KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 7, 2008

Jangan politik isu Melayu untuk populariti murahan

malaysiakini | Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berkata peringatan Sultan Azlan Shah wajar diberi perhatian serius oleh mana-mana supaya tidak mempolitikkan isu, terutama yang membabitkan kepentingan dan keistimewaa orang Melayu, semata-mata untuk mencari populariti murahan.

"Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.

ali rustamMohd Ali berkata, Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaun lain di negara ini.

Calon timbalan presiden Umno itu mengulas titah Sultan Azlan bahawa sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh Raja-raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah - merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak - perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja.... selanjutnya.
Ya ya .. je Ali Rustam. cakap lain, esok buat lain. Cerita sikit pasal Shah Rukh Khan .. mesti dia suka.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive