KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Nurin Jazlin. Show all posts
Showing posts with label Nurin Jazlin. Show all posts

Nov 16, 2008

Nurin Alert remains just a proposal

Flashback on Nurin Alert carried by New Sunday Times on Jan. 20.

NST | ....It was proposed after the body of Nurin, 8, was found stuffed inside a gym bag on Sept 17, 2007, slightly more than a month after she went missing.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen told the New Sunday Times that the Nurin Alert was not part of the Child Protection Policy to be submitted to the cabinet for approval.

This is in sharp contrast to the statement by her predecessor at the ministry, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, on Jan 20, that the implementation of the Nurin Alert was just a matter of formality and that the system was already in place and working.

"We've decided to park the alert system under the Child Protection Policy as one of its components -- it'll be our last module because we're first looking at more preventive measures," Shahrizat had said. ... selanjutnya.

Aug 21, 2008

PDRM disaman RM2 juta kerana cuai

Jazimin Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah dan kecuaian terhadap polis dan kerajaan Malaysia kerana mendakwanya meminjam duit daripada ah long serta membenarkan penyebaran gambar bedah siasat anaknya, Allahyarham Nurin Jazlin.

Jazimin, 33, menuntut RM2 juta untuk saman fitnah manakala saman cuai diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Writ saman difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Jalan Duta di sini pagi ini.

dan berikut alasan Bakri pulak ...

"Jika dia saman polis, kita akan lihat perkara itu. Kita sebahagian dari masyarakat kadang kala membuat silap juga, jadi terpulang kepadanya untuk mengambil apa-apa tindakan," katanya - MStar
Tiba tiba Bakri jadi baik .... Silap silap juga....tindakan nya mana? Siapa yang dedahkan gambar bedah siasat? Takkan itu pun nak ajar camane nak siasat.

Aug 20, 2008

Kes NURIN bukti polis Malaysia hebat



Sudah tahun pemergian Nurin. Keluarga masih meratapi dan merindui pemergian anak kecil itu. Sehingga kini juga pembunuh tidak dapat di tangkap dan dikenal pasti sementara kes pengedaran gambar bedah siasat tergantung tidak berkeputusan.

Korang pikir sendiri, bagaimana hebatnya kerajaan dan polis di dalam menyelesaikan perkara ini.

Setelah menanti setahun berlalu ... kini Keluarga Nurin mengambil tindakan meyaman PDRM yang hebat dan professional itu. Berita nya disini.

Jan 26, 2008

JANGAN BERI HARAPAN PALSU DAN CIPTA SYIRIK

ImageISUHANGAT

Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim menasihati supaya para bomoh mahupun paranormal yang menawarkan khidmat mengesan Sharlinie Mohd Nashar yang hilang agar tidak memberi harapan palsu kepada kepada keluarga mangsa.

Kamal berkata dalam beberapa kes penculikan, terdapat ramai bomoh tampil memberi jaminan dengan khidmat yang diberikan akan dapat menemui mangsa culik dengan segera sedangkan sebaliknya merupakan harapan palsu yang menyebabkan keluarga mangsa akan merasa lebih tertekan dan derita.

"Jangan memberi harapan palsu dan mencipta syirik kepada Allah SWT," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net baru-baru ini.

"Dalam kes lepas sejumlah 73 paranoramal, pawang atau bomoh telah berjanji akan menemui mangsa namun satu pun tidak berjaya," katanya.

Kamal berkata, dalam kes Nurin Jazlin Jazimin, bapanya pernah meminta beliau menyaksikan sendiri dua bomoh yang datang ke rumah untuk mengesan kehilangan anaknya itu.

"Dua bomoh ini mengatakan mereka pakar dan begitu angkuh menyatakan Nurin telah 'disembunyikan' oleh orang bunian di atas sebatang pokok," katanya

"Lantas saya menggesa mereka segera 'menurunkan' Nurin daripada pokok tersebut namun mereka memberi helah termasuk menyatakan ada perjanjian antara Raja Bunian dan akan membawa kembali Nurin dalam jangkasa masa terdekat," katanya
.

Semenjak itu, Kamal sering menghubungi bomoh terbabit untuk mendapat maklum balas, namun pelbagai alasan diberikan sehinggalah kanak-kanak malang ini ditemui 27 hari kemudian dalam keadaan yang menyayat hati.

Dalam pada itu Kamal juga tidak bersetuju dengan penawaran ganjaran kepeda orang ramai bagi mengesan mangsa culik. "Nak beri ganjaran atau nak jadikan orang sebagai hero atau 'dewata' semuanya boleh dilakukan tetapi selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu. Tak payah hebahkan," kata bekas anggota polis itu.

Kamal menjelaskan bagi penjenayah yang pertama kali menculik, ganjaran tersebut akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya dan hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.

Lebih parah katanya jika penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini dan bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.

Beliau menyarankan agar wang ganjaran itu, atau mana-mana pihak yang ingin mebri imbuhan supaya menyalurkan wang tersebut kepada pertubuhan-pertubuhan cegah jenayah sepert PS the childern (Please Save the Children) atau PIBG sekolah yang ingin menganjurkan program cegah jenayah ataupun pencegaha penculikan.

"Adalah lebih baik menyalurkan ganjaran tersebut kepada mereka kerana pertubuhan ini perlukan dana untuk anjurkan program seperti itu. Wang tersebut boleh membendung, mencegah dan mengurang risiko jenayah dan penculikan daripada berlaku.

"Kenapa setiap kali penculikan terbaru ada ganjaran yang diberikan dan bagaimana kes 10 tahun lalu yang belum ditemui mangsa, tiada ganjaran yang diberikan?"

"Bagi saya yang penting adalah kejujuran," katanya yang turut mempunyai laman blog sendiri iaitu www.kamalfndhashim.blogspot.com

Jan 14, 2008

BAPA NURIN MAHU JUMPA TERTUDUH


'Saya nak jumpa'
Kosmo

PETALING JAYA – “Jika benar lelaki yang ditangkap itu terlibat, saya mahu berjumpa dengan dia.’’
Itulah reaksi spontan Jazimin Abd. Jalil, 34, ketika ditanya berhubung penahanan seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan mengenai kes pembunuhan anak keduanya, Nurin Jazlin, 8.

Dia yang ditemui di rumah Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang sejak Rabu lalu di sini semalam memberitahu, beliau dan isterinya hanya mengetahui tangkapan terbaru itu oleh wartawan yang menghubunginya.

Dia yang datang memberi sokongan moral kepada ibu bapa Sharlinie, Mohd. Nashar Mat Hussin, 29, dan Suraya Ahmad, 28, sejak Jumaat lalu bagaimanapun berkata, beliau belum dimaklumkan polis berhubung penahanan lelaki berusia 32 tahun itu.

“Seperti dijanjikan, jika betul ada penahanan berkaitan kes Nurin Jazlin, saya ingin berjumpa dan ‘berkenalan’ dengan lelaki terbabit,” katanya. |more...|

Jan 13, 2008

Nurin Jazlin: Police arrested a man

Developments in Nurin case
Star

PETALING JAYA: Police arrested a man on Saturday night in connection with the Nurin Jazlin Jazimin’s murder case.

The arrest was made in Jalan Chow Kit in Kuala Lumpur.

Eight-year-old Nurin's ravaged body was found in a sports bag last September, a month after she had been kidnapped.

Police believe there may be links between her case and that of five-year-old Sharlinie Mohd Nashar, who went missing on Wednesday, and the case of the so-called "Kampung Baru molester."

Sharlinie was abducted in Taman Medan, just a few kilometres from where Nurin's body was found.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan Musa confirmed the arrest in Johor Baru after visiting Johor MIC headquarters, where MIC state deputy head Datuk S. Krishnasamy was shot to death on Friday.

To assist their investigations, police on Sunday brought five kids believed to have also been victims of the Kampung Baru molester, to the SAL College building in Kuala Lumpur.

It is believed that Nurin was held there by her abductor.

No2umnO - He......betul ke ni? Agak agak lepas tak ni?

Dec 24, 2007

100 HARI PEMERGIAN NURIN

PUSARA NURIN JAZLIN

Esok genaplah 100 hari Nurin Jazlin Jazimin, 8, ditemui mati selepas diculik selama 27 hari.


Namun ibu bapa Nurin diibaratkan menunggu buah yang tidak jatuh kerana sehingga sekarang tiada sebarang perkembangan yang mereka peroleh berhubung pembunuhannya.

"Jika di awal-awal dahulu, pihak polis sering datang atau menghubungi kami bagi memaklumkan tentang perkembangan kes itu, namun sekarang mereka langsung tidak menghubungi kami, malah kami pula yang terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan maklumat terkini," kata Norazian kepada Bernama hari ini.
Rujuk: BILA KES NURIN AKAN SELESAI? (Bernama)
No2umnO - Wak tak nak salahkan POLIS kerana lambat dan lembab menjalankan tugas. Yang wak marah adalah ibu bapa NURIN sendiri. Kenapa mereka tidak jadi Dato, Dato Seri, Menteri, Timbalan Menteri atau Perdana menteri? Kalau mereka ada jawatan di dalam kerajaan dan UMNO, sudah pasti POLIS berhempas pulas, berpatah riuk, terlanggar dinding buat kerja. Pantang celik mata, terus kerja. Tak makan pun tak per asalkan dapat puaskan hati pemimpin.

NURIN JAZLIN JAZIMIN - THE MURDERED CHILD

Posting terkini

Blog Archive