KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

MIKE TYSON KONGKONG MAJLIS, RAMAI KECEWA KELUAR DEWAN?

Kudakepang - Friday, April 18, 2008

Pada Rabu, 16 April 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia mengadakan perjumpaan tertutup dengan para pemimpin UMNO Selangor.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa terdapat beberapa pemimpin UMNO Selangor yang meninggalkan dewan pertemuan sewaktu sessi soal-jawab.

Mereka dikatakan kesal kerana Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, telah mengonkong sessi tersebut.

Beliau dikatakan telah menunjuk siapa yang perlu diberikan peluang bercakap dan mereka diizinkan bercakap pula diberikan tempoh yang amat singkat untuk meluahkan pandangan atau kritikan masing-masing.

Untuk mengelakkan ketegangan suasana, segolongan hadirin pun dikatakan keluar meninggalkan dewan.

Saya harap info di atas silap. Saya harap Mike Tyson tidak berbuat seperti apa yang dilaporkan ke blog ini. Tapi, kalaulah info ini benar, sebagai ahli UMNO, saya pastinya turut kesal dengan apa yang telah berlaku! – Ruhanie Ahmad

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive