KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

Pelan Peralihan Kuasa Idea Siapa?

mixiehudson - Siapakah punya idea mengenai pelan ini. Umno Johor! Tetapi ia dari cetusan siapa? Tentu ada seorang manusia yang memikirkan dan bukan kesemua 25 orang ahli badan perhubungan Umno Johor. Tidak mungkin mereka serentak berfikir mengemukakan pelan berkenaan.

Pelan peralihan kuasa yang dicadangkan Umno Johor lebih tajam daripada ‘perintah’ Dr Mahathir Mohamad agar Abdullah Ahmad Badawi berundur. Perintah Dr Mahathir tidak dianggap sebagai berbisa lagi kerana semua orang arif dan faham penerimaan Dr Mahathir terhadap Abdullah.

Orang juga tahu kenapa sebab dan keperluan beliau terus-terusan menghentam dan mahukan Abdullah melepaskan jawatannya. Semuanya bertolak atas kepentingan politik dendam dan peribadi beliau.

Semalam, hari ini, esok dan selamanya Dr Mahathir tidak akan bersetuju dengan Abdullah. Banyak sebab kenapa Dr Mahathir tidak bersetuju dengan Abdullah.

Ia bukan saja kerana Abdullah membatalkan projek-projek mega yang dirancangkan oleh Dr Mahathir termasuk Jambatan Bengkok, landasan kertapi berkembar atau isu-isu lebih besar seperti isu Oil for Food yang dikaitan dengan penglibatan syarikat (Scomi) milik anak Abdullah, Kamaluddin Abdullah.

Perkara atau tindakan Abdullah paling dimarahi Dr Mahathir ialah kerana membebaskan Anwar Ibrahim.

Walaupun Abdullah menjelaskan beliau tidak terlibat dalam proses penghakiman ke atas Anwar, namun Dr Mahathir tidak percaya.

Katak mampus (pukul mati) Dr Mahathir tidak percaya kalau Abdullah tidak terlibat! more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive