KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 26, 2008

Perjanjian air perlu distruktur semula - MB Selangor

Menteri Besar Selangor Persoal Perjanjian Air Kerajaan Negeri Sebelum Ini

SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) -- Meskipun Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan sebagai sah, perjanjian air yang dimeterai oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini dan Puncak Niaga Holdings Bhd -- sehari sebelum pilihan raya umum 8 Mac lepas -- Menteri Besar mahu tahu jika perjanjian itu adil kepada rakyat Selangor.

Pada hari Selasa, menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata perjanjian itu terpakai kecuali Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), sebagai badan pengawal, memutuskan untuk membatalkannya.

Pada 7 Mac, perjanjian itu dimeterai oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini dan Puncak Niaga Holdings Bhd bagi operasi dan pengurusan pengumpulan air mentah dan loji rawatan di Sungai Sireh, Tanjung Karang.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata: "Ia boleh kekal, tetapi saya fikir pengguna juga mahukan jaminan daripada Datuk Shaziman bahawa ia perjanjian yang adil kepada rakyat.

"Jika perjanjian itu tidak adil kepada rakyat Selangor, saya akan minta rakyat Selangor menulis surat kepada Datuk Shaziman bahawa perjanjian itu melanggar kepentingan rakyat."

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri selepas kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP mengambil alih Selangor daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyemak perjanjian itu.

Ditanya apakah tindakan beliau berhubung perjanjian itu, beliau berkata:"Daripada pengalaman saya dalam dunia korporat, perjanjian itu perlu distruktur semula."


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana ia melibatkan rundingan tetapi menjelaskan walaupun perjanjian itu dimeterai oleh pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (negeri) sekarang untuk menyemaknya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive