KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 24, 2008

Rumah atas tapak lupus sampah?

sinarharian - [...] Mengejutkan! Satu projek perumahan yang diusahakan sebuah syarikat pemaju di atas bekas tapak pelupusan sampah boleh mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan lebih menghairankan bagaimana Sijil Layak Menduduki (CF) boleh dikeluarkan kepada pembeli di kawasan perumahan terbabit.

Kawasan perumahan yang sepatutnya ditimbus dengan tanah sekurang-kurangnya setinggi dua meter hanya ditimbus setebal enam inci sahaja oleh pemaju.

“Bagaimana projek ini boleh mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kerana keadaan ini amat membahayakan masyarakat khususnya penduduk di sini.

“Air licit yang terhasil dari sampah di bawah tapak rumah ini pastinya mengandungi bahan kimia dan racun yang berbahaya dan takungan air ini juga menjadi tempat pembiakan denggi.

“Perkara sebegini boleh membawa maut kepada penduduk dan tanah yang ditimbus tidak mampat serta nipis boleh mengakibatkan rumah di sini mendap,” kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh sewaktu meninjau kawasan rumah seorang penduduk di sini, semalam bersama Setiausaha Politik Ahli Parlimen Subang, Aloysius Francis Pinto.

Keadaan kawasan taman perumahan Kelana Idaman itu terbongkar apabila seorang pembeli, Nana Tang ingin melakukan pengubahsuaian di kawasan rumahnya dan mendapati rumah itu didirikan di atas longgokan sampah yang tidak mampat
.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive