KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 24, 2008

Peguam Negara tidak layak adili siasatan laporan Suruhanjaya Lingam

harakahdaily - [...] Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhajaya Siasatan Diraja berhubung klip video V K Lingam membuktikan kebenaran mengenai perlantikan hakim-hakim di negara ini berdasarkan percaturan beberapa pihak yang berkepentingan, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.

"Saya menyambut baik laporan yang dikeluarkan oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor.

"Justeru, saya mendesak supaya pihak suruhanjaya menilai semula semua kes yang dihakimi oleh Hakim Tun Eusoff Chin dan kes-kes yang dibawa oleh Dato' VK Lingam kerana jelas melalui Suruhanjaya ini, melalui laporan-laporan media, kedua-dua mereka ini terlibat di dalam percaturan hakim-hakim dan kredibiliti mereka di dalam kehakiman kini dipertikaikan sehingga dicadangkan oleh Suruhanjaya agar kedua-dua mereka bersama tiga yang lain disiasat," kata Gwo Burne.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui pembantunya, Faisal Mustaffa hari ini.

Gwo Burne yang juga terbabit dalam pendedahan klip video tersebut berpendapat siasatan terhadap kesemua individu tersebut tidak sepatutnya diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Gwo Burne mendakwa, melalui beberapa kes yang berlaku, Abdul Gani jelas menunjukkan sikap yang tidak bebas dan berat sebelah. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive