KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Tengku Adnan. Show all posts
Showing posts with label Tengku Adnan. Show all posts

May 27, 2008

Bila nak tangkap Adnan Mansor!

atranungkite - Tapi kali ini saya hanya mahu mengasak pada Adnan yang begitu teruja dengan siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Gani Patail.
Pelik juga. Nama beliau disebut dalam Klip berkenaan. Beliau juga sudah dipanggil oleh Suruhanjaya. Kenapa masih tak ditangkap. Adnan ini wajar ditangkap segera bagi memudahkan soal siasat dilakukan di balik tirai besi. Biar dia rasa sikit pengalaman dilokap, dan disoal siasat macam tahanan lain.

Polis Malaysia harus berani bertindak pada pemimpin Umno. Mereka bukan tuhan, dan mereka juga banyak kesalahan yang harus didedahkan pada rakyat. Apa ada pada Peguam Negara. Kuasa dakwa-dakwi tidak sepatutnya milik dia seorang.

Dia pun dilantik oleh Umno melalui skim ehsan “Kerajaan Barisan Nasional”. Jadi apakah kebebasan beliau sebagai Peguam Negara kini tidak boleh dipersoalkan. Setiap rakyat berhak menuntut keadilan dan Polis wajib menahan Adnan dan tidak membiarkannya diluar sini bersama rakyat yang tidak berdosa. Tempat beliau adalah penjara. Hantar sahaja dia ke sana.... selanjutnya.

May 26, 2008

Tengku Adnan patut letak jawatan - Kit Siang

klpos - Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, patut meletak jawatan sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dan Umno memandangkan laporan negatif mengenai beliau dalam kes klip video V.K. Lingam, kata Anggota Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang.

'Tidak syak lagi, Suruhanjaya Siasatan Diraja telah membuat laporan yang negatif mengenai Tengku Adnan dan lima kenamaan lain, yang disebut sebagai 'pengatur' dalam merundingkan pelantikan para hakim,' kata Lim dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak kelmarin.

Lim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya segera melepaskan Tengku Adnan daripada dua jawatan tersebut, jika kerajaan benar-benar serius dan jujur mahukan pembaharuan.

'Tengku Adnan patut dilepaskan daripada dua jawatan itu. Jika tidak, ia bermakna kerajaan tidak yakin dengan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja,' tambah beliau.

Lima kenamaan lain yang disebut dalam laporan suruhanjaya itu ialah peguam Datuk V.K. Lingam, jutawan Tan Sri Vincent Tan, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan dua mantan Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.... selanjutnya.

May 22, 2008

Video Lingam: Tengku Adnan tenang, AG arah siasat menyeluruh

Mstar - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang merupakan salah seorang daripada enam individu yang disyorkan untuk siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Diraja berkata, beliau menghadapi isu tersebut "dengan tenang."

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pula mengarahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan meliputi semua aspek yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Diraja Siasatan Mengenai Video Klip Datuk V.K. Lingam.

"Saya mahu satu siasatan adil dan saksama, bukan sahaja satu dua perkara, tetapi setiap perkara yang disenaraikan oleh Suruhanjaya Diraja," kata beliau kepada The Star semalam.

Pagi semalam, mStar Online difahamkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai isu tersebut.... selanjutnya.

May 17, 2008

Setiausaha Agong UMNO

penyokong KJ - Tahniah UMNO !
Habis lapuran terhadap Karpal Singh macam mana?
Silap haribulan nanti, pergi melutut kepada Karpal Singh minta tolong Karpal jadi Peguam bela pulak.
Kadang-kadang pelik la dengan jenis manusia seperti 6 jahanam ni.
Tuhan letak kita dimuka bumi ini supaya menjadi seorang manusia yang baik. Jika nak cari rezeki...rezeki yang baik.

Mereka ini semua dah ada duit banyak, harta banyak dan jawatan pun tinggi. Jadi apa lagi yang mereka nak?
Sudah tentu mereka nak 'kejahatan'. Manusia yang miskin yang daif berusaha nak cari rezeki dan nak jadi manusia yang baik. Manakala manusia bila dah kaya dan ada nama dan jawatan sudah tentu mereka inginkan 'kejahatan'? Kerana apa....kerana mereka tidak ada 'iman'.... selanjutnya.

May 10, 2008

ADNAN TUDUH KARPAL CUBA BERPOLITIK

bharian - [...] Amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak lebih daripada cakap politik yang ingin menarik publisiti, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Beliau berkata sikap berkenaan sangat ketara kerana beliau (Karpal) adalah pihak yang memulakan semua konflik itu apabila dengan sewenang-wenangnya mempersoalkan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury.

"Karpal mahu mempolitikkan perkara ini. Beliau yang mula, bertanyakan soalan yang mempertikaikan keputusan Sultan Azlan Shah. Kami merasakan tindakan beliau adalah kerana mahu publisiti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Melayu Cemerlang di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Apr 18, 2008

Ini kisah Tengku Adnan

klpos - (...) Ahli Parlimen muda ini berjaya menarik perhatian para audien yang hadir dengan membangkitkan sikap ‘double standard’ pihak Kementerian Wilayah yang tidak menghormati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang dijemput ke majlis berkenaan sebagai ahli panel.

Beliau memaklumkan bahawa beliau dijemput hadir sebagai VIP tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkan kereta beliau ditempat VIP kerana tempat itu dikhaskan untuk ahli parlimen BN dan kenderaan DBKL sahaja. Oleh itu beliau terpaksa meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam di bahagian bawah Hotel.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga ditolak oleh pengawal peribadi Datuk Bandar ketika cuba mendekatinya untuk berbual.

Ahli Parlimen Putrajaya yang sampai lewat ke majlis ini menjadi panas punggung bila mendengar komen Lim yang dianggapnya sebagai perkara remeh dan ‘rubbish’. Beliau tanpa segan silu menolak untuk naik ke pentas dan terus sahaja meninggalkan majlis walaupun baru setengah jam berada disitu.

Sikap tidak ‘gentelment’ Adnan ini dikutuk oleh para hadirin hingga ada yang memanggilnya sebagai ‘rubbish MP’ ketika beliau melangkah keluar dari dewan.

Walau apa juga sebabnya beliau tidak sepatutnya keluar dan perlu berlapang dada menerima komentar dari MP lain. Urusetia program turun kecewa kerana beliau sebagai ahli parlimen BN gagal menunjukkan komitmen dan sikap yang positif didalam majlis berkenaan.

Para perwakilan persatuan, NGOs dan wartawan yang hadir menganggap bahawa beliau hari ini gagal menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya, dimana semua MP telah memberikan kerjasama yang baik dalam mengupas permasalahan di parlimen masing-masing untuk dikongsikan.

Beliau menyertai ahli parlimen Setiawangsa, yang turut gagal membawa isu-isu rakyat dikawasan parlimen mereka yang sepatutnya dikemukakan dalam sesi pembentangan isu.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan begitu kecewa dengan sikap ahli parlimen BN ini kerana mereka gagal menunjukan kesungguhan dan kerjasama walhal mereka juga yang merayu agar semua MP dapat hadir untuk berkerjasama dalam membela rakyat melalui majlis ini. more...

Mar 26, 2008

Umno, anda butakah melantik Tengku Adnan?

siasahdaily.
KUALA LUMPUR, 26 Mac:
Memeranjatkan. Tetapi itulah orang yang dipilih oleh Presiden Umno untuk dilantik sebagai setiausaha agung partinya dan juga Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Umno yang baru, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mempunyai kepentingan dalam sekurang-kurangnya 59 buah syarikat sendirian berhad dan juga berhad.

Di samping itu, beliau menghadapi sekurang-kurangnya empat tindakan bangkap dan hanya satu sahaja dari tindakan itu yang telah selesai.

Beliau juga adalah pihak yang meghadapi sekurang-kurangnya 11 tindakan mahkamah menuntut penggulungan syarikat oleh pelbagai pihak termasuk dari kerajaan Malaysia sendiri apabila syarikat-syarikatnya gagal menjelaskan hutang mereka.

Tengku Adnan juga menghadapi sekurang-kurangnya 15 kes saman kerana kegagalan syarikat yang beliau ada kepentingan dalamnya membayar hutang mereka yang jumlah keseluruhannya hampir RM50 juta.

Semua rekod-rekod ini adalah tembahan kepada penglibatan beliau dalam kes video klip Lingam yang menunggu keputusan dari Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes ini.

Pemilikan saham syarikat

Antara syarikat-syarikat utama yang Tengku Adnan memiliki syer utama adalah KL Monorail Concessionaires Sdn Bhd, Magni-Tech Industries Berhad, Bridgecon Holding Berhad, Nostalgia Kiara Sdn Bhd dan Regnis Industries (M) Sdn Bhd.

Dalam KL Monorail Tengku Adnan adalah stau-satu pemegang saham individu iaitu sebanyak 2,372,500 saham manakala tiga pemegang saham yang lain adalah syarikat sdn bhd.

Jumlah asset semasa syarikat yang menguruskan KL Monorail ini adalah RM7.377 juta dengan modal berbayarnya adalag RM7.4 juta.

Apakah kedudukan Tengku Adnan dalam KL Monorail tidak bertentangan dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang anggota kabinet Abdullah dan kini sebagai Setiausaha Agung Umno?

Dalam Nostalgia Kiara, Tengku Adnan adalah pemegang saham individu tertinggi iaitu sebanyak 3,1000,000 . Turut memegang saham individu adalah Robin Tan Yeong Ching, anak Vincent Tan yang memiliki 375,000.

Aset semasa syarikat ini, sebagaimana yang dilaporkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah RM28 juta.

Tengku Adnan juga merupakan pemegang saham individu terbesar dalam Regnis Industries iaitu 77 unit manakala yang lain kebanyakannya dipegang oleh syarikat Sdn Bhd.

Beliau juga memilki saham sebanyak 986,507 saham dalam Bridgecon Holding dan 1.89 juta saham dalam Magni-tech Industries Berhad.


Kenapa Tengku Adnan

Dengan rekod-rekod perniagaan yang beliau ada di atas, tidak diketahui bagaimana beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999-2004), Menteri Pelancongan (2005 – 2007) dan kini Setiausaha Agung Umno dan BN oleh Perdana Menteri.

Ramai yang menafsirkan langkah Abdullah melantik Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno adalah untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini defacto Ketua Pembangkang yang disebut-sebut bakal menjadi perdana menteri jika kerajaan yang ada tumbang.

Mungkin langkah ini dibuat berdasarkan pengalaman beliau menghadapi Anwar ketika menjadi Setiausaha Kerja Umno di bawah Tun Dr Mahathir dahulu.

“Are you blind (Anda butakah)?” kata seorang pemerhati politik kepada Umno ketika beliau ditunjukan rekod-rekod yang Siasah terima.

Bagi beliau, setelah menerima kekalahan, Umno sepatutnya memilih Setiausaha Agung yang berwibawa untuk memulihkan nama baiknya bukan orang yang mempunyai rekod buruk sebagaimana Tengku Adnan.

Sebagai pelopor Islam hadhari juga, Abdullah sepatutnya memilih mereka yang benar-benar bersih agar nama baik Islam tidak terpalit dengan imej burok Tengku Adnan ini.

“Kenapa pada tahun 2004 digugurkan, kemudian pada tahun 2005 ambil balik. 2008 digugurkan sebagai menteri tetapi kemudian ambil balik sebagai Setiausaha Agung. Macam yo-yo je. Budak-budak kata macam biskut, sekejap ada sekajap tak ada,” kata beliau lagi.

Sesetengah pihak mungkin beranggapan ini adalah tindakan pembangkang atau Siasah untuk memburukkan nama Tengku Adnan tetapi berdasarkan rekod yang Siasah terima inilah faktanya.

Dan rekod-rekod ini adalah rekod yang boleh dilihat sendiri oleh orang awam kerana ia sudah berstatus rekod awam (public record).

Mar 25, 2008

BURUKNYA REKOD ADNAN

atranungkite.
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Memeranjatkan. Tetapi itulah orang yang dipilih oleh Presiden Umno untuk dilantik sebagai Setiausaha Agung partinya dan juga Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Umno yang baru, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mempunyai kepentingan dalam sekurang-kurangnya 59 buah syarikat sendirian berhad dan juga berhad.

Di samping itu, beliau menghadapi sekurang-kurangnya empat tindakan bankrap dan hanya satu sahaja dari tindakan itu yang telah selesai.

Beliau juga menghadapi sekurang-kurangnya 11 petition mahkamah menuntut penggulungan syarikatnya oleh pelbagai pihak, dua darinya dari kerajaan Malaysia sendiri, apabila syarikat-syarikatnya gagal menjelaskan hutang mereka.

Tengku Adnan juga menghadapi sekurang-kurangnya 15 kes saman kerana kegagalan syarikat yang beliau ada kepentingan dalamnya membayar hutang mereka yang jumlah keseluruhannya hampir RM50 juta.

Mar 21, 2008

APA KATA PAK ANGGUK, TENGKU CELUP



Barisan Nasional (BN) masih relevan dan popular di kalangan pengundi walaupun gagal mencatat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini.

Mar 20, 2008

TENGKU ADNAN PERABIH DUIT RAKYAT

marhaen.org
Salam perjuangan,

Apabila Tengku Adnan terlepas jawatan Menteri Pelancongan maka semua kroni beliau mengeluh kerana bimbang tidak akan dapat projek lagi untuk menjayakan program pelancongan ataupun mungkin projek yang sudah dirancang semasa Tengku Adnan masih sebagai Menteri Pelancongan akan dihentikan.

Sebelum pembubaran Parlimen Tengku Adnan telah meluluskan beberapa projek pelancongan yang bernilai jutaan ringgi untuk kroni beliau.

Sepanjang Ku Nan menjadi menteri terlalu banyak pojek pelancongan yang dilaksanakan tetapi tidak dibuat secara tender terbuka sebaliknya dianugerahkan secara terus kepada syarikat yang sama berulang kali. Sebagai contoh MISA (Malaysia International Space Adventure) yang berlangsung selama 3 bulan di Putrajaya, hak penganjurannya diberikan kepada AdSuria Sdn. Bhd. Projek ini menelan belanja jutaan ringgit. Selepas ini satu lagi acara pelancongan yang akan dilaksanakan oleh syarikat yang sama di Putrajaya yang akan berlangsung selama 6 bulan dan menelan belanja RM10 juta ringgit.

Begitu juga dengan penyediaan katering sepanjang Ku Nan menjadi menteri. Syarikat yang sama iaitu Arbee Catering Sdn. Bhd. yang membekalkan makanan hampir kesemua acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia baik kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran.

Sebenarnya sejak Ku Nan menjadi Menteri Pelancongan puluhan malah ratusan juta ringgit wang rakyat telah dihanguskan atas nama pelancongan tetapi faedahnya hanya dinikmati oleh syarikat sama yang merupakan kroni Ku Nan. Ingat lagi ’Eyes on Malaysia’? (kanan) RM57 juta wang rakyat dileburkan hanya untuk membayar sewaan buaian pusing selama setahun.

Jangan bimbang. Selepas ini jutaan ringgit wang rakyat akan dihanguskan pula oleh Azlina Othman Saidkerana tibalah masanya pula beliau akan mengenyangkan kroni beliau untuk menjayakan pelbagai aktiviti pelancongan. Tidak mustahil selepas ini Pengerang iaitu kawasan Parlimen yang beliau tandingi akan menjadi destinasi pelancongan utama negara berbanding Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ha! Ha! Ha!


Pinochet Robert

Mar 8, 2008

Tengku Adnan throws in the towel

By Little Bird

Malaysiatoday - Kawan-kawan, last night Tengku Adnan met his supporters at his bilik gerakan in Putrajaya. There were hardly ten people with him who was wearing a sarong and T-shirt. Tg Adnan is almost certain of winning the Putrajaya Parliamentary seat. But he spoke frankly to his supporters.

He said that the only good news for the BN is what the lapdogs in The Star, New Straits Times, Berita Harian and Utusan write-up in the Gomen-owned newspapers and the Gomen-owned TV and radio. Tg Adnan said that other than the fake media reports, all the feedback from the ground says that the BN is in deep shit this time around. The BN has resigned itself to the certainty that they have lost the 2/3 majority.

Now they are only waiting to see how many seats the BN will lose. Tg Adnan admits that the days where the BN had total sway over the country are over.

It is time for Malaysians to determine our own future. God will not change the fate of a people unless they change it themselves. Today our fate is in our hands. Let us change the future for the better. The time has come.

Posting terkini

Blog Archive