KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Rosol Bangang. Show all posts
Showing posts with label Rosol Bangang. Show all posts

Jun 26, 2008

Ketua Penderhaka Hilang Wibawa

buletinonline - Ketua ‘penderhaka’ atau lebih dikenali sebagai Ketua Gang 22, Dato’ Rosol Wahid (Rosol) akhirnya mengangkat bendera putih sebagai tanda menyerah kalah kepada Tengku Awang (Ku Tera) bagi perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.

Ku Tera, jika diimbas kembali merupakan ‘mantan sifu’ kepada Rosol ketika beliau mula-mula bertatih, menceburi dunia politik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), YBM Dato’ Tengku Putera sepenuhnya sehingga dicalonkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ajil.

Namun, memang sudah menjadi lumrah dunia, ada anak didik yang selalu derhaka kepada gurunya kerana mengejar habuan yang lebih banyak.

Oleh itu, tidak hairanlah jikalau selama ini dia sudah pandai menderhaka, maka Rosol, tanpa segan silu pula, melakukan perkara yang sama terhadap pihak Istana Terengganu.

Bukan kisah derhaka Rosol yang menjadi fokus, tapi berkaitan sebahagian besar penyokong Rosol yang kecewa, apabila mereka tahu beliau mengangkat tangan tanda ‘surrender’, dan tidak akan ‘lawan tokey’ dalam pemilihan parti yang dijangka diadakan bulan Disember akan datang.

Pengakuan ‘kalah tanpa bertanding’ ini merupakan satu tamparan bagi team beliau yang dilihat begitu bersemangat dan sudah bersedia melakukan ‘sesuatu’ menjelang pemilihan nanti. ... selanjutnya.

May 11, 2008

Monsoon Cup dan TTI lapuk - Rosol

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/isulapuk3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - [...] Setelah rumah siap, pahat pun berbunyi ! Setelah Sidang DUN tamat, barulah Rosol bekas Exco kerajaan lalu, yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu membuat kenyataan di luar Dewan dengan mengatakan isu Monsoon Cup dan TTI adalah isu lapuk !

Semasa didalam Sidang DUN baru-baru ini, Rosol hanya mampu meneruskan sifat ‘kebudak-budakannya’ mengacau wakil-wakil PAS berucap dan memberikan saranan. Dia sebenarnya tidak mampu untuk berhujah panjang kerana terlalu banyak melakukan kesilapan, baik semasa menjadi Exco dan juga semasa krisis pelantikan Menteri Besar.

ADUN Ladang, YB Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar ketika dihubungi Buletin Online mengatakan bahawa isu Monsoon Cup dan TTI bukan isu yang lapuk malah ianya akan sentiasa dipersoalkan oleh rakyat kerana menjadi sejarah pemborosan dan pembaziran wang rakyat yang keterlaluan yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu.

Beliau berkata dengan beliau sendiri yang membawa beberapa isu berkaitan Monsoon Cup, rakyat dapat

mengetahui beberapa fakta yang tidak diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Mar 26, 2008

BILA PENDERHAKA NI NAK BERHENTI?

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/rosoltoye.gif” cannot be displayed, because it contains errors.PEJUANG YANG BAKAL TERKUNTANG KANTING SENDIRIAN

Beberapa hari lepas, dia lah HERO. Sekarang aku nak dengar sendiri sejauh mana JANTANnya EXCO Terengganu ini untuk meletakkan jawatan. Jangan cakap berdekah dekah beb. Kalau dah menderhaka, berhenti. Kalau tidak dibuang daerah pun sudah bernasib baik.

Kita nantikan kalau kalau ada kenyataan dibuat. PAHLAWAN UMNO konon. Rosol Wahid umpama, pak angguk yang malang. Berjuang untuk pemimpin, tapi akhirnya akan terkuntang kanting bersendirian. Jawab ........ harap harap Idris Jusoh atau Pak Lah boleh tanggung anak bini nya makan selepas meletakkan jawatan nanti. Atau suruh Patrick Badawi carum EPF atau SOCSO, untuk tanggung makan minum dia. Kalau sebelum ini dikatakan kenduri perkahwinan anaknya ditaja oleh YAM Patrick, kira ok la kalau tanggung Rosol sampai ke tua.

Mar 25, 2008

DARI JAWATAN GURU, KE ADUN, TALAM DAN SESUMPAH

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/rosoltoye.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Rosol berubah watak

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Rosol Wahid, berubah watak, menjadi kendur dan menerima cadangan supaya kepimpinan tinggi kerajaan mengadakan pertemuan dengan pihak istana bagi menyelesaikan segera kemelut pemilihan Menteri Besar Terengganu.

Walhal semalam Rosol sungguh-sungguh berkata kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang Idris Jusoh dan tidak menerima sebarang pelantikan selain dari Idris.
Rosol juga berkata, kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Ahmad tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri ini.

Rosol juga kelmarin bersusah payah berdiri didepan pagar istana menyerahkan memorandum kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu kepada MPPR setelah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan istana. - buletinonline

Posting terkini

Blog Archive