KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 24, 2008

Kes kehilangan kanak-kanak semakin serius, kementerian didakwa gagal

harakahdaily - [...] Perkara tersebut ditegaskan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Aiman Athirah Al-Jundi, sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato� Ng Yen Yen sebagaimana yang dilaporkan akhbar arus perdana yang menyatakan sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Jelas Ng Yen Yen, sepanjang 2007, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang. Manakala sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan.

Sementara itu, menurut Aiman Athirah, sejak awal lagi DMPP menyedari bahawa kes kehilangan kanak-kanak ini bukanlah kes terpencil atau sekadar melibatkan jumlah yang kecil tetapi telah mencecah ribuan kes pada setiap tahun.

"Statistik tersebut jelas menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap kes-kes tersebut. DMPP mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya ibu bapa dan keluarga agar memandang masalah ini sebagai masalah yang serius dan perlukan perhatian yang sewajarnya ," katanya, sewaktu dihubungi Harakahdaily. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive