KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

Ini kisah Tengku Adnan

klpos - (...) Ahli Parlimen muda ini berjaya menarik perhatian para audien yang hadir dengan membangkitkan sikap ‘double standard’ pihak Kementerian Wilayah yang tidak menghormati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang dijemput ke majlis berkenaan sebagai ahli panel.

Beliau memaklumkan bahawa beliau dijemput hadir sebagai VIP tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkan kereta beliau ditempat VIP kerana tempat itu dikhaskan untuk ahli parlimen BN dan kenderaan DBKL sahaja. Oleh itu beliau terpaksa meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam di bahagian bawah Hotel.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga ditolak oleh pengawal peribadi Datuk Bandar ketika cuba mendekatinya untuk berbual.

Ahli Parlimen Putrajaya yang sampai lewat ke majlis ini menjadi panas punggung bila mendengar komen Lim yang dianggapnya sebagai perkara remeh dan ‘rubbish’. Beliau tanpa segan silu menolak untuk naik ke pentas dan terus sahaja meninggalkan majlis walaupun baru setengah jam berada disitu.

Sikap tidak ‘gentelment’ Adnan ini dikutuk oleh para hadirin hingga ada yang memanggilnya sebagai ‘rubbish MP’ ketika beliau melangkah keluar dari dewan.

Walau apa juga sebabnya beliau tidak sepatutnya keluar dan perlu berlapang dada menerima komentar dari MP lain. Urusetia program turun kecewa kerana beliau sebagai ahli parlimen BN gagal menunjukkan komitmen dan sikap yang positif didalam majlis berkenaan.

Para perwakilan persatuan, NGOs dan wartawan yang hadir menganggap bahawa beliau hari ini gagal menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya, dimana semua MP telah memberikan kerjasama yang baik dalam mengupas permasalahan di parlimen masing-masing untuk dikongsikan.

Beliau menyertai ahli parlimen Setiawangsa, yang turut gagal membawa isu-isu rakyat dikawasan parlimen mereka yang sepatutnya dikemukakan dalam sesi pembentangan isu.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan begitu kecewa dengan sikap ahli parlimen BN ini kerana mereka gagal menunjukan kesungguhan dan kerjasama walhal mereka juga yang merayu agar semua MP dapat hadir untuk berkerjasama dalam membela rakyat melalui majlis ini. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive