KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Ketua kampung Perak. Show all posts
Showing posts with label Ketua kampung Perak. Show all posts

Jun 19, 2008

Undian Ketua Kampung di Parit Buntar

Pemilihan pada hari ini adalah yang pertama dalam DUN Titi Serong dengan menggunakan kaedah pengundian yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang baru.

Pemenang, Ust. Ahmad Ismail.

Bagi pemilihan Kampung Denisstown ini terapat 4 calon yang bertanding iaitu Hj, Mohd. shafeie Rejab (63) seorang pesara guru dari Taman Kerian. Hj. ahmad Abd. Hamid (62), Bilala Mesjid dari Kg. Perak. Aslan bin Jamil (43) yang berkerja sendiri dari Denisstown, dan Ust. Ahmad Ismail (66), Pesara guru dari Tmn. Kerian Tambahan.... selanjutnya.
Wak ingat apa kata MB Selangor tempoh hari.....kalau Ketua Kampung di lantik oleh orang kampung maka apa kah panggilan bagi JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Pusat? Ketua JKKK? Ketua Dilantik? Ketua ketui .... hai lawak Mat taib.

Apr 9, 2008

Isu Ketua Kampung, Muhammad Taib 'tidak siuman'?

Harakahdaily
(...) hli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa membantah sekeras-kerasnya di atas tindakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang telah melakukan majlis pelantikan semula Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Seri Iskandar, Perak baru-baru ini.

"Perbuatan sedemikian adalah perbuatan seorang kurang akal atau pun tidak siuman sahaja kerana pada bila masanya pula bahawa mereka yang berkenaan itu telah meletakkan jawatan? Kerana dari maklumat yang saya tahu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa mereka untuk meletakkan jawatan sehingga tamat tempoh kontraknya pada 31 Disember tahun ini nanti,"katanya di ceramah perdana, Tapak Pasar Malam, Kamunting dekat sini malam tadi.

Tegasnya, "setahu saya, hanya seorang Penghulu sahaja telah meletak jawatan dengan menunjukkan surat bersedia untuk berhenti di Majlis Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berjumpa Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, Ipoh 20, Mac lalu.

"Saya tidak sangka seorang Bekas Menteri Besar Selangor dan pernah popular di suatu ketika di zaman Tun Dr Mahathir dahulu sanggup buat kerja seperti perbuatan budak-budak kerana apa hak dia hendak campur urusan negeri Perak. Ini bukan di bawah Umno-BN lagi tetapi telah beralih kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah," tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional menegaskan bahawa segala urusan mengenai Penghulu, Ketua Kampung dan JKKK adalah di dalam kuasa kerajaan negeri Perak maka dan orang luar tidak boleh campur tangan atau tiada hak langsung ke atas perkara tersebut sama sekali.

"Ingin saya mengulangi lagi kenyataan Menteri Besar Perak, katanya, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah dan belum lagi memaksa sesiapa dari mereka untuk meletak jawatan kerana mereka boleh meneruskan kerja sehingga 31, Disember depan. Juga mereka boleh meneruskan kerja jika ada keserasian untuk bersama-sama membangunkan kerajaan yang ada sekarang,"tambahnya. MOre...

SATU LAGI PEMBAZIRAN

Ketua Kampung di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Kerajaan Persekutuan akan terus membayar elaun sebanyak RM400 seperti sebelum ini kepada kesemua Ketua Kampung berkenaan.
UTUSAN LOYA - Semua Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang dikuasai parti pembangkang akan diletakkan di bawah satu jawatankuasa yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, jawatankuasa baru itu diwujudkan atas permintaan Ketua Kampung sendiri yang mahu terus berkhidmat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun pentadbiran negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.

Beliau berkata, jawatankuasa itu sudah dibentuk tetapi namanya belum dimuktamadkan dan ia akan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan dalam tempoh terdekat.

‘‘Nama jawatankuasa itu belum sah lagi tetapi nama yang dicadangkan oleh UMNO Perak ialah Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) manakala Ketua Kampung sedia ada akan menjadi pengerusi kepada jawatankuasa tersebut dan elaun mereka akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan termasuk elaun mesyuarat.

‘‘Mereka adalah orang yang sama dalam JKKK sekarang, cuma nama yang bertukar dan mereka juga akan memainkan peranan seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan 817 bekas Ketua Kampung Perak di Institut Latihan Kemas di sini hari ini. more...

No2umnO - Rakyat dipaksa membayar Gaji JKKK ini .... ? Macam macam idea jahat kerajaan. 817 ketua kampung serta 11, 438 menjadi jumlah 12, 255 orang semuanya. Jumlah elaun sebulan, RM4.902 juta sebulan. Dan setahun RM58.824 juta. Itu diPerak sahaja. 2 Ketua kampung di dalam sebuah kampung, sungguh tidak logik dan tidak pernah berlaku? Adakah anda izinkan wang anda digunakan untuk tujuan ini? Wak takkan izinkan walau satu sen pun.

Apr 6, 2008

KETUA KAMPUNG: ADA UNSUR UGUTAN?

MStar
(...)Beliau berkata kerajaan negeri mengambil langkah itu ekoran menerima laporan terdapat ketua kampung yang didakwa terpaksa menandatangani surat peletakan jawatan itu selepas menerima ugutan dan ada surat peletakan jawatan yang mengandungi tandatangan palsu.

"Kalau mereka sukarela letak jawatan, kita terima dengan hati terbuka tetapi bila dua, tiga orang ketua kampung datang kepada saya dan semak (surat itu) mengakui bahawa mereka tidak pernah menandatangani dan seorang pula kata beliau tidak mahu tandatangan tetapi terpaksa tandatangan juga.

"Apabila berlaku seperti ini maka timbulkan rasa ragu-ragu yang memaksa kita membuka semula (surat peletakan jawatan) kerana mahu lihat adakah semua dokumen itu asli atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis Kolokium Pertubuhan Islam Perak di sini hari ini.


Beliau berkata menerusi perjumpaan itu kerajaan negeri akan memberi kebebasan dan memastikan semua ketua kampung membuat keputusan meletakkan jawatan secara sukarela dan tanpa paksaan.

Mengenai dakwaan peniruan tandatangan pada surat peletakan jawatan itu, Mohammad Nizar berkata tindakan sewajarnya akan diambil kerana ia satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan undang-undang.

Isnin lepas, Pengerusi Persatuan Ketuaketua Kampung Perak Sukiman Jalil menyerahkan 726 surat peletakan jawatan itu berkuatkuasa 1 Mei ini kepada Menteri Besar di pejabatnya di sini. Perak mempunyai 814 ketua kampung semuanya. more...

Mar 27, 2008

KETUA KAMPUNG TERUS BERTUGAS

1,300 ketua kampung di Perak dan Selangor batal hasrat letak jawatan
bharian.

PUTRAJAYA: Lebih 1,300 ketua kampung di Perak dan Selangor yang kini diperintah parti pembangkang hari ini bersetuju membatalkan cadangan meletak jawatan, sebaliknya memberi jaminan akan terus berkhidmat membantu dan menjaga kebajikan masyarakat akar umbi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata keputusan itu dicapai selepas 30 wakil Persatuan Ketua Kampung Perak dan Selangor menemui beliau selama dua jam di pejabatnya, di sini.

Katanya, mereka mengambil keputusan itu selepas mengambil kira kepentingan dan kebajikan penduduk, selain mahu memastikan projek pembangunan di kampung masing-masing dapat dilaksanakan seperti dirancang.

"Saya minta mereka batalkan cadangan meletak jawatan dan terus berkhidmat demi kepentingan penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Muhammad mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ketua Kampung Perak, Sukiman Jalil yang menggesa 879 ketua kampung di negeri itu meletak jawatan beramai-ramai berkuat kuasa 1 Mei depan kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran Perak pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sukiman berkata, lebih 13,000 ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) juga turut berbuat demikian dengan alasan sama.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ketua Kampung Malaysia, Shuhaimi Othman, yang turut menghadiri pertemuan dengan Muhammad berkata, lebih 1,500 ketua kampung di Kedah dan Pulau Pinang yang diperintah pakatan parti pembangkang juga dinasihatkan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau berkata, pelantikan mereka sebagai pemimpin masyarakat masih sah dan mereka layak menerima elaun RM400 sebulan daripada Kerajaan Pusat.

Umno wants village heads to quit

malaysia-today

(...) Sukiman said all Umno division chiefs had also agreed to the move.

"All village heads are Umno members and were appointed by the previous administration under Tajol Rosli.

"Now we have Pas, Keadilan and DAP in the new state government and it is definitely not appropriate for the BN-appointed village heads to remain in their positions or to co-operate with them," he said yesterday.

Sukiman, who was speaking to a gathering of 50 village heads from the Kinta district, called on them to resign to "save the honour of the village heads and Umno".

"It is better for all of us to resign than being instructed to do so by the new state government," he said.

He said the committee would collect the resignation letters by Saturday and hand them over to Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin on Sunday, adding that the resignations would take effect on May 1.

"In the meantime, please do not attend any functions organised by the new state government even if they invite you," Sukiman told the gathering.

He said his committee would meet Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhammad Taib to discuss the issue of allowances.

Sukiman said the committee would ask the federal government to continue paying RM600 in allowances to all the BN-appointed village heads in the state even after their resignations. More..

Mar 26, 2008

876 ketua kampung di Perak akan letak jawatan - Alhamdullillah !!!

IPOH 26 Mac – Sebanyak 876 ketua kampung di seluruh Perak akan meletakkan jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei ini kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran negeri ini pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain mereka, sebanyak 13,140 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turut berbuat demikian.

Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak, Zukiman Jalil memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, semua ketua kampung itu akan memberi notis peletakan jawatan kepada kerajaan Perak pada 1 Mei. - Utusan

Rakyat pilih ketua kampung ... Bukan UMNO


SEORANG penghulu mengemukakan soalan kepada Menteri Besar Perak pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK di Ipoh semalam.

IPOH - Mulai 1 Januari 2009, penduduk di 817 kampung di seluruh Perak berpeluang memilih sendiri ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui satu proses yang bakal diperkenalkan.

Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pelaksanaan sistem baru itu diharap mampu memberi lebih banyak peluang kepada penduduk terlibat memilih ketua mereka.

"Jika di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kuasa memilih diserah kepada rakyat, tiada sebab konsep yang sama tidak dilaksanakan di peringkat kampung.

"Kalau rakyat merasakan ketua kampung yang sedang berkhidmat ketika ini baik dan tidak perlu ditukar, mereka boleh meneruskan khidmat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan ketua kampung dan JKKK seluruh Perak bersama Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.

Jelasnya, proses pemilihan ketua kampung akan dilakukan secara terbuka dan semua penduduk bebas mencadangkan nama calon yang difikirkan layak.

"Kerajaan negeri akan mengeluarkan garis panduan berkaitan melalui pejabat-pejabat daerah," katanya. - KOSMO

Menarik - Budaya UMNO yang memilih ketua kampung berdasarkan fahaman politik akhir TAMAT ..... bye bye UMNO dan budayanya.

Mar 22, 2008

PKK PERAK DIHASUT UNTUK BOIKOT KERAJAAN PERAK

Baca keratan di bawah. Kononnya ramai ketua kampung tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan baru Perak. Walaupun kerajaan itu dilantik oleh Sultan Perak sendiri. Ada batu api atau mereka ni kena semua mengadap Sultan nanti? Atau lebih mudah lagi, buat pencalunan baru. Ramai yang mahu tu. Ini adalah satu bukti jelas bahawa kerajaan BN dahulu telah memilih Ketua Kampung dari golongan ahli UMNO dan barua barua mereka sahaja. Maka, semua kucar kacir sebuah pemerintahan bukan hanya berlaku di atas, tetapi turut berlaku di bawah dan akar umbi. Tak hairan lah kalau ketua kampung wak pun kuat rasuah dan selewengnya. Ikan kalau busuk, dari kepala membawa ke ekor.

Pertubuhan Ketua Kampung boikot MB pembangkang
pulaupangkor

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN

LUMUT 22 Mac – Pertubuhan Ketua-ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) akan memboikot semua program anjuran Kerajaan Negeri Perak yang diterajui gabungan pembangkang di sini, berkuatkuasa sertamerta.

Exco PKKN, Kassim Mohd. Said, berkata ketetapan itu diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut terdiri daripada 776 orang ahli dari 9 daerah pada petang kelmarin.

Beliau yang juga Yang Dipertua (YDP) PKKNP Cawangan Manjung, berkata pihaknya juga telah mengarahkan semua ahli di sini supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru pada Selasa depan.


Keterangan gambar:

KASSIM (tiga dari kiri) berbincang sesuatu dengan beberapa ketua kampung di Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Dewan UMNO Bahagian Lumut di Sitiawan, dekat sini, semalam. – Gambar NORSHARUDDIN SAPIAN.

“Saya telah mengarahkan semua 56 ahli pertubuhan di Manjung supaya memulaukan sebarang program
anjuran kerajaan negeri pembangkang di sini.

“Hari ini (Jumaat) saya telah mengarahkan semua ketua kampung di Parlimen Lumut supaya tidak memberikan kerjasama dengan pimpinan kerajaan negeri yang baru itu.

“Esok (Sabtu) saya akan bertemu pula dengan semua ketua kampung di Parlimen Beruas bagi menyampaikan arahan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Dewan UMNO Bahagian Lumut di Sitiawan, dekat sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Kassim yang juga Ketua Kampung Sitiawan, berkata selain daripada itu pihak persatuan juga mengambil ketetapan untuk tidak meletakkan jawatan mereka.

“Kami dilantik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perkhidmatan ketua kampung hanya akan berakhir pada 31 Disember ini.

”Justeru itu, kami dilantik bukan untuk berkhidmat dengan kerajaan yang baru dan mereka tiada hak mengarah ketua kampung mengikut telunjuk mereka,” kata beliau yang telah berkhidmat sebagai ketua kampung sejak tahun 1975 lalu.

Menurutnya, pihak persatuan juga akan membuat pertemuan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam masa terdekat ini bagi membincangkan hala tuju pertubuhan tersebut.

Jelasnya, pihak pertubuhan juga akan mencadangkan kepada kementerian tersebut supaya melantik semua ahli sebagai ketua penyelaras pembangunan kampung seperti di negeri yang dikuasai pembangkang seperti di Kelantan.

”Dengan itu, proses membangun dan menyalurkan semua projek pembangunan dari kerajaan pusat dapat diselaraskan,” katanya.

Posting terkini

Blog Archive