KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 18, 2008

Ketua Pemuda: Mukhriz nafi berpakat dengan Khir Toyo

Bernama - ANGGOTA Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menafikan bahawa terdapat pakatan antara beliau dengan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang akan dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Disember ini.

Penyandang jawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu.

"Sebenarnya, tidak pernah ada pakatan dengan Khir untuk jawatan Ketua Pemuda Umno," kata Mukhriz yang membuat penjelasan itu ketika ditemui pemberita selepas majlis "Pemukiman Anggota Parlimen Barisan Nasional" di sini.

Beliau turut ditanya sama ada terdapat percubaan menghalangnya daripada berjumpa dengan ketua bahagian dan para perwakilan menjelang pemilihan itu bagi mendapatkan pencalonan.

"Setakat ini tidak ada sebarang halangan. Bagaimanapun, saya tidak tahu sama ada akan mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi untuk bertanding," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive