KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 26, 2008

MUKHRIZ TIDAK SETUJU TANGGUH


"Saya merayu kepada kepimpinan Umno supaya tidak menunda pemilihan dan ikutlah seperti apa yang telah dikatakan (oleh Presiden parti pada tahun lepas) iaitu pemilihan akan diadakan pada tahun ini", katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mukhriz, yang juga anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno, itu berkata beliau yakin pertandingan merebut jawatan tidak akan menyebabkan perpecahan dalam parti kerana perwakilan sekarang mampu membuat keputusan yang bijak tanpa emosi.

Beliau berkata pemimpin Umno mesti mengikut perlembagaan parti dan semua anggota Umno harus membuat keputusan yang rasional dan bijak.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini berkata badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan supaya pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan kekecohan dalam parti.

Muhammad, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata badan-badan perhubungan itu termasuk ketua masing-masing sebulat suara menyatakan persetujuan itu dalam beberapa pertemuan berasingan dengan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak Jumaat lepas.

Pemilihan Umno yang dijadual tahun lepas ditunda hingga tahun ini ekoran jangkaan pilihan raya umum ke-12. Kali terakhir pemilihan diadakan adalah pada tahun 2004. Mengikut perlembagaan parti, pemilihan Umno boleh ditunda sehingga 18 bulan dan tempoh itu berakhir pada Jun 2009.

Mukhriz berkata jika terdapat pertandingan di peringkat jawatan Presiden sekalipun, beliau yakin Umno tidak akan berpecah jika pertandingan diadakan secara "gentleman".

"Yang paling penting jangan ada rasuah politik kerana itulah yang boleh menyebabkan perpecahan... Saya tidak nampak boleh berlaku sebarang perpecahan jika kita bertanding dalam suasana yang terkawal dan tanpa emosi," kata beliau. - Bernama

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive