KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label BABI MELAKA. Show all posts
Showing posts with label BABI MELAKA. Show all posts

Nov 25, 2008

Wanita UMNO nak telanjang? Wakakaka

Wanita umno nak telanjang? Wakakakakakak

Semua pihak diminta tidak 'menelanjangkan' Pergerakan Wanita UMNO dengan menyebarkan keburukan dan fitnah terhadap Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menghangatkan lagi pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, persaingan sengit itu nanti dikhuatiri mewujudkan golongan yang berkempen secara agresif termasuk mengutuk, mengaibkan dan menggunakan media massa bagi memastikan pemimpin yang disokong menang.

"Hentikanlah perangai buruk seperti itu sebaliknya pertandingan mestilah berasaskan keyakinan dan keikhlasan untuk memperjuangkan nasib Melayu," katanya yang juga Exco Wanita UMNO itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.... more.
http://www.caricatures-ireland.com/blog/wp-content/uploads/2007/08/fat-pig.jpg

Kalau jadi telanjang ... tak payah di Melaka .... wakakakakakak

Babi Sg Tuang

... more.

Skuad khas siasat kepala babi

utusan | Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah menubuhkan satu skuad khas bagi mengenal pasti individu yang meletakkan kepala babi di rumah penduduk Kampung Kuala Sungai Baru di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, skuad khas tersebut telah ditubuhkan sebaik sahaja isu berkenaan mula timbul di kampung tersebut.

''Setakat ini, hasil siasatan yang dijalankan, kita telah mendapat beberapa maklumat positif bagi menyelesaikan kes tersebut.

''Namun, siasatan lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif yang menyumbang kepada berlakunya masalah ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.... more.
Skuad ni nak bagi nama apa ye ... ?

Nov 18, 2008

Penduduk suruh Ali Rustam turun padang



Penduduk Kuala Linggi meminta pihak polis segera mengenal pasti pihak bertanggungjawab yang meletak bangkai kepala babi di pagar rumah salah seorang penduduk di situ, Khamis lalu.

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis dilakukan kira-kira 20 penduduk Kuala Linggi di Balai Polis Kuala Sungai Baru di sini kelmarin.

Wakil penduduk, Rozamri Kambol, 42, berkata, penemuan bangkai babi adalah kali kedua berlaku di kawasan berkenaan selepas pada 17 Oktober lalu, bangkai babi turut ditemui di Pantai Padang Kemunting tidak jauh dari Kuala Linggi.... selanjutnya.
Malam tadi ketika TV3, nada marah seorang penduduk meminta Ali Rustam turun padang untuk lihat sendiri masalah rakyat. Tapi sampai hari ni ... Ali buat derk je. Mungkin tengah sibuk buat persiapan menyambut Datuk Shah Rukh Khan ... wakakakak

Nov 15, 2008

KEPALA BABI di Melaka .. wakakakak

http://www.bloomingdaletraditions.ca/images/humor_images/Pig_Smile.jpg

Malam tadi di dalam Buletin Utama menyiarkan berita tentang tindakan orang orang tertentu menyangkut kepala babi di pagar rumah seorang pemantau penternak babi di Melaka. Ada kaitan dengan 'ugutan'.

Aku tidak mahu membuat sebarang ulasan merapu tanpa bukti. Tapi .... Ada yang terasa bahang dengan tajuk berita Buletin Utama itu. Contohnya,

Korang klik BLOG INI. dan BLOG INI

Satu blog menyalahkan PAS dan satu blog lagi menyalahkan DAP dan PAS.
Weyyy UMNO .... korang melalut apa tu?
UMNO macam dah tau tajuk berita TV3 tu akan akan mengena diorang kembali, kerana itu berita akhbar di internet tidak siarkan berita tu. UMNO takut kena sindir.

INi bukan soal DAP dan PAS la mangkok ... ini soal tanggung jawab 'FAIL' kerajaan negeri Melaka. Menteri yang sama bagi gelaran Datuk pada Shah Rukh Khan. Dulu dah cuba ditutup kes ni, tapi sekarang terbongkar kembali. Bermaksud, Melaka tidak benar benar menyelesaikan masalah ini tapi dok menyebuk tentang BABI MODEN di Selangor pulak.

Malam tadi bila sembang ngan kawan kawan, diorang syak tindakan ini ada kaitannya dengan Pemilihan UMNO Mac nanti. Ada team di dalam UMNO yang cuba nak jatuhkan Ali Rustam yang merupakan calun yang sesuai untuk jadi Timbalan Presiden UMNO. Korang tau kenapa dia layak?

Sebab dengan perangai bodek dan ampu serta bodoh bodoh alangnya tu. wakakakakakk !!!
Dalam UMNO yang penting bodoh, kalau bijak, takut makan tuan.

Maka kesimpulannya .... yang bodoh itu menawan. 'Datuk Shah Rukh Khan' vs 'Kepala Babi'. Wakakakakak !!!

Mar 31, 2008

CADANGAN BELI EYE ON MALAYSIA MERUGIKAN ..

kbsn26melaka

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk membeli eye on Malaysia adalah satu cadangan yang tidak rasional dan tidak menguntungkan rakyat negeri melaka tetapi projek ini beri hanya berikan keuntungan pada para pelancong sahaja. Kerajaan negeri sepatutnya merancang untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk rakyat negeri melaka. Cadangan pembelian tersebut yang dilaksanakan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka, Kumpulan Melaka Berhad (KMB) daripada AD Suria Sdn Bhd menelan belanja sebanyak RM22 juta, ini amat mendukacitakan kita sebagai rakyat negeri melaka.

Cuba kita bayangkan bersama, kerajaan negeri perlu mendapat pulangan sehari RM 6 Ribu , Sebulan RM 183 ribu, setahun RM2.2 juta dan selama 10 tahun baru pulang modal sebanyak RM 22 juta. Bagaimana pula kos penyelenggaraan dan risiko penyelenggaraan dan insuran ??



Sebelum ini kerajaan negeri melaka telah mengeluarkan dana sebanyak RM23 juta untuk membina menara Taming Sari yang terletak di Melaka Raya. Apa rasionalnya projek ini diluluskan dalam masa yang sama kerajaan negeri masih lagi berhutang dengan kerajaan persekutuan sebanyak RM 1.05 Bilion

No2umnO - Wak tunggu kalau kalau Melaka nak buat TUGU KEPALA BABI ..... Praktikal sikit.

Mar 10, 2008

BABI KEKAL DI PAYA MENGKUANG

http://razaklatif.files.wordpress.com/2007/11/mlk_babi008.jpg

Di dalam banyak banyak isu yang terkini dan terlepas. Yang paling menyedihkan pada wak adalah penduduk negeri Melaka.

Paya Mengkuang terletak 3 kilometer dari Jalan Kelebang; 3.2 kilometer dari Jalan Klebang; 3.5 kilometer dari Jalan Pulau Gadong; 3.8 kilometer dari Jalan Bertam Ulu; 3.9 kilometre dari Jalan Kg Pulau Gadong; Paya Mengkuang terletak pada latitude (2.2507 degrees) 2° 15' 2" Utara dan longitude (102.1844 degrees) 102° 11' 3" Timur peta Melaka. Tempat penternakan babi terkenal. Sudah memenuhi ruang akhbar utama dan berita TV3. Semuanya bercerita tentang soal babi yang mencemar air dan perkampungan Melayu di sana.

Setelah isu isu yang berlaku ini, rakyat disana masih menerima BABI sebagai penternakan utama. Setelah pilihanraya....ini hasilnya.

N14 KELEBANG
Jumlah Pengundi: 16,222
Peratusan Kaum: M:54.34% C:43.02% I:2.31% L:0.33%
1. Datuk Seet Har Cheow (BN) (6,591)
2. Koh Sze Choon (DAP) (5,288)

Majoriti: 1,303
Jumlah undi: 12,579
Peratus mengundi: 77.54%
Undi rosak: 700
Penyandang: Seet Her Cheow (BN)
(Majoriti: 4,177 undi)

P.134-MASJID TANAH

ABU SEMAN BIN HAJI YUSOP (BN) 21,582 MNG
AB GHANI BIN AB RAHMAN (PAS) 9,297

Jumlah Pengundi : 40,606
Undi rosak : 717
Jumlah undi : 31,715
Undi tidak dikembalikan : 119
Peratus : 78.10%
Majoriti : 12,285


Majoriti ..... cukup memberansangkan dan 700 undi dan 717 rosak menunjukkan rakyat keliru untuk memilih siapa yang bakal memimpin penduduk disana. Dua calun dan bangsa melayu pun terpinggir. Akhirnya pangkah muka calun dan bukan ruang pangkah sebenar. Undi pun rosak.

Babi? Masih kekal dan beranak pinak. Rakyat melaka .... anda yang buat pilihan dan terima lah seadanya. Pada rakyat seluruh Malaysia, tahu lah anda dimana nak cari stok daging babi. Tak payah cari lain kerana Melaka masih menjadi kawasan ternak nombor 1 di negara dan Asean.

Jan 19, 2008

ADA PIHAK CUBA TUTUP ISU BABI MELAKA?


LAPURAN BULETIN UTAMA 19/1/2008
Nampaknya tindakan kerajaan mengurangkan ternakan babi di Paya mengkuang TIDAK BERJAYA. Penduduk disana sudah keletihan dengan karenah pengusaha BABI dan KERAJAAN NEGERI yang kononnya mengendalikan proses pengurangan tersebut sedangkan hakikatnya tiada pengurangan yang berlaku.

Karam Singh Walia nampaknya sekali lagi berkunjung ke kawasan tersebut untuk menemui penduduk yang tidak henti henti merungut. Kemarahan jelas terlihat di wajah mereka sambil menunding jari menunjuk aliran air dari kampung ke laut yang berwarna kehitaman dan berbuih buih. Masih serupa, masih tiada beza. Sebelum proses pengurangan dan selepas ia dilakukan. Nampanya ada yang tertipu dengan penipuan kerajaan negeri dan Pengusaha BABI MELAKA.

Sebelum ini, kerana panik, ALI RUSTAM telah membawa isu ini kepada Najib Tun Razak dan dengan selambanya MANGKUK itu mengatakan bahawa isu itu SELESAI. Strategi yang sama digunakan untuk mendiamkan mulut orang ramai yang merintih tentang isu berkenaan. Hari ini, cerita yang sama timbul kembali. Ia merosakkan alam sekitar dengan bau yang masih sama busuknya dan merosakkan pemandangan pantai di Melaka.

Apakah kaitan kerajaan Negeri, Ali Rustam, Najib Razak dan pengusaha babi berkenaan? Mungkin ada yang berselindung disebalik semua lakunan ini? Kini terserah kepada penduduk kampung untuk menilai kembali sejauh mana kebenaran sikap tanggung jawab penduduk kampung, kerajaan negari dan pemimpin negara. Keputusan ditangan anda, Hendak pilih BABI dan BN atau hendak hidup senang tanpa gangguan?

Dec 28, 2007

Biar roboh KOTA MELAKA, jangan roboh KANDANG BABI

BABI

dipetik: ntbn.wordpress.com

Kalau dibaca, sakit hati. Tapi kalau direnung baik baik, ia memberikan gambaran tentang bezanya antara kaum melayu dan cina. Menurut pemimpin Pemuda MCA, bangsa Cina adalah bangsa yang sensitif. Kerana itu maka pondok basikal pun mereka perjuangkan. Sebagai bukti baca keratan berita Bernama berikut,

Keratan berita bernama (KLIK)

Isu 1
Tempat letak basikal mungkin dianggap isu remeh dalam mana-mana pilihan raya tetapi tidak kepada pengundi Cina di Bahau kerana ia menjadi antara punca Barisan Nasional tewas kepada DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan itu dalam pilihan raya umum lepas.

"Pengundi Cina sangat berbeza dengan orang Melayu, mereka mudah sensitif kepada perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang Cina," kata Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan Foo Ming Chee kepada Bernama.

Isu 2
Satu lagi isu tempatan membabitkan kaum Cina di Negeri Sembilan yang menjadi modal pembangkang ialah cadangan memindahkan peniaga Pasar Besar Seremban ke kawasan lain.

"Isu ini pun sudah lapuk kerana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting mengumumkan pasar itu akan diubah suai. Ini bermakna ia tidak akan diroboh dan peniaga Cina akan kekal di situ," kata Foo.

Melayu harus sedar bahawa Pemimpin bangsa Cina sibuk memperjuangkan bangsa mereka. Dan pemimpin Melayu dan sibuk menjaga periuk nasi mereka. Akibatnya Melayu dan India terpinggir kerana pemimpin lari dari fokus perjuangan mereka. Kini India sudah pinggirkan pemimpin mereka, Samy Vellu. Melayu bila lagi?

Pemimpin Melayu lebih pada politik dan pangkat. Kalau diberikan pangkat mereka lupa diri. Mereka tidak memperjuangkan bangsa kerana bangsa melayu sepi dan lesu. Biar lah apa yang mereka lakukan, Melayu duduk terperok di dapur bersama isteri kerana Melayu tidak sensitif. Bila anak ramai, barang mahal, melayu pening kepala. Mana nak cari duit?

Dengan sikap Melayu sebegini, pemimpin UMNO ingat mereka cukup selesa, walaupun mereka tidak berjuang untuk bangsa. Buat lah apa pun, suara Melayu tidak akan didengar kerana Melayu di kongkong oleh semangat bangsanya dan fahaman agama yang mengekang buruk laku bangsa melayu. Ada penceramah yang dibayar oleh UMNO yang bergiat menentang perhimpunan dan berdemonstrasi , kerana pada melayu, mereka tidak mahu menentang sunnah dan kerana itu maka, biar lah pemimpin itu kejam dan zalim, melayu tetap tunduk. Itu saranan penceramah tersebut dan itu lah yang pemimpin Melayu mahu. Berdemo haram. Bagaimana minum arak, berjudi dan bermaksiat?

Kandang babi tidak roboh, Pondok basikal isu penting dan pasar tidak jadi pindah. Itu lah kuasa bangsa Cina terhadap pemimpin Melayu. Pemimpin Melayu umpama sekandang babi yang bodoh, tidak tahu berbuat apa kecuali diberi makan dan berak tak kira tempat. Berlambak lambak dan berbuih buih. Najis UMNO sudah bertaburan diseluruh kandang. Meleleh leleh diurung lalat hijau. Baunya cukup memual tekak hingga nak termuntah dibuatnya. Kalau dialirkan ke sungai, satu kampung hilang selera. Kanak kanak tidak boleh bersekolah. Orang ramai tidak boleh berkelah. Pemimpin melayu tahu asyik makan, berak merata dan cukup tempoh disembelih tokey babi.

Kalau roboh kota Melaka, ungkapan Melayu lama. Kini UMNO mempunyai ungkapan mereka sendiri, KALAU ROBOH KANDANG BABI. Roboh sahaja kandang babi, UMNO tidak boleh bernafas lagi kerana tokey babilah yang menghidupkan mereka. UMNO tidak perlukan Melayu lagi.

Kalau pemimpin bangsa Cina memperjuangkan bangsa melayu. Pemimpin Melayu menyokong pemimpin kaum Cina. Apa mahu jadi pada Melayu? Merempat lah kamu. Kerana menurut penceramah bebas UMNO, berdemo haram kerana pemimpin kita Islam, negara Islam, Pilihanraya adil, Pemimpin pilihan rakyat dan sebagainya. Aku tak lah hebat soal agama, tambah tambah lagi beliau menggunakan dalil untuk haramkan perhimpunan. Tiada dalil, sikap yahudi dan macam macam lagi. Mendengarnya, aku tidak terpedaya tapi rasa nak termuntah ada la.

Posting terkini

Blog Archive