KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Hilang anak. Show all posts
Showing posts with label Hilang anak. Show all posts

Sep 10, 2008

Awas ... samseng terlepas


Seorang lagi samseng yang turut mengganas beberapa hari lepas tidak dapat di temui.

Lelaki kurus di gambar atas ni dipercayai telah hilang sementara rakannya digantung UMNO untuk 3 tahun.
Kepada orang ramai di Pulau Pinang khasnya, sila beri kerjasama.

Kegemarannya, membuka mulut luas luas, mengaum kononnya macam singa jantan dan mengoyak kertas dan poster. [Singa jantan yang kurus kedengking]

Jika terdapat poster bertaburan di sekitar kawasan tempat tinggal anda ... sila lapurkan ke laman blog no2umno....atau ke balai polis berhampiran. Kerjasama anda amat di hargai.

Harap maklum.

Jul 25, 2008

Remaja hilang ditemui tidak bermaya

Umeloya | Nur Redzwana Nadila Refflis, remaja yang hilang sejak 12 hari lalu ditemui dalam keadaan tidak bermaya di sebuah rumah di Sintok, Kedah pada tengah malam Selasa lalu.

Bapa remaja itu, Refflis Mohd. Ismail ketika ditemui berkata, anak gadisnya itu ditemui hasil maklumat penduduk kawasan berkenaan.

Beliau kemudiannya pergi mengambil anaknya di rumah itu yang penghuninya tidak beliau kenali.

Setelah berita kehilangan Nur Redzwana, 15, disiarkan melalui media massa, keluarganya menerima lebih 12 panggilan daripada pihak yang menyatakan ternampak kelibat gadis berkenaan.

Refflis yang ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di mana anaknya sedang dirawat, percaya anak gadisnya berada di rumah berkenaan sejak kehilangannya.

Namun beliau bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan anaknya dan berterima kasih kepada semua pihak yang bersimpati dan membantu mengesan anaknya.

"Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan pertolongan yang telah diberikan semua pihak", katanya. ... selanjutnya.

May 24, 2008

Kes kehilangan kanak-kanak semakin serius, kementerian didakwa gagal

harakahdaily - [...] Perkara tersebut ditegaskan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al-Jundi, sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato� Ng Yen Yen sebagaimana yang dilaporkan akhbar arus perdana yang menyatakan sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Jelas Ng Yen Yen, sepanjang 2007, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang. Manakala sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Sementara itu, menurut Aiman Athirah, sejak awal lagi DMPP menyedari bahawa kes kehilangan kanak-kanak ini bukanlah kes terpencil atau sekadar melibatkan jumlah yang kecil tetapi telah mencecah ribuan kes pada setiap tahun.

"Statistik tersebut jelas menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap kes-kes tersebut. DMPP mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya ibu bapa dan keluarga agar memandang masalah ini sebagai masalah yang serius dan perlukan perhatian yang sewajarnya ," katanya, sewaktu dihubungi Harakahdaily. ... selanjutnya.

May 13, 2008

Masih ramai perempuan Malaysia di Lombok?

hmetro - Bukan saya seorang saja perempuan Malaysia yang berada di Dusun Menceh (Lombok, Indonesia) tapi ramai lagi,” itulah pengakuan mengejutkan dibuat Nurul Wahida Hamzah, 20, yang dibawa pulang dari Pulau Lombok, Indonesia, Rabu lalu selepas tiga tahun menderita di sana.

Menurutnya, dia turut mempunyai rakan senasib dari negara ini yang ‘tersangkut’ kerana berkahwin dengan lelaki dari perkampungan sama dengan suaminya, Mohd Yusop Supardi, 40-an.

Nurul berkata selama berada di Dusun Menceh, dia mengenali lebih 30 wanita yang hampir sebaya dengannya menetap di sana.

Ditanya bagaimana dia mengetahui wanita berkenaan rakyat negara ini, Nurul berkata pada mulanya dia mengenali mereka sebagai rakan sekampung ketika sama-sama bekerja di sawah, menanam pucuk paku, tembakau dan padi.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 10, 2008

Badan Penuh Jampi



Hmetro - “Nurul disihir dan banyak ‘pengikut’ dibawanya bersama ke sini sewaktu pulang dari Lombok.”

Itulah antara rumusan dibuat seorang pengamal perubatan Islam selepas merawat Nurul Wahida Hamzah, 20, yang berkelakuan aneh sejak dibawa pulang dari Pulau Lombok, Indonesia, Rabu lalu.

Andaian pengamal perubatan yang dikenali sebagai Haji Yusof itu dikuatkan lagi apabila kakak wanita berkenaan, Saadiah, 38, tiba-tiba jatuh sakit akibat diserang penyakit misteri, tidak sampai 24 jam selepas Nurul dibawa ke rumahnya di Johan Setia, Klang.

Nurul dibawa kembali ke tanah air selepas tiga tahun melarikan diri ke Lombok, Indonesia kerana mengikuti kekasihnya, Mohd Yusop Supardi, 40-an, dan mereka bernikah di sana tanpa restu keluarga wanita berkenaan pada 2005....selanjutnya [KLIK DI SINI]

artikel lain
Adik garang lepas berubat
Kena tempias ilmu hitam
Adik dijual sindiket Riau

47 remaja masih di Lombok


kosmo - [...] Gejala tersebut kini bagaikan satu trend di kalangan remaja perempuan Malaysia dan pemerhatian Migrant CARE mendapati tindakan nekad untuk lari bersama teman lelaki itu diambil gara-gara kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada keluarga.

Wakil pertubuhan itu, Alex Ong (gambar) berkata, angka tersebut dianggap tinggi kerana penduduk di kawasan berkenaan hanya sekitar 2,000 orang sahaja.

"Hasilnya, kami mendapati seramai 47 remaja perempuan berumur belasan tahun hingga pertengahan dua puluhan yang menetap di sana, malah sesetengahnya sudah berkahwin dan mempunyai anak," katanya.

Badan itu baru-baru ini berjaya membawa pulang Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12, dan Nurul Wahida Hamzah, 20, yang dilaporkan tunduk kepada kata-kata cinta, seterusnya mengikut teman lelaki mereka yang berasal dari Pulau Lombok ke pulau itu.

Azreen dilaporkan bernikah dengan Tony Wijaya, 27, selepas dilarikan ke Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Disember lepas, manakala Nurul Wahida dari Perak dilaporkan lari ke Lombok bersama buruh Indonesia, M. Yusup, 40-an dan bernikah pada 2005.

Difahamkan, perbuatan melarikan anak gadis merupakan perkara biasa kepada lelaki Lombok dan ia dianggap sebagai satu budaya di sana.

Dalam pada itu Alex memberitahu, Migrant CARE kini sedang berusaha untuk membawa pulang dua lagi remaja, masing-masing berasal dari Negeri Sembilan dan Johor untuk pulang ke pangkuan keluarga mereka di Malaysia.

Kedua-dua mereka akan dibawa pulang ekoran terdapat permintaan daripada keluarga mereka setelah terbaca kisah Azreen yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Lagi kes wanita tempatan dilarikan warga Indonesia

bharian - [...] Wanita terbabit, Syamimi Rosli, 20, yang didakwa dilarikan dua lelaki juga jirannya di Kampung Melayu, di sini, kini dikatakan berada di sebuah pulau di wilayah Riau, Indonesia.

Kakaknya, Aneelia, 21, berkata beliau sekeluarga pada mulanya tidak menyangka adik bongsu daripada empat beradik itu masih hidup selepas pelbagai usaha mencari Syamimi, termasuk menggunakan khidmat bomoh menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, katanya, kehilangan adiknya itu terjawab apabila Syamimi menghubungi makciknya di Taman Suria, di sini, minggu lalu, meminta nombor telefon bapanya dan kemudian menghubungi bapa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Apr 23, 2008

REMAJA HILANG ... PERLU BANTUAN!!!





















Rujuk artikel terdahulu :
Lagi Kes Kehilangan Anak : Pertolongan Diperlukan

Lagi Kes Kehilangan Anak : Pertolongan Diperlukan


Emai diterima :

Tuan tuan & Puan puan,

Malam tadi 22/4/08 pada jam 12.30 mlm saya telah didatangi oleh jiran saya En Bakri. Kami tinggal di Pangsapuri Casmaria Taman Samudera Bt Caves, Selangor. En Bakri sedang menghadapi masaalah yang sering kita dengar & baca dalam media sejak akhir - akhir ini. Beliau sedang diuji diatas kehilangan anaknya.Harapan kami penduduk Pangsapuri Casmaria agar tuan & puan dapat menghulurkan bantuan doa & memberi maklumat sekiranya bertemu gadis yg mungkin menjadi mangsa penculikan ini.

Nama Penuh : Nurul Nor Bahirah
Panggilan : Bahirah
Umur : 18 th
Jantina : Perempuan
Warna Kulit : Hitam Manis
Ketinggian : 5 kaki lebih


Kronologi Hilang :
21/4/08 (Isnin) Bahirah seorang diri menuju ke Sekolah Menengah Teknik Shah Alam. Tujuan ke SM Teknik Shah Alam adalah untuk mendapatkan chop pengesahan sijil kerana Bahirah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.

Jam 9.00 pagi 21/4/08 bapanya Mohd Bakri menghantar Bahirah ke stesen LRT Sentul.

Jam 11.00 pagi ibu Bahirah menaliponnya dan Bahirah menyatakan telah sampai di Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam dan ketika itu Bahirah memaklumkan yg beliau sdg bersarapan seorang diri di stesen komuter tersebut.

Jam 1.00 tghari ibu Bahirah menghubunginya sekali lagi tetapi panggilan tidak berjawab.
Sejak keluar dari rumahnya pada 21/4/2008 sehingga sekarang Bahirah telah tidak pulang kerumahnya dan no taliponnya 017 - 6256803 gagal dihubungi.

Lapuran polis di IPD Selayang & Sentul telah dibuat pada 22/4/2008.
  • No talipon En Bakri 012 - 2813136.
  • No talipon saya penulis & pengirim asal email ini Kamal Ariffin (AJK Persatuan Penduduk) 016 - 2799248 / 017 - 2468325.
  • No talipon Mejar (B) Wan Chik ( Pengerusi Persatuan Penduduk) 013 - 2093749.
Mohon tuan & puan forwardkan email & makluman ini kepada seluruh penduduk
Malaysia.

Sekian Terima Kasih.
Kamal Ariffin Kamaruzzaman

No KP : 661015086117

No Tel Pjbt : 03 - 61458607 / 610
Tarikh : 23/4/2008

FARAH BERJAYA DI TEMUI !!!

farah.jpgFarah murung, tak bercakap
metro
Rasa syak pegawai imigresen terhadap gadis yang diperiksanya menyelamatkan Farah Syafiqah Mohd Rosli, 18, daripada terus ghaib tanpa khabar berita.

Gadis terbabit dilaporkan hilang pada Jumaat lalu selepas ibunya, Jamaeyah Abdul Rahman, 40, memintanya ke restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) berhampiran rumahnya di kuarters Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur, Jalan Kuchai Lama, di sini, untuk membeli ayam goreng bagi meraikan kejayaannya mendapat lesen memandu kereta.

Harian Metro semalam melaporkan Farah ditemui di Johor berikutan laporan kehilangannya disiarkan Harian Metro pada 21 April lalu.

Bapanya, Mohd Rosli Hussain, 43, bagaimanapun bingung mengenai misteri kehilangan anak keduanya itu kerana Farah Syafiqah ditemui di atas bas yang hendak masuk ke Malaysia dari Singapura.

imej dari fotowarung

Apr 21, 2008

BANTU CARI GADIS HILANG

farah.jpgFotowarung

FARAH SYAFIQAH BT MOHD ROSLI, anak kepada sahabat sekerja saya.

Farah Syafiqah masih belum pulang sejak jumaat 18 April 2009 setelah ke KFC Jalan Kuchai Lama jam 1.00 tengah hari. Farah berumur 18 tahun, warna kulit cerah/putih, ketinggian 1.6m berambut panjang. Keluarga Farah merayu kepada sesiapa yang ternampak atau terjumpa Farah sila hubunginya segera atau pihak yang bertanggunjawab seberapa segera.

bapa : MOHD ROSLI HJ HUSSAIN
voice : 012 6514278
address : 4-3 QTRS ILPKL, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, Jalan Kuchai lama Kuala Lumpur.

Doakan Farah berada dalam keadaaan yang baik.

Jan 20, 2008

CIPTA KAEDAH BARU ELAK HILANG ANAK

Syor baru cegah hilang anak
suarakeadilan

“Telefon bimbit kanak-kanak ini direka khas untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun dengan 4 butang utama yang senang dipakai untuk membuat panggilan kepada ibu bapa, kawan dan guru. Ia juga dapat membantu ibu bapa mengesan kedudukan kanak-kanak.”

Telefon bimbit kini luas diguna di Hong Kong, Taiwan dan China. Anggaran harga adalah dalam lingkungan RM300.

Walau bagaimanapun, kata Tian, kerajaan perlu menetapkan dasar agar syarikat-syarikat telekomunikasi mengeluarkan telefon bimbit kanak-kanak untuk mempertingkatkan tahap keselamatan kanak-kanak. More...

No2umnO - Dunia makin canggih. Macam macam barangan yang boleh digunakan untuk mencegah kehilangan. Seperti yang sesetengah pemilik kenderaan gunakan. Apabila kereta hilang, sitelite digunakan untuk mengesan. Masalahnya, berapakah agaknya kos yang terlibat dan duit belum cukup, anak sudah hilang. Usaha terbaru perlu di lakukan. Jangan berharap pada pihak pihak yang asyik memberikan alasan, sedangkan mereka lebih memberikan keutamaan kepada pihak politik dan pemimpin. Berhenti berharap. Kita saksikan video berikut,




Posting terkini

Blog Archive