sites to attack others in their campaigns to win the elections. "I am saying that you should look at your own heart to see if it is clean. If it is not, then don't bash others in your blogs". He signs off by saying that, "I suggest that they attend courses on good manners as good manners is Malaysian culture".
In other not so many words, he is saying that we are kurang ajar.
How bloody presumptuous can he get. Its goes to show that ministers themselves should do some homework and learn to put their brains in gear before opening their big mouths. It is no secret that we bloggers have been at the receiving end with name calling, threatened with law suits, the ISA, etc., by the powers that be and they dont need blog sites to do this.
I for one will not stoop to Rais' level. Sheeesh. He is not even in my league.
Labels: Belit Rais Yatim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
NOT BLOG BASHING? WHAT DO YOU CALL THIS THEN?
zorro-unmasked
Launching a book and compact disc Dr Rais Yatim decided to pick on Bloggers although he declared it is not the our culture to do this. So what made you decide to bash bloggers. None of us blogged about you except to say that both your e-Village and Movie village before they could take off, collapsed. Yes we even expressed disappointment that you did not accept to contest the post of Secretary General of the Commonwealth.
This is what the press reported: "bloggers should evaluate themselves before indulging in an unhealthy culture of bashing others including government leaders, on their blogsites."
He said although government bashing in the blogsites was among the challenges faced by the Barisan Nasional (BN) in facing the general election, it was not the nature of BN leaders to resort to using blogsites to attack others in their campaigns to win the elections.
I for one, have a lot of respect for you as a senior cabinet minister. I have never featured you in my blog and it is sad that when I have to do it, this first time, I have to bash you, short of putting you into my Fart Chambers,of which the majority inmates have been your government colleagues, mostly males and just two females. I was tempted to, but your pluses outweighed this one minus....so you do not qualify.........yet. However, rules and policies can change to accommodate pressing situations. more...
Labels: Belit Rais Yatim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Polemik Pasal Bloggers Di Ambang PRU 12
kuda-kepang.blogspot.com
Ruhanie Ahmad
Di bawah ini adalah kenyataan terbaru dari seorang menteri dalam kerajaan sementara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai bloggers tempatan. Menteri berkenaan (sahabat saya) menyarankan bloggers Malaysia “menjalani kursus budi bahasa.”
Saya tidak akan komen kenyataan di bawah ini. Sebaliknya, saya paparkan beberapa posting saya terdahului mengenai blogging dan bloggers buat renungan bersama. Juga dipaparkan di sini adalah sebahagian epilog buku yang sedang saya tulis – Bloggers Kawan Atau Lawan – sebagai input penggeloraan minda.
Berikut adalah antara sedutan kenyataan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang saya petik daripada Bernama 19 Februari 2008, berjodol Hentam Kerajaan Dalam Blog Bukan Budaya Malaysia.
Penulis blog perlu menilai diri sendiri sebelum mahu menghidupkan budaya mencemuh orang lain di negara ini.
Walaupun budaya menghentam kerajaan dalam laman blog adalah antara cabaran yang dihadapi oleh Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum, ia bukanlah budaya BN dalam berkempen dan memenangi pilihan raya.
Kursus Budi Bahasa?
Mereka (bloggers) menghentam Perdana Menteri, menteri dan anggota pentadbiran tetapi yang mereka tak hentam adalah diri mereka sendiri.
Tindakan penulis blog kini semakin menjadi-jadi dan pada pandangan saya mudah, musim (pilihan raya) ini adalah musim mencemuh orang, membunuh orang dengan kata-kata tetapi itu bukan budaya kami (BN). Saya sarankan mereka menjalani kursus budi bahasa kerana budi bahasa itu budaya kita.
Pada 11 Oktober 2006, saya kirimkan posting berjodol Ingatan Google Tentang Pengaruh Blog yang saya petik daripada Reuters seperti berikut:
Ketua Eksekutif Google Inc., Eric Schmidt, menyifatkan ahli-ahli politik masih belum menghargai impak dunia secara talian yang akan turut memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.
Katanya, ramai ahli politik sebenarnya tidak memahami fenomena Internet dengan baik disebabkan masalah usia mereka.
Pada 14 September 2006 saya kirimkan tulisan ke blog ini berjodol Demokrasi Maya Mula Berwibawa. Antaranya saya meminta Datuk Seri Lik Kheng Yaik membaca The Electronic Republic oleh Lawrence Grossman, Cyberethics oleh James Lynch, dan Vote.Com oleh Dick Morris, kerana ketiga-tiga buku ini memberikan perspektif jelas mengenai alam siber dan generasi internet.
Maklumat Alternatif
Ketiga-kita buku ini juga boleh membantu kita memahami bagaimana masyarakat celek internet di serata dunia, termasuk di Malaysia, sedang dan akan mencorakkan demokrasi di hari muka menerusi ICT.
Pada 3 Mei 2007, saya poskan menerusi blog ini berita Bernama yang berjodol NUJ Mahu Kerajaan Iktiraf Blog Sebagai Media Baru. Berita itu memetik Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), Norila Mohd Daud, sebagai berkata bahawa fenomena mendapatkan maklumat menerusi internet memberi kesan yang amat besar dan ini menjadi sumber maklumat alternatif isu-isu semasa yang menyentuh masyarakat di negara ini.
Akhir sekali, inilah tulisan mutakhir saya yang saya akan muatkan sebagai prolog dalam buku baru saya mengenai bloggers. Antaranya saya katakan seperti berikut:
Saya menerima satu ugutan maut, lebih lima kali diura-urakan untuk di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, pernah digosipkan secara meluas untuk dipecat daripada UMNO, dibenci dan dimusuhi oleh segelintir manusia di sekeliling Perdana Menteri, digolongkan dalam kalangan 30 bloggers Malaysia yang berada dalam senarai hitam pihak-pihak tertentu, dan, paling hina sekali, pernah dikartunkan wajah saya dengan bertubuhkan seekor anjing!
Semua ini terjadi kerana manusia yang memandang serong terhadap bloggers sosio-politik, termasuk Abdullah dan segelintir menterinya, gagal memahami pentingnya blogs sebagai wadah komunikasi rakyat yang paling berkesan pada ketika ini. Sikap prejudis dan kebencian yang amat tebal ini menyebabkan individu-individu tersebut jadi buta hati. Mereka enggan menerima hakikat bahawa bloggers sosio-politik di Malaysia adalah golongan yang mempunyai kepakaran di bidang profesional. Mereka juga gagal untuk mengakui bahawa majoriti bloggers sosio-politik di negara ini juga adalah kumpulan wartawan yang berpengalaman dan ada nama.
Paling Rugi
Kegagalan Abdullah dan segelintir menterinya memahami hakikat blogs dan blogging serta signifikennya cabang komunikasi ini di seluruh dunia, juga menyebabkan mereka jadi bahan ketawa kepada banyak pihak. Lebih serius lagi, kegagalan ini menyebabkan mereka tidak menggunakan blogs sebagai satu daripada media penting dalam soal-soal negara dan kenegaraan.
Dalam konteks parti politik, sikap negatif dan tindakan konfrontasi Abdullah serta segelintir menterinya terhadap bloggers sosio-politik, menyebabkan UMNO khususnya, jadi pihak yang paling rugi dan paling ketinggalan dalam memanfaatkan blogs sebagai satu cara mengukuhkan parti, baik dari segi proses memenangi jiwa dan sokongan generasi muda, mahu pun dalam konteks melicinkan pengurusan politik hingga ke akar umbi.
Sebagai seorang ahli UMNO, saya amat sedih dengan hakikat ini. Bagaimanapun, saya sengaja tidak akan menghurai serta memperincikan dari aspek manakah UMNO kerugian dan dari aspek mana pula UMNO jadi ketinggalan. Cukup sekadar saya nyatakan di sini, apalah yang hendak diharapkan daripada UMNO kalau Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang tidak tahu cara mengakses sesuatu lamanweb, membawa bala tenteranya ke satu balai polis di Kuala Lumpur untuk membuat laporan kononnya ada lamanweb tempatan yang menghina Institusi Raja.
Memang UMNO mempunyai sekumpulan cyber troopers atau bloggers upahan dengan ganjaran yang lumayan. Tetapi, oleh kerana individu yang jadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia pun tidak faham apa itu blogs dan apa pula signifiken dan pentingan blogs sebagai wadah komunikasi moden, bloggers upahan ini pun hanya bertindak sebagai kaki pukul siber yang merapu tak tentu hujung dan pangkalnya. Ada juga di kalangan bloggers upahan ini yang kini jadi penabur fitnah par excellence!
Segala-galanya jadi begini kerana inilah hakikatnya UMNO di era Abdullah. Kalau UMNO di era Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya mencetuskan gagasan ICT yang dikagumi dunia, UMNO di era Abdullah terbukti gagal hanya untuk menangani fenomena blogs - satu-satunya ledakan baru daripada convergence ICT mutakhir ini. Kalau ada individu yang perlu dipersalahkan dalam hal ini, individu itu adalah Abdullah, Menteri Penerangannya dan lain-lain pihak yang enggan menasihati Abdullah, UMNO dan pemerintah dengan nasihat yang sebenar-benarnya mengenai blogs dan komunikasi rakyat di zaman ICT.
Labels: Belit Rais Yatim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments