msomelayu - Mereka akan mula diuji bakat, suara, personaliti dan kecergasan minda sebelum diterima masuk secara rasmi ke dalam 'akademi' berkenaan menerusi mesyuarat cawangan yang kemudian diikuti oleh mesyuarat bahagian bermula Ogos hadapan. Pemilihan mereka oleh mesyuarat bahagian bolehlah dianggap sebagai pertarungan di suku akhir.
Hari ini sebermulanya mesyuarat agung cawangan Umno boleh dianggap mereka masing-masing mempamerkan diri diperingkat awal untuk dipilih memasuki 'akademi' berkenaan atau memungkinkan diri mereka turut bertarung merebut jawatan dilayer ketiga dalam Umno itu.
Di samping dua pemenang sebelum ini (penahan jawatan) iaitu Muhyiddin Yassin dan Mohd Ali Rustam, kini terdapat sekurang-kurang tujuh yang telah disebut-sebut atau berminat untuk mengambil bahagian dalam 'akademi' berkenaan atau berhajat untuk merebut jawatan berkenaan.
Seorang lagi calon atau juara akademi tahun 2003 dahulu, iaitu Mohd Isa Samad dibatalkan kemenangannya kerana telah didapati bersalah 'merusah para pengirim sms' agar mengundi beliau. Mohd Isa kini digantung daripada bertanding sebarang jawatan di dalam Umno.... selanjutnya.
Jun 3, 2008
Kempen Naib Presiden Umno Sudah Bermula
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 27, 2008
Perhimpunan agung pada 16 hingga 20 Disember ini, Dollah boleh dicabar
bharian
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menetapkan perhimpunan agung dan pemilihan parti akan diadakan pada 16 hingga 20 Disember ini.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini selepas mempengerusikan mesyuarat MT lebih empat jam, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.
Mengikut jadual, pemilihan jawatan tertinggi Umno akan diadakan Ogos.
Dalam pada itu, dinyatakan bahawa
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO boleh dicabar
utusan
KUALA LUMPUR 27 Mac - Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dicabar dalam pemilihan parti yang akan datang jika ada pencalonan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malah berkata, beliau sendiri sedia untuk dicabar
Bagaimanapun, MT hari ini memutuskan tidak akan mengadakan perhimpunan agung luar biasa bagi membincangkan keputusan yang diperoleh parti pada pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan lebih 100 ahli termasuk beberapa ketua dan timbalan ketua 51 bahagian Umno di kediamannya di sini, petang ini.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan cadangannya supaya Umno mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan.
Seorang pegawai veteran Umno itu yang ditemui menjelaskan, mereka yang datang dalam pertemuan itu menyokong idea yang dicetuskan Tengku Razaleigh itu.
Antara yang hadir, bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping)
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
LETAK JAWATAN LAGI?
Menurut laman blog Rockybru, menyuarat MT UMNO telah selesai. Beberapa isu dibincangkan termasuk Perlantikan Menteri Besar Terengganu. Menurut artikel itu juga mesyuarat desas desus telah tersebar bahawa seseorang akan meletakkan jawatan. Keadaan menjadi bertambah menarik dan kita nantikan .....
Rujuk : Rockybru
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno supreme council to deal with a host of issues
Star
Sources said the council was likely to discuss the following matters:
- The issue of the appointment of the Terengganu Mentri Besar and the membership of Datuk Ahmad Said, who was appointed MB by the Terengganu Regency Council;
- A proposal to postpone the party elections to next year;
- The call for an Extraordinary General Meeting by former party vice-president Tengku Razaleigh Hamzah to discuss the election results; and
- Discuss the initial post-mortem of the polls outcome.
Yesterday, the party’s management committee – comprising deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak, vice-presidents Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Wanita chief Datuk Seri Rafidah Aziz, Puteri head Datuk Noraini Ahmad, Information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib and secretary-general Datuk Tengku Adnan Mansor – met at the Deputy Prime Minister’s office in Putrajaya.
Sources said the committee discussed a report on the Terengganu MB saga and would submit its recommendations to the council today.
“The Terengganu side wanted Ahmad to be sacked from the party for accepting his appointment as MB, which they said was tantamount to insubordination as the Prime Minister had said only Datuk Seri Idris Jusoh could be the Mentri Besar,” said a senior council member.
It is not known if the committee has endorsed the Terengganu side’s recommendation for disciplinary action to be taken against Ahmad.
What is clear is that the council will endeavour to put an end to the saga when it meets today. Sources said the topic which could prove to be even more contentious was the proposal to postpone the party elections scheduled for this year.
Three senior council members have already made it clear that the “grassroots” were unhappy with any move to put off the party polls. more...
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BILA KAMI SETUJU?
utarawan
Betoi ka semua bahagian Umno di Kedah setuju dengan keputusan pucuk pimpinan parti bahawa pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi Umno ditangguhkan sampai tahun depan?
Bilakah ketua-ketua bahagian yang menganggotai Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bersetuju dengan keputusan itu?
Adakah pengerusi badan perhubungan Umno negeri bertanyakan pendapat tiap seorang ketua bahagian di Kedah sebelum memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti?
Media memetik Ketua Penerangan UMNO Muhammad Muhammad Taib sebagai berkata bahawa “semua Badan Perhubungan UMNO Negeri bersetuju supaya ditangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan pada Ogos ini kepada Jun tahun depan.”
Menurut dua orang pemimpin bahagian Umno di negeri ini “depa tak tanya kami pun…bila ada buat decision macam tu?...Depa tanya hang dak? (sambil merujuk kepada rakannya yang juga seorang ketua bahagian). Pemimpin bahagian yang seorang lagi menjawab "Tarak pun...awat buat keloloh macam ni?”
“Sapa buat keputusan untuk kami?", kedua-duanya bertanya.
Petangnya saya menelefon seorang lagi pemimpin bahagian yang berpangkat pak menakan juga bertanyakan soalan yang sama. “Aihh!...Aku tak tau pun (ada keputusan macam ni)? Pasai pa pulak nak postpone?”.
Semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Mohamad Hassan berkata beliau tidak setuju pemilihan ditangguhkan, sebaliknya berpandapat adalah perlu diadakan pada tahun ini seperti yang dijadualkan oleh ibu pejabat parti.
Kalau tidak silap, kenyataan Muhammad itu membayangkan bahawa Mohamad selaku ketua parti di peringkat negeri juga bersetuju dengan keputusan itu. Bagaimanapun, nampaknya pendapat Mohamad menyanggah apa yang dinyatakan oleh Muhammad.
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PEMUDA UMNO PUN TAK MAHU TANGGUH
Barisan pemimpin Pemuda mahu pemilihan parti diadakan tahun ini bagi membuktikan Umno sebuah parti bertanggungjawab dan mengamalkan demokrasi tulen demi kepentingan ahli dan rakyat.
Ketua Pemuda Umno bahagian Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia penting bagi menunjukkan Umno sebuah parti yang mendahulukan hak dan kepentingan ahlinya serta tidak melindungi kepentingan individu tertentu.
"Kita sudah berada dalam masa tambahan selepas pemilihan ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada pilihanraya umum ke-12.
"Keputusan pucuk pimpinan (menangguhkan pemilihan) akan menidakkan hak ahli untuk memilih pemimpin mereka," katanya.
Bernama memetik Faizal sebagai berkata, pemilihan parti perlu diadakan tahun ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan ahli terhadap kredibiliti kepimpinan Umno.
"Melalui pemilihan, ahli boleh menilai pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang tidak berprestasi dalam parti dan semasa pilihanraya umum lepas. Dengan kata lain, pemilihan parti ini pembetulan kepada apa yang silap. - Malaysiakini
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 26, 2008
Jelas Mat Taib Berbohong Lagi
Menurut laporan kebanyakan akhbar hari Mat Taib mengatakan ketua-ketua perhubungan negeri UMNO sebulat suara bersetuju untuk tangguhkan pemilihan pimpinan parti.
Tetapi di bawah tajuk “No need to defer Umno elections, says NS Mentri Besar” the Star melaporkan melaporkan bahawa MB Negri Sembilan Mat Hassan, hari ini, tidak bersetuju untuk menundakan pemilihan pucuk pimpinan parti.
Apakah Mat Hassan sebagai MB NS bukannya ketua perhubungan NS?
Jadi bagaimana Mat Taib boleh kata semua ketua perhubungan negeri sudah “sebulat suara” bersetuju untuk tidak diadakan pemilihan parti untuk mengelakkan “malapetaka”?
Labels: MAT TYSON MAT THAILAND, Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
MENGAPA TANGGUH?
Mohamad yang juga ahli Majlis Pengerusi Umno Negeri Sembilan berkata, mengapa pemilihan parti hendak ditangguhkan sedangkan ia mesti diadakan juga kemudiannya.
"Mengapa hendak tangguh pemilihan parti? Jika ditangguhkan sekarang, ia kena diadakan juga kemudian," kata Mohammad yang menegaskan itu adalah pendangan peribadinya.
Menurut beliau lagi, jika Umno menghadapi masalah, tiada sebab untuk lari daripada menghadapinya.
"Kita mesti menyelesaikannya dalam semangat sebenar Umno," katanya lagi sambil menegaskan bahawa setiap masalah tidak boleh ditutup begitu sahaja.Sementara itu, TheStar Online melaporkan Dr Khir Toyo pula berkata Umno perlu mendapatkan pandangan dari akar umbi sebelum memutuskan sama ada hendak menangguhkan pemilihan parti.
Bekas menteri besar Selangor itu berkata, pada kebiasaannya, keputusan dibuat di peringkat atasan tanpa mendapat maklumbalas dari akar umbi. - Malaysiakini
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ALI DAN ZAHID SETUJU TANGGUH
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, adalah wajar tarikh pemilihan itu ditangguhkan supaya barisan pemimpin dan ahli-ahli UMNO memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha untuk mengukuhkan parti.
''Setelah UMNO kukuh dan ahli-ahlinya bersatu padu, barulah sesuai untuk diadakan pemilihan parti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mencadangkan supaya pemilihan dalam parti itu ditangguhkan.
Bagaimanapun, Muhammad berkata, cadangan penangguhan pemilihan tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MT yang akan diadakan Khamis ini.
Ahli MT, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, penangguhan itu dapat membantu ahli-ahli di peringkat akar umbi merapatkan barisan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, di peringkat nasional pula, penangguhan itu memberi makna untuk pemimpin tertinggi 'turun padang' bagi memantau permasalahan dan melakukan muhasabah diri bagi memperkukuhkan semula perpaduan parti.
"Jika pemilihan di peringkat cawangan terus diadakan, ia akan mengakibatkan jarak (hubungan ahli) yang menang dengan yang kalah tidak dapat diperbaiki segera.
"Di peringkat bahagian pula akan lebih parah lagi jika pemilihan diizinkan,'' ujarnya. - Utusan meracau
Labels: Perhimpunan UMNO 2008
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
