Malam tadi ketika TV3, nada marah seorang penduduk meminta Ali Rustam turun padang untuk lihat sendiri masalah rakyat. Tapi sampai hari ni ... Ali buat derk je. Mungkin tengah sibuk buat persiapan menyambut Datuk Shah Rukh Khan ... wakakakak
Penduduk Kuala Linggi meminta pihak polis segera mengenal pasti pihak bertanggungjawab yang meletak bangkai kepala babi di pagar rumah salah seorang penduduk di situ, Khamis lalu.
Sehubungan dengan itu, satu laporan polis dilakukan kira-kira 20 penduduk Kuala Linggi di Balai Polis Kuala Sungai Baru di sini kelmarin.
Wakil penduduk, Rozamri Kambol, 42, berkata, penemuan bangkai babi adalah kali kedua berlaku di kawasan berkenaan selepas pada 17 Oktober lalu, bangkai babi turut ditemui di Pantai Padang Kemunting tidak jauh dari Kuala Linggi.... selanjutnya.
Nov 18, 2008
Penduduk suruh Ali Rustam turun padang
Labels: BABI MELAKA, Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 7, 2008
Jangan politik isu Melayu untuk populariti murahan
malaysiakini | Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berkata peringatan Sultan Azlan Shah wajar diberi perhatian serius oleh mana-mana supaya tidak mempolitikkan isu, terutama yang membabitkan kepentingan dan keistimewaa orang Melayu, semata-mata untuk mencari populariti murahan.Ya ya .. je Ali Rustam. cakap lain, esok buat lain. Cerita sikit pasal Shah Rukh Khan .. mesti dia suka.
"Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.Mohd Ali berkata, Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaun lain di negara ini.
Calon timbalan presiden Umno itu mengulas titah Sultan Azlan bahawa sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh Raja-raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah - merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak - perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja.... selanjutnya.
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 17, 2008
Sorry Seniman ... Ali ada alasannya sendiri
... selanjutnya.
Bantai la nko Ali ... .sapa nak caya ni?
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 14, 2008
Ketua Menteri enggan ulas isu anugerah Datuk Shah Rukh Khan
bharian | Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini enggan mengulas bantahan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengenai penganugerahan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan.
"Saya tidak mahu komen apa-apa," katanya ketika dihubungi, pagi ini.
Semalam, Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof, berkata penganugerahan pingat kebesaran kepada Shah Rukh Khan itu tidak relevan atas kriteria apa pemilihannya.
no2umno - Ini lah yang berlaku. Pemimpin UMNO jual maruah demi BODEK.
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Oct 12, 2008
People just Khan believe it!
Star | The conferment of Datukship on Bollywood heartthrob Shah Rukh Khan has stirred up a controversy. Politicians, professionals and the man on the street are hotly questioning the wisdom of the move.
Some commented that the actor did not deserve the award as “he hardly knows where Malacca is” and asked whether he had promoted Malacca in his songs and movies.
SMSes received by The Star also hit out at the move, saying such awards should be given to local artistes.
Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the decision to confer the title on the actor was suggested to Yang di-Pertua Negri Tun Mohd Khalil Yaakob by former Finance Minister Tun Daim Zainuddin recently.... selanjutnya.
no2umno - Kalau dah BODOH terang terang di tunjukkan oleh Pemimpin UMNO ... aku tak tau betapa BODOHNya penyokong UMNO. Pecah perut cerita pasal Datuk Shah Rock Khan. Wakakakaka ... seronok gak mengutuk UMNO masa rumah terbuka sekarang ni. Semua orang cerita pasal tajuk yang sama. Yang mengundi UMNO pun tersipu sipu bila kita cerita BAB ni. Nak sampok tak berani, nak kutuk tak sampai hati. Pasang telinga dengar dengar kan je.
Rakyat Melaka apa komen? Takkan senyap jer ... Macam tak ngaku jadi rakyat melaka lak. Aku ingat tu sebab la, Sultan Melaka lari dari Melaka. Tak tahan dengan rakyatnya. Buat apa? Buat bodoh .... dari zaman kesultanan sampai zaman sains dan teknoloji. Kalau zaman dulu ada pangkat DAtuk .... aku ingat dah ramai penjajah dan peniaga dari Sepanyol, India, Arab, Cina dan macam macam lagi dah dapat DATUK ... Tanah jual, anugerah jual. Sekarang maruah pun korang nak jual.
Macamana pemimpin BODOH pun UMNO dok puji. Tak masuk akal langsung.
Labels: Belit Ali Rustam, Melaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 8, 2008
Ali Rustam lebih Dewa dari Anwar
Pernah anda berkunjung ke Melaka? Jika jawapannya ya, soalan berikutnya adalah: Apa yang membezakan Melaka dengan negeri-negeri lain?Hah ... apa lagi, sekarang kita cabut semua gambar untuk tidak menjadi dewa dewa dewa kan diorang ... Tu la gua cakap. Tindakan tu jangan sebelah pihak je. Kalau serious nak benteras, semua sekali. Kalau UMNO berani ... kita cabut gambar gergasi Anwar, diorang pun kena cabut gambar dewa dewa diorang.
Tentunya pelbagai jawapan dapat diberi. Bergantung kepada persepsi masing-masing. Mungkin ramai yang meletakkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai jawapan. Memang benar kerana Melaka adalah negeri bersejarah.
Ada yang pasti memilih keunikan masjidnya. Benar, kebanyakan masjid lama di Melaka mempunyai pengaruh seni bina Cina. Tidak ketinggalan Masjid Negeri Al-Azim yang terletak di pinggir bandar berhampiran Hospital Melaka.
Apa lagi ya? Tentunya gerai asam pedas dan ikan bakar yang menjadi kegilaan pelancong khususnya dari negara jiran Singapura.
Kubu Umno? Betul juga kerana hingga saat ini belum ada satu kawasan Dun dan Parlimen yang ditandingi Umno berjaya dirampas parti-parti lawan BN khususnya PAS.
Tapi kalau ditanya kepada saya, jawapannya pasti mengejutkan. Melaka berlainan dari negeri-negeri lain kerana ia lebih mendewa-dewakan pemimpin khususnya Ketua Menterinya!
Lihat sajalah di segenap simpang jalan utama di negeri bersejarah itu, terutama ketika menjelangnya Aidilfitri. Sepanduk (banner) yang memuatkan gambar Ketua Menteri Melaka digantung semahu-mahunya. Imej Dato' Seri Mohd Ali Rustam dengan 'misai tebal ular sawanya' dapat dilihat di mana-mana sahaja. - Harakah
Aku tak mendewakan diorang, tapi aku suka dengar lagu DEWA ..... Phuhhhhh !!!
Korang jangan melatah dengan mainan politik Ali Rustam ... sebelum ni orang tak bising, kenapa sekarang? Nak tunggu UMNO komplen baru korang melalut sama? Beb ... kita jangan ikut cara UMNO, tapi kita juga tak perlu tunggu UMNO melatah, baru kita melalut?
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jul 28, 2008
Bicara saman fitnah Ali Rustam di tangguh
mutaligat |...Perbicaraan saman fitnah Ali Rustam terhadap bekas CEO Southern Hospital Abdul Hamid Mustapah (gambar) yang dijadualkan pada 30 dan 31 Julai ini di Mahkamah Tinggi Melaka ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan kemudian.
Abdul Hamid yang saya hubungi pagi tadi mengesahkan bahawa Peguam Mohd Ali telah memohon mahkamah menangguhkan kes tersebut ke suatu tarikh lain. Saya tidak mengetahui sebab mengapa ianya ditangguhkan. Insya Allah jika tarikhnya ditetapkan nanti akan saya maklumkan di dalam blog ini.
Berita tentang saman Abdul Hamid kepada Mohd Ali telah saya dedahkan di Blog pada 20 Jun 2008 yang lalu. Di bawah ini saya siarkan berita tersebut sepenuhnya sekali lagi.... selanjutnya.
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 1, 2008
Upko slams ALI KETAM for Double Standard
dailynews - Upko Saturday criticised Umno Vice President and Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam's support for the demonstration staged in Tawau against SAPP MP Datuk Chua Soon Bui.
Its Deputy President Datuk Wilfred Bumburing questioned whether certain people had the privilege to demonstrate while others, for example like the Hindraf (Hindu Rights Action Force), cannot.
"Ali Rustam's comment that he supported the demonstration in Tawau has set a precedent. Is he saying that in future if YBs defer in opinions, they are free to demonstrate?" he asked.
Bumburing, who is also Tuaran Member of Parliament, said Ali Rustam's comment will give the licence to other BN component parties to demonstrate should they differ in opinions.
"We respect the opinions of those who demonstrate but it seems that double standards are being practised whereby some demonstrations like those held by Hindraf and Bersih are stopped by the police while others are allowed," he said.
Bumburing said he understands the feelings of Umno but demonstrations should not be held for whatever reasons.
"For a senior leader like Ali Rustam to give his endorsement for a demo is unbecoming. He should not condone demonstrations and the Government should not be seen as having two sets of rules, that is, you can demonstrate if it is in our favour and can't if you are not," he said.
Bumburing was responding to Ali Rustam's comment and support for last Tuesday's demonstration staged by Umno members against SAPP in front of Chua's office.
The demonstration came about following SAPP's plan to support a no-confidence motion against Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is also BN Chairman.
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 21, 2008
Raja Politik Wang cuna tunjuk alim
tranungkite - " Ali Rustam di dalam blognya cuba menunjukkan dirinya seorang bersih, telus dan bertanggungjawab. Beliau menyampaikan kata-kata nasihatnya melalui blognya. Ali Rustam menasihatkan Pakatan Pembangkang supaya perlu menghentikan politiking mereka untuk membeli ahli-ahli parlimen BN. Kata beliau, usaha ini bukan sahaja tidak demokratik, tidak akauntibiliti, tidak telus bahkan korupted.
Seterusnya Ali Rustam mengomel lagi katanya usaha pembangkang yang berterusan ini akan menyebabkan pelabur-pelabur beranggapan politik Negara tidak stabil dan akan membantutkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi kerana mereka akan tunggu dan lihat.
Kerana itu pembangkang patut hentikan taktik kotor ini. Mereka perlu hormati rakyat yang telah memilih BARISAN NASIONAL (BN) Kenyataan kepada pemberita selepas Majlis Gotong-royong Rumah Sejahtera Orang Tua-tua di Paya Ikan pagi ini jam 10.00, 18 Mei 2008 Barangkali Ali Rustam lupa bahawa semua orang termasuk orang Umno tahu bahawa beliaulah sebenarnya pengamal politik wang di mana banyak aduan dibuat oleh ‘kumpulan’ penentangnya dalam Umno tentang pengelibatan Ali Rustam merasuah perwakilan Umno dalam pemilihan Umno untuk jawatan Naib Presiden sehingga beliau berjaya memenanginya di belakang Isa Samad.
Nasib baik Pak Lah dan pemimpin Umno lain menyelamatkan beliau demi sehingga tidak dibuktikan bersalah untuk menyelamatkan maruah Umno kerana jika beliua dihukum bermakna dua orang Naib Presiden Umno terlibat dengan rasuah politik wang setelah Isa Samad dihukum. Semua orang kampong juga tahu siapa di belakang kontraktor-kontraktor melayu di Melaka sehingga projek-projek kecil pun disebat oleh orang-orang tertentu ini.... selanjutnya.
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 14, 2008
Hati hati dengan Ali Rustam
empanganjernih - [...] ITU DATUK WIRA MOHD ALI RUSTAM YANG BERTANDING DI DUN PAYA RUMPUT ,DI MELAKA DIWARWARKAN AKAN MENJADI KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU( JIKA MENANG ) DALAM PILIHANRAYA KE-10 PADA 29 NOVEMBER NANTI.
DAHULU BELIAU MEWAKILI PARLIMEN BATU BERENDAM.
DIA INI ADALAH BUDAK SURUHAN TAN SERI ABDUL RAHIM TAMBY CHIK,BEKAS KETUA MENTERI MELAKA YANG MENJADI KESAYANGAN DR MAHATHIR DAN DR SITI HASMAH MOHD ALI, KERANA ITU BANYAK PERKARA SALAHLAKU YANG DILAKUKAN OLEH TAN SERI RAHIM PM TUTUP MATA TAPI TIDAK BAGI RAKYAT MELAKA.
DATUK WIRA MOHD ALI SEMASA TAN SERI RAHIM MENJADI KETUA MENTERI MELAKA BANYAK MEGALIRKAN AIR MATA KERANA BANYAK TANAH ORANG MELAYU DIAMBIL BALIK KONON DEMI UNTUK KEMAJUAN NEGERI MELAKA DENGAN BAYARAN YANG PALING MEMALUKAN WAKIL PARTI UMNO YANG MELAONGKAN HASRAT MENINGGIKAN MARTABAT BANGSA MELAYU....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 8, 2008
Gantung Karpal dari sidang Parlimen
Pengerusi DAP, Karpal Singh perlu digantung daripada menghadiri sidang Parlimen untuk tempoh beberapa tahun jika beliau enggan memohon maaf kepada Sultan Perak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan itu wajar memandangkan Karpal secara jelas mengeluarkan kenyataan yang menghina institusi raja-raja Melayu.
Labels: Belit Ali Rustam, Karpal bangang
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 28, 2008
ANGGOTA BN LOMPAT PARTI TIDAK BENAR - Ali Rustam
Mstar - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa beberapa anggota parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat ternyata tidak benar.
Beliau berkata upacara mengangkat sumpah sempena Persidangan Penggal pertama Parlimen ke-12 bermula hari ini yang berjalan lancar membuktikan ahli politik dari BN mempunyai integriti yang membanggakan. more...
No2umnO - Mulut macam tak takut ..... tapi hati kecut
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Blog Asli tak boleh komen

Blog Tiruan
Dimaklumkan bahawa blog rasmi pada masa ini hanyalah di http://mohdalirustam.blogspot.com/ web blog lain adalah tiruan dan tidak mempunyai maklumat yang betul. Harap pembaca tidak merujuk web blog yang diwujudkan dengan niat negatif.
Dia nak kata ... blog dia asli, tapi tak ada ruang komen....so kita masuk yang tak asli untuk tinggalkan komen. Lawati blog yang tak asli Ali Rustam ....http://mohdalirustam2.blogspot.com/
No2umnO - Pasal blog pun boleh peningkan Ali Rustam.....alahai .....
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 23, 2008
KM Melaka, dengarlah suara kami
malaysiakini - Mengenai keputusan undi yang disifatkan sebagai ‘mesej rakyat’, ia sepatutnya diterima dengan hati yang terbuka. Anggaplah ia sebagai demokraksi rakyat di negara ini menyalurkan hak dan suara mereka. Seharusnya pemimpin-pemimpin kerajaan, yang kalah teruk dalam piliharanya kali ini, menerimanya dengan hati yang tenang.
Namun, sebaliknya ada juga segelintir pemimpin yang menyalahkan rakyat dengan beranggapan mereka tidak bijak mengundi.
Kenyataan ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyelar pengundi kerana memilih calon DAP dalam kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Bandar Hilir, Kesidang (ketiga-tiganya dalam parlimen Kota Melaka), Ayer Keroh dan Bachang (parlimen Bukit Katil) sebagai tidak matang.
Kenyataan itu melambangkan kedangkalan beliau sendiri sebagai pemimpin yang egois.
Saya kira kenyataan tersebut tidak adil kerana ketua menteri sewenang-wenangnya menyifatkan pengundi tidak matang, sedangkan beliau tahu bahawa hak mengundi adalah hak masing-masing, tidak boleh dipaksa sama sekali.more...
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
GERAKAN TAK KECOH, ALI RUSTAM YANG SIBUK
Kah Choon patut dipecat
Utusan Meloya - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai ahli Gerakan, Kah Choon sepatutnya lebih maklum tindakan itu jelas membelakangkan pucuk pimpinan parti.
Menurutnya, perbuatan Kah Choon itu menunjukkan beliau telah berpaling tadah kepada Gerakan dan BN.
''Saya rasa beliau seorang yang gemar mengambil peluang demi kepentingan diri, sepatutnya masa parti dalam masalah, kita perlu bersatu dan membaiki masalah yang ada bukannya menambah lagi masalah," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan polis negeri di pejabatnya di Seri Negeri hari ini.
Beliau mengulas tindakan Kah Choon menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi investPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP.
Menurut Mohd. Ali, BN tidak sepatutnya mempunyai ahli yang berpaling tadah dan membelakangkan ketuanya seperti Kah Choon itu.
''Jadi, saya rasa beliau patut dipecat atau beliau memecat dirinya sendiri, kita tidak perlu ada ahli seperti ini dalam parti.
''Biasalah, dalam parti mesti ada senang dan susah, kalau parti susah kita kena ada bersama-sama parti bukan lompat sana,'' ujarnya. more...
Berita lain:
Kah Choon perlu kemuka surat tunjuk sebab - Tsu Koon
Kah Choon sedia kena tindakan
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 19, 2008
PKR Jangan Bongkak, Kata Ali Rustam
Bernama - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menggunakan perang psikologi politik dalam usahanya untuk menidakkan kesetiaan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap BN, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau percaya wakil rakyat BN sentiasa setia dan sayang kepada parti dan mereka tidak akan meninggalkan parti.
"Kita dengar macam-macam sogokkan yang ingin diberi oleh PKR untuk menarik mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesihatan Melaka Maju 2010 di sini, Sabtu.
Mohd Ali mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa setanding Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau juga mempunyai gelaran doktor. more...
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 18, 2008
Bezanya Guang Eng dengan Ali Rustam
tranungkite - " Bila saya dapat tahu MB Pulau pinang, Lim Guan Eng naikkan elaun guru KAFA sebanyak RM100, lain pula jadinya di Negeri Melaka pada Januari 2008 mula elaun KAFA guru-guru JAIM dipotong sebanyak RM 288, dah tu tak beri notis lebih dulu.
Maknanya baik lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada Kerajaan UMNO Melaka. Dah tu tak ada seorang pun ADUN UMNO yang berani bangkit perjuangkan nasib guru-guru agama. Bila ada apa-apa majlis kerajaan negeri dan UMNO, guru-guru JAIM dipaksa hadir untuk tolong meramaikan tanpa ambil kira mereka perlu bersama keluarga atau tidak.
Ini jelas menggambarkan pada kita bahawa Guru KAFA JAIM telah dijadikan buruh kasar dan buruh paksaan Ali Rustam, nak lawan tak berani kerana semua bertaraf kontrak yang boleh dibuang bila-bila masa umpama lampin pakai buang yang telah digunakan. Elaun yang diberikan pun tak berpadanan dengan kerja yang telah dibebankan. Betapa siksanya hidup orang Agama di bawah pemerintahan Dinasti BN Melaka. Kalau ada pembangkang-khususnya PAS sudah tentu perkara ini adakan diperjuangkan. more....
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 16, 2008
BUTANG 'KOMEN' BLOG ALI RUSTAM DAH HILANG
Wak pantau lagi blog Ali Rustam ...tengok tengok kalau ada komen terbaru yang dihantar oleh pelayar setia blog tersebut. Dikatakan blog "Dari Kacamata", bersikap terbuka dan sejak awal menyiarkan sebarang komen yang di tulis oleh pengunjung.
Kemarahan pembaca tercetus apabila Blog tersebut mengeluarkan artikel 'Ladang ternakan babi hadiah pilihan raya' yang dituju khas kepada rakyat negeri Selangor. Untuk memberitahu betapa bodohnya rakyat Selangor memilih parti Pakatan Rakyat dan diberikan hadiah "Reban Moden" bernilai RM100. juta.
Hari ini wak layari lagi dan apa yang wak temui adalah butang "komen" yang biasanya berada di bawah artikel, telah lenyap......memusykil kan dan wak anggap itu adalah misteri ..........
Orang tak der kerja macam wak ni.....asyik gatal tangan. Tambah lagi petang petang cam nihhh...Terdetik di kepala nak tengok perkembangan menantu Abdullah Badawi. Teringat lagi masa saat akhir Pilihanraya PRU 12 yang lepas, Khairy telah melahirkan satu web site bagi dirinya, dikenali sebagai www.rembau.net. Wak pun klik lah laman web itu dan apa yang wak perhatikan, tiada artikel dan cerita terbaru.
Artikel last sekali adalah pada 03/2008 FTA must promote fair, not free trade.
manakala, berita yang terakhir adalah pada March 10, 2008
Khairy Wins P131 RembauRupa rupanya blog@website itu hanya lah untuk pilihanraya. Selepas itu terhenti ... "Assalamualikum !!!! Ada orang ke nihhh" tak der jawapan ....Maka tak der orang la tu. Cuba anda panggil kalau kalau ada orang disana .... KLIK www.rembau.net.my
Khairy Jamaluddin Abu Bakar won the parliament seat of P131 Rembau, beating his challenger Badrul Hisham Shaharin by a majority of 5,746 votes. Khairy managed to secure 26,525 votes overall. The voter turnout for the Parliament of Rembau was a high 78%.
Labels: Belit Ali Rustam, Beruk Rembau
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 13, 2008
PEMIMPIN YANG TAMAK SELALU RUGI
TERKINI : sehingga saat ini, jam 7.51 pm/14th April
Blog Ali Rustam menerima 144 kutukan dari pelayar dari artikel nya tentang BABI SELANGOR. Dan petang ini ......
Blog di Wordpress dihentikanSemalam blog No2umnO menyiarkan tentang 2 blog yang sama milik Ali Rustam.
darikacamata
LAMAN blog pendua saya di Wordpress ditamatkan bagi memudahkan kemas kini dibuat. Terima kasih - DAR
Rujuk: ALI RUSTAM ADA DUA BLOG ... hebat , hari ini salah satu blog berkenaan di tutup atas alasan tak menang tangan. Menteri lain ada satu, Ali pilih nak 2 blog. Tu lah akibatnya tamak haloba sangat. Tak mampu jangan buat. Kalau semua nak lebih dari orang lain. Tu sebab la Babi kat Melaka rakyat tak suka tapi Ali rustam bahagia.
Samaada beliau atau orang lain yang kendalikan blog tersebut, wak tak kesah tapi kita anggap aje lah blog blog itu milik Ali Rustam. Memang kelakar samdol nih.
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 12, 2008
ALI RUSTAM ADA DUA BLOG ... hebat
2 blog, artikel sama, kandungan sama. Satu wordpress dan satu lagi blogspot ...... Aku tak paham. Ada sesiapa yang boleh fikirkan logik akal tujuan kelahiran kedua dua blog ni? Title blognya ...."DARI KACAMATA". Dua kaca, dua mata, dan Ali Rustam perlu dua blog yang sama.
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
