KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Sharlinie. Show all posts
Showing posts with label Sharlinie. Show all posts

Sep 3, 2008

Sharlinie's family seeks peace in Dungun

NST | Bernama’s visit today to the home of the five-year-old girl, who has been missing since January, to find out how the family was coping proved to be futile as their neighbours in Taman Medan, Petaling Jaya, said the family had moved to Terengganu on Sunday.

Contacted later by telephone, Sharlini’s father, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, said the decision to move was not to forget the incident, but instead for the family to seek peace and start a new life.

“Ramadan this year will be quiet without Sharlinie. That’s why we decided to move and celebrate Ramadan in a village atmosphere that is peaceful and calm,” he said.... selanjutnya.

May 15, 2008

Sharlinie may be a victim of trafficking

thestar - [...] Sharlinie Mohd Nashar may have been smuggled out of the country by a human trafficking syndicate.

This is an angle police are investigating since the five-year-old had gone missing on Jan 9.

For the first time, Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan said that Sharlinie's case might involve an international syndicate.

He was speaking to reporters after launching the First Asean Regional Crime Prevention Foundation (ARCPF) working group meeting yesterday.

He said this when replying to a question on whether Sharlinie's case was linked to international human trafficking syndicate.>> selanjutnya

Apr 9, 2008

Polis tidak akan henti cari Sharlinie walau 20 tahun lagi

bharian - Polis tetap meneruskan usaha mencari Sharlinie Mohd Nashar, kanak-kanak berusia lima tahun yang dilapor hilang sejak 9 Januari lalu, walaupun sehingga memakan masa 20 tahun lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin.

Beliau berkata, polis tidak pernah mengambil jalan mudah terhadap kes yang membabitkan penculikan kanak-kanak, tidak kira yang masih hidup atau meninggal dunia.

“Selagi kes yang disiasat tidak ditutup atau pesalah dikenal pasti, polis terus melakukan siasatan dan mempunyai pendekatan tertentu dalam usaha memastikan mereka yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cegah Jenayah di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kini mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan kepada media mengenai perkembangan kes itu dan kes Nurin Jazlin Jazimin kerana liputan media kadang-kala boleh mengganggu siasatan dan hanya akan memberikan maklumat kepada penjenayah. more...

Feb 22, 2008

BERAPA BANYAK FATOFIT DAA?

Polis yakin fotofit baru bantu cari Sharlinie

PETALING JAYA 21 Feb. – Polis berharap dua fotofit baru suspek dalam kes culik Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dapat membantu misi pencarian yang masuk hari ke-44 hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pada masa ini kedua-dua fotofit itu masih belum membawa petunjuk baru.

Namun pihaknya, kata beliau, ia pasti berperanan dalam mempercepatkan misi mengesan suspek dan mengembalikan Sharlinie kepada keluarganya.

“Fotofit itu kita tidak siarkan atau edar kepada umum tetapi kita sedang berusaha keras mengenal pasti suspek berkaitan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Arjunaidi memberitahu, polis sebenarnya masih meneruskan usaha mencari Sharlinie tetapi kini menekankan tentang risikan.

Menurutnya, perubahan fokus dalam misi itu penting bagi memastikan operasi yang dijalankan lebih berkesan dan mampu memberi petunjuk.

“Polis kini memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat kanak-kanak tersebut disembunyikan,” ujarnya.

Sharlinie dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya, Sharliena, 8, dari padang permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari lalu.

Mengenai penerbitan sebuah buku bertajuk Di Mana Sharlinie?, Arjunaidi berkata, tindakan akan diambil jika terdapat maklumat salah di dalamnya mengenai kehilangan Sharlinie.

“Setakat ini, saya belum baca lagi buku itu tetapi bagi mereka yang ingin menerbitkan buku haruslah mengikut prosedur yang betul,” ujarnya.

Beliau sekali lagi mengulangi harapannya agar orang ramai yang mempunyai maklumat baru tentang kehilangan Sharlinie supaya menghubungi pihak polis.

Feb 13, 2008

SUDAH BERALIH ARAH, SHARLINIE APA CERITA?

Pilihanraya sudah hampir. Kecoh dengan pembohongan Abdullah Badawi tentang pembubaran parlimen. Kutukan dan cercaan di lempahkan kepada Imam Hadhari, tipu hari hari.

Bila mata, minda dan tumpuan sudah beralih, apakah Sharlinie masih mempunyai harapan untuk ditemui. Sebelum ini amaran untuk menarik balik wang pampasan oleh MCA dan kini majikan Mohd Nashar Mat Hussain, bapa kepada Sharlinie sudah tidak sanggup memberikan wang gaji percuma tanpa perkhidmatan.

Beliau diarah untuk kembali kerja. Polis pun setakat berkokok sekejap sekejap. Apa kah nasib anak kecil itu? Hilang tanpa dikesan?

Sharlinie’s dad told to report for work

KUALA LUMPUR: Mohd Nashar Mat Hussain, the father of missing girl Sharlinie, has been asked by his employer to report for work, meaning he will have to divide time between searching for her and work commitments.

The technician with an electrical company, who has been on leave for over a month now, said although he wanted to continue the search full-time, it was time to start working to support his wife and two other children.

“Today's donation will help support my family until I receive my salary,” he told reporters after receiving a donation of RM5,000 from Mara Education Foundation chairman Datuk Dr Rosli Mat Hassan, who is Dungun MP.

Feb 11, 2008

Ganjaran ditarik jika gagal kesan Sharlinie


Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
Berita hairan

KUALA LUMPUR: Ganjaran RM100,000 yang ditawarkan pelbagai pihak termasuk RM83,000 oleh tokoh korporat terkenal, Tan Sri Vincent Tan dalam kes Sharlinie Mohd Nashar, 5, akan ditarik jika tiada individu memberi maklumat tepat sehingga tertangkapnya penculik kanak-kanak itu sehingga hujung bulan ini.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata tawaran yang dibuat melalui biro dikendalikannya itu akan berakhir 29 Februari ini.

“Sebaik saja tarikh itu berlalu, tiada lagi ganjaran wang akan diberikan (melalui Biro Pengaduan Awam MCA).

“Keputusan ini diputuskan Sabtu lalu selepas berbincang dengan polis, peguam dan penderma yang terbabiti,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. More...

No2umnO - Selepas hujung bulan nih .... apa peluang lagi? Ganjaran pun ikut ada bau bau pilihanraya jugak ke ........ Lepas sebulan nihhh... angkat tangan kot?

Ahli Perisi gagalkan cubaan culik kanak-kanak

kosmo.com

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com

KLANG - Belum lagi kes kehilangan Sharlinie Mohd. Nashar, 5, selesai, seorang lagi kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan Sharlinie nyaris diculik dua lelaki bermotosikal di depan Klang Parade di sini pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun cubaan menculik kanak-kanak yang cuma dikenali sebagai Ain itu telah digagalkan oleh seorang bekas polis berpangkat konstabel, Mohamad Yassin Fateh Mohamad, 45, yang ketika itu berada di tempat kejadian kira-kira pukul 8.05 malam. More....

No2umnO - Tak dapat tangkap ... Pencolek lepas ...

Feb 4, 2008

Sudahkah 50 bomoh menemui Sharlinie?

Azamin Amin
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Dengan pelbagai 'kepakaran' dan teknik, masyarakat umumnya masih tertanya akan hasil kemampuan para bomoh memberi khidmat dan menjanjikan '1001' janji manis untuk menemui Sharlinie yang sudah hampir sebulan hilang.

Lebih mengecewakan, beberapa bomoh sanggup menetap tarikh Sharlinie akan 'muncul' namun janji tersebut hanyalah omongan kosong sahaja dan menghampa keluarga mangsa.

Mengulas isu yang seumpama ini, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam laman webnya menyatakan bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang dan dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat.

"Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut," katanya yang pernah mengulas 'fenomena' bomoh menawarkan khidmat dan kepakaran mengesan kehilangan Nurin Jazlin Jazimin yang wajar dielak oleh masyarakat khususnya yang beragama Islam.

Beliau berkata masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini kerana bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat. more...

Feb 3, 2008

IGP on defensive in Sharlinie's search

bolehtalk.

Much as I suspect the recent government beat up about deploying zillions of soldiers and an armada of helicopters to search for missing five-year-old Sharlinie Mohd Nashar was politically driven, as a PR/damage control exercise to show the rakyat that the UMNO-led government cares, I too pray the search would be successful.

As if to support my cynical take of the government’s belated massive hunt, the Petaling Jaya Puteri Umno also participated in the search for Sharlinie. The grossly ambitious chief of Puteri Umno is Noraini Ahmad – remember her? At the last Umno general assembly she resurrected the Namawee episode long after it was dead and already forgotten merely to score a heroic ethnic point, by declaring that Puteri UMNO won’t accept the Namewee’s apology.

Her archaeological attempt to dig up dead issues as an ethnic fishing trip caught many by surprise so much so that they expelled a rather startled 'Huh?'.

I blogged on that in Malay 'sacrifice', Chinese 'sacrifice'.

Now she has launched the Searching for Sharlinie Road Trip at Lake Titiwangsa. The aim is to hand out 20,000 posters at various stops from Kuala Lumpur to Malacca.

OK, maybe it’s not a bad thing for poor wee Sharlinie, but I am sceptical of Umno’s recent interest in a missing girl when its record hasn’t shown that sort of dedicated attentiveness to missing little girls.

But the pits was when our world renown IGP excused his police force’s lack of success in locating Sharlinie after the massive search, by blaming the parents. He went into defensive mode when parties began questioning the police effectiveness, especially in real police work that are unrelated to corruption or ‘crowd control’.

When someone raised the disappearance of another child going in the same area as Sharlinie a day before she (Sharlinie) went missing, he said defensively but insensitively that if parents had taken care of their children in the first place, it would not have happened.

Ain’t that a f*-wonderful motherhood statement, but how the f* is that going to bring back Sharlinie and the other girl?

Then he mumbled: “We have received a lot of information but none of it is accurate. If there is any hope of finding her, accurate information must be given.”

Wonderful illuminating police information, ain't it! In other words, according to the amazing IGP, as the police had received 'inaccurate' information, Sharlinie's parents might as well give up hope of the police ever finding her.

Please read my earlier post Crime solved, no thanks to police to learn that we cannot depend on the police to do much for the rakyat, especially under the current IGP.

Then I had blogged on how Saidin Rashid and his brother, on their own initiative and investigation, no f*-thanks to the police, traced Saidin’s missing (kidnapped) daughter all the way to a remote village in Sulawesi, Indonesia, after police had done f*-all.

I commented: 'Aha, our intrepid men in blue have been so busy buggering legitimate protestors and harassing opposition politicians and their followers, that they had to leave the solving of the kidnapping to a couple of amateurs, who did it out of family love!'

'If not for the drive and strength of their family love and their initiative, and the matter left to the incompetent police, Maslina would today be the child bride if not sex slave of an Indonesian man somewhere in the middle of nowhere.'

Jan 30, 2008

SHARLINIE: BOMOH BOHONG

Bomoh proved wrong

PETALING JAYA: Yesterday was the day a group of bomoh had "divined" that Sharlinie Mohd Nashar would be reunited with her family. The day came and went without any sign of the missing 5-year-old.
What is worse is that police still have no clue as to her whereabouts. They have no photofit of the suspect, nor do they even know how she disappeared three weeks ago.

This is because their only witness, Sharlinie's elder sister Sharliena, is unable to give an accurate account of what happened that day nor can she give a proper description of the perpetrator.

Still, police are trying their best to locate the girl, with daily search operations not merely in the district, but in surrounding areas and the rest of the Klang Valley and neighbouring states.

Even border checkpoints have been on high alert for the past three weeks for anyone even remotely resembling Sharlinie, as her kidnapper could have somehow altered her looks so that no one would recognise her, especially with posters of her having been put up all over the country.
Police had not pinned their hopes on the bomoh's predictions.

"They are only voicing out their opinions which will be investigated by the police," said district police chief Assistant Commissioner Arjunaidi Mohamed.

Until today, however, not a single bomoh has come forward to help police in their search.

Arjunaidi said the search plan changed from day to day depending on information received from the public.

Most of these bits of information included suspected sightings of Sharlinie. All were checked out and all have been proven untrue.

Jan 29, 2008

ADA HARAPAN KAH LAGI?

Kes Sharlinie: PGA, helikopter bantu jejak budak hilang

PETALING JAYA: Polis memperhebatkan operasi mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, termasuk menggunakan helikopter dan mengerahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memeriksa rumah serta kawasan yang berpotensi menjadi tempat kanak-kanak itu disembunyikan.

Dalam gerakan besar-besaran yang disertai 200 anggota PGA Briged Utara bermula jam 4 pagi semalam, polis turut memeriksa rumah kongsi di kawasan pembinaan di PJS3, kira-kira empat kilometer dari rumah mangsa di Taman Medan dekat sini.

Anggota forensik juga menyertai gerakan itu bagi membolehkan pemeriksaan dan ujian termasuk DNA dilakukan serta merta terhadap mana-mana suspek yang ditahan berhubung kehilangan Sharlinie.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata bantuan PGA dikerah sejajar arahannya supaya semua Ketua Polis Daerah melaksanakan tindakan dan pemeriksaan bersepadu di seluruh negara bagi mengesan Sharlinie yang hilang sejak 9 Januari lalu.

"Kehadiran anggota forensik pula sebagai persediaan dan membantu operasi itu," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya, Sharliena, 8, di taman permainan berdekatan rumahnya, kira-kira jam 11.30 pagi, 9 Januari lalu.

Pemangku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Jamaluddin Khalid ketika dihubungi pula berkata, sebuah helikopter disediakan khusus bagi membantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan Sharlinie sejak Jumaat lalu.

"Seorang pegawai PGA ditugaskan bersama anggota Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dari udara sebarang rumah atau bangunan kosong di sekitar Petaling Jaya yang berpotensi menjadi tempat mangsa disembunyikan.

"Maklumat kedudukan premis itu akan disalurkan kepada anggota di darat bagi tujuan pemeriksaan. Selain itu, kawalan di sempadan terutama di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) di bawah PGA turut dipertingkatkan bagi memastikan kanak-kanak itu tidak dilarikan ke luar negara.

"Anggota PGA di KIK sudah diberi taklimat khas berhubung kes Sharlinie bagi memastikan mereka memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di sempadan," katanya.

Beliau juga berkata, kira-kira 200 kereta peronda polis (MPV) di Lembah Klang yang mempunyai sistem Terminal Data Bergerak (MDT) sudah memasukkan gambar Sharlinie bagi memudahkan pengesanan kanak-kanak itu.

Sementara itu, pada sidang media di pejabatnya semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata dalam operasi semalam polis memeriksa 79 pekerja Indonesia, India dan Myanmar di rumah kongsi berkenaan. Bagaimanapun, polis tidak menemui petanda kemungkinan Sharlinie pernah disembunyikan di rumah kongsi itu.

Arjunaidi berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan Selasa lalu kerana didapati membuat panggilan mengugut keluarga Sharlinie dibebaskan dengan ikat jamin jam 9 malam tadi.

"Walaupun dibebaskan, kita masih boleh memanggil semula remaja itu dan mendakwanya pada bila-bila masa," katanya.

Jan 26, 2008

JANGAN BERI HARAPAN PALSU DAN CIPTA SYIRIK

ImageISUHANGAT

Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim menasihati supaya para bomoh mahupun paranormal yang menawarkan khidmat mengesan Sharlinie Mohd Nashar yang hilang agar tidak memberi harapan palsu kepada kepada keluarga mangsa.

Kamal berkata dalam beberapa kes penculikan, terdapat ramai bomoh tampil memberi jaminan dengan khidmat yang diberikan akan dapat menemui mangsa culik dengan segera sedangkan sebaliknya merupakan harapan palsu yang menyebabkan keluarga mangsa akan merasa lebih tertekan dan derita.

"Jangan memberi harapan palsu dan mencipta syirik kepada Allah SWT," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net baru-baru ini.

"Dalam kes lepas sejumlah 73 paranoramal, pawang atau bomoh telah berjanji akan menemui mangsa namun satu pun tidak berjaya," katanya.

Kamal berkata, dalam kes Nurin Jazlin Jazimin, bapanya pernah meminta beliau menyaksikan sendiri dua bomoh yang datang ke rumah untuk mengesan kehilangan anaknya itu.

"Dua bomoh ini mengatakan mereka pakar dan begitu angkuh menyatakan Nurin telah 'disembunyikan' oleh orang bunian di atas sebatang pokok," katanya

"Lantas saya menggesa mereka segera 'menurunkan' Nurin daripada pokok tersebut namun mereka memberi helah termasuk menyatakan ada perjanjian antara Raja Bunian dan akan membawa kembali Nurin dalam jangkasa masa terdekat," katanya
.

Semenjak itu, Kamal sering menghubungi bomoh terbabit untuk mendapat maklum balas, namun pelbagai alasan diberikan sehinggalah kanak-kanak malang ini ditemui 27 hari kemudian dalam keadaan yang menyayat hati.

Dalam pada itu Kamal juga tidak bersetuju dengan penawaran ganjaran kepeda orang ramai bagi mengesan mangsa culik. "Nak beri ganjaran atau nak jadikan orang sebagai hero atau 'dewata' semuanya boleh dilakukan tetapi selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu. Tak payah hebahkan," kata bekas anggota polis itu.

Kamal menjelaskan bagi penjenayah yang pertama kali menculik, ganjaran tersebut akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya dan hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.

Lebih parah katanya jika penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini dan bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.

Beliau menyarankan agar wang ganjaran itu, atau mana-mana pihak yang ingin mebri imbuhan supaya menyalurkan wang tersebut kepada pertubuhan-pertubuhan cegah jenayah sepert PS the childern (Please Save the Children) atau PIBG sekolah yang ingin menganjurkan program cegah jenayah ataupun pencegaha penculikan.

"Adalah lebih baik menyalurkan ganjaran tersebut kepada mereka kerana pertubuhan ini perlukan dana untuk anjurkan program seperti itu. Wang tersebut boleh membendung, mencegah dan mengurang risiko jenayah dan penculikan daripada berlaku.

"Kenapa setiap kali penculikan terbaru ada ganjaran yang diberikan dan bagaimana kes 10 tahun lalu yang belum ditemui mangsa, tiada ganjaran yang diberikan?"

"Bagi saya yang penting adalah kejujuran," katanya yang turut mempunyai laman blog sendiri iaitu www.kamalfndhashim.blogspot.com

Jan 23, 2008

NO CORRUPTION, ONLY FEES

MStar

After the prayers, the group proceeded to the playground where Sharlinie was last seen.

The followers of the bomohs circled the playground while Sharlinie’s family knelt on a red cloth and prayed for her safe return.

Sharlinie’s sister, Sharliena was asked to call out to her sister while her parents held a pigeon in a cage which was later released. A coconut was also cracked.

“Releasing the pigeon is symbolic of the release of Sharlinie by her captors. Cracking the coconut is akin to softening the captor’s heart,” said Nasir.

“From my divination, the kidnappers are arguing among themselves. Two of them want to return Sharlinie,” said Nasir.

After the rituals, Nashar said: “I’m confident my daughter will return safely in less than a week as predicted.” More...

No2umno - If they could get back the baby, then all Malaysia have to form a new force. BDRM (Bomoh di Raja Malaysia) to replace PDRM. Sure ... there'll be less Corrupt then what we had now.

Jan 22, 2008

TAK CAYA POLIS KE?



SEEKING DIVINE HELP: A group of bomoh (spiritual healers) helping Sharlinie Mohd Nashar's parents (seated centre) to locate the five-year-old girl who has been missing since early this month. The one-hour prayer session was held at the field where Sharlinie was reported to have gone missing. MORE HERE

Sharlinie pulang lagi seminggu?

Sharlinie mangsa penculik ilmu hitam
Harian Metro

PETALING JAYA: Sharlinie dipercayai menjadi mangsa penculik yang mengamalkan ilmu hitam.

Presiden Sabilillah Selangor, Nasir Mahmud, berkata kanak-kanak itu dijangka dipulangkan dalam tempoh seminggu.

Jan 20, 2008

CIPTA KAEDAH BARU ELAK HILANG ANAK

Syor baru cegah hilang anak
suarakeadilan

“Telefon bimbit kanak-kanak ini direka khas untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun dengan 4 butang utama yang senang dipakai untuk membuat panggilan kepada ibu bapa, kawan dan guru. Ia juga dapat membantu ibu bapa mengesan kedudukan kanak-kanak.”

Telefon bimbit kini luas diguna di Hong Kong, Taiwan dan China. Anggaran harga adalah dalam lingkungan RM300.

Walau bagaimanapun, kata Tian, kerajaan perlu menetapkan dasar agar syarikat-syarikat telekomunikasi mengeluarkan telefon bimbit kanak-kanak untuk mempertingkatkan tahap keselamatan kanak-kanak. More...

No2umnO - Dunia makin canggih. Macam macam barangan yang boleh digunakan untuk mencegah kehilangan. Seperti yang sesetengah pemilik kenderaan gunakan. Apabila kereta hilang, sitelite digunakan untuk mengesan. Masalahnya, berapakah agaknya kos yang terlibat dan duit belum cukup, anak sudah hilang. Usaha terbaru perlu di lakukan. Jangan berharap pada pihak pihak yang asyik memberikan alasan, sedangkan mereka lebih memberikan keutamaan kepada pihak politik dan pemimpin. Berhenti berharap. Kita saksikan video berikut,




Jan 17, 2008

LINIE PERLU RAWATAN


Linie patut jumpa doktor semalam
Metro

PETALING JAYA: “Sepatutnya hari ini (semalam) hari pemeriksaan kesihatan Linie,” kata seorang jururawat ketika mengunjungi kediaman Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang berhampiran rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, sejak seminggu lalu.

Difahamkan, Sharlinie mempunyai temujanji tahunan untuk berjumpa doktor pada jam 9 pagi semalam di Klinik Kesihatan Medan Maju Jaya, Taman Datuk Harun, di sini.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu gagal menghadiri temujanji pemeriksaan kesihatan berkenaan apabila dia belum ditemui sejak dilaporkan hilang lapan hari lalu.

Rawatan itu rutin tahunan bagi kanak-kanak di peringkat usia antara satu hingga enam tahun untuk pemeriksaan mental, tumbesaran, umur dan berat badan. More...

Jan 16, 2008

PENGHANTAR SMS DITANGKAP, PENJENAYAH BILA?



PETALING JAYA: Police arrested a 16-year-old youth yesterday morning in connection with the abduction of Sharlinie Mohd Nashar. Read more

No2umnO - Adalah bodoh kalau sesiapa yang hantar sms bodoh sehingga tertangkapnya diri sendiri. Polis sibuk dengan urusan ini sehingga Penjenayah sebenar masih bebas dan ketawa. Sejak kes Nurin dahulu, ini lah yang sering di lakukan. Tangkap berpandu pada SMS.

Jan 14, 2008

WARGA INDONESIA DAN KES CULIK

Sharlinie palsu: Wanita Indonesia ditahan
Mstar

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita warga negara Indonesia tengah malam tadi kerana disyaki memberi maklumat palsu mengenai kehilangan kanak-kanak perempuan Sharlinie Mohd Nashar yang dipercayai diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mazlan Mansor berkata wanita berusia 27 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu rumah ditahan oleh satu unit khas polis di Johor Baharu setelah didapati beberapa kali menghantar SMS kepada bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussin, 29, dengan memberi maklumat palsu dan menjadikan kes kehilangan Sharlinei, lima tahun, yang kini menjadi tumpuan di seluruh negara, sebagai bahan gurauan.

"Wanita itu telah menghantar SMS sejak hari pertama kehilangan kanak-kanak itu hingga hari ketiga.

(Dalam SMS itu) dia ada menyebut tentang perasaan dendam dan kanak-kanak itu akan dihantar pulang dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi," katanya kepada pemberita di Ibupejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. |More...|

No2umnO - Kalau dulu ketika kes Nurin disiasat terdapat seorang wanita Indonesia yang turut ditangkap. Gara gara SMS juga. Dan kini sudah ada seorang lagi warga Indonesia yang terlibat. Kenapa ye? Adakah ini tektik mewarnakan peristiwa siasatan atau apa?

BAPA NURIN MAHU JUMPA TERTUDUH


'Saya nak jumpa'
Kosmo

PETALING JAYA – “Jika benar lelaki yang ditangkap itu terlibat, saya mahu berjumpa dengan dia.’’
Itulah reaksi spontan Jazimin Abd. Jalil, 34, ketika ditanya berhubung penahanan seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan mengenai kes pembunuhan anak keduanya, Nurin Jazlin, 8.

Dia yang ditemui di rumah Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang sejak Rabu lalu di sini semalam memberitahu, beliau dan isterinya hanya mengetahui tangkapan terbaru itu oleh wartawan yang menghubunginya.

Dia yang datang memberi sokongan moral kepada ibu bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussin, 29, dan Suraya Ahmad, 28, sejak Jumaat lalu bagaimanapun berkata, beliau belum dimaklumkan polis berhubung penahanan lelaki berusia 32 tahun itu.

“Seperti dijanjikan, jika betul ada penahanan berkaitan kes Nurin Jazlin, saya ingin berjumpa dan ‘berkenalan’ dengan lelaki terbabit,” katanya. |more...|

Posting terkini

Blog Archive