KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 24, 2008

GERAK ejen Khairy

matsamankati - [...] Siapa dia Mohd. Nazree Yunus? Dia adalah Pengerusi Jaringan Anak Muda INSKA, sebuah NGO dibawah naungan Norza Zakaria, orang kanan Khairy dan juga Bakal Pengerusi GERAK.

Yang anehnya, Che'gu Bard, orang kuat PKR juga merupakan orang kuat Ezam didalam GERAK. Dan dalam pilihanraya yang lalu, Che'gu Bard menentang Khairy! Sebelum pilihanraya, Che'gu Bard pernah cakap, dia akan menentang Khairy, walau dimana saja Khairy bertanding. Kuat sangat ka Che'gu Bard? Ataupun dia mahu memastikan Khairy menang?

Bila keluar PKR, Ezam menetapkan syarat tidak mahu berceramah kalau ada bendera PKR, tapi berterima kasih kepada PAS kerana menyediakan pentas untuknya. Dalam ceramah, dia hentam PKR, puji Pas. Orang Pas pun takbir. Tapi apa tujuannya?

Tujuannya, untuk memisahkan Pas dengan PKR. Tapi tak menjadi. Sebaliknya, Pakatan Rakyat pula timbul.Lantas selepas pilihanraya, kerja mereka ini ialah untuk memecahbelahkan PR. Nazree jadi tukang api Pas lawan DAP. Hebat sungguh!

DiSelangor, Nazree persoalkan Pakatan Rakyat dimana bukti rasuah yang dilakukan oleh kerajaan Umno yang dulu. Hang nak membenteras rasuah atau nak membela Khir Toyo? Pasai apa GERAK tak bantu siasat rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo? Sepatutnya hang kena selidik tentang fail-fail yang hilang dan dimusnahkan. Daripada badan NGO yang menentang rasuah, GERAK jadi talibarut UMNO.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive