KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 8, 2008

Ali Rustam lebih Dewa dari Anwar

Pernah anda berkunjung ke Melaka? Jika jawapannya ya, soalan berikutnya adalah: Apa yang membezakan Melaka dengan negeri-negeri lain?

Tentunya pelbagai jawapan dapat diberi. Bergantung kepada persepsi masing-masing. Mungkin ramai yang meletakkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai jawapan. Memang benar kerana Melaka adalah negeri bersejarah.

Ada yang pasti memilih keunikan masjidnya. Benar, kebanyakan masjid lama di Melaka mempunyai pengaruh seni bina Cina. Tidak ketinggalan Masjid Negeri Al-Azim yang terletak di pinggir bandar berhampiran Hospital Melaka.

Apa lagi ya? Tentunya gerai asam pedas dan ikan bakar yang menjadi kegilaan pelancong khususnya dari negara jiran Singapura.

Kubu Umno? Betul juga kerana hingga saat ini belum ada satu kawasan Dun dan Parlimen yang ditandingi Umno berjaya dirampas parti-parti lawan BN khususnya PAS.

Tapi kalau ditanya kepada saya, jawapannya pasti mengejutkan. Melaka berlainan dari negeri-negeri lain kerana ia lebih mendewa-dewakan pemimpin khususnya Ketua Menterinya!

Lihat sajalah di segenap simpang jalan utama di negeri bersejarah itu, terutama ketika menjelangnya Aidilfitri. Sepanduk (banner) yang memuatkan gambar Ketua Menteri Melaka digantung semahu-mahunya. Imej Dato' Seri Mohd Ali Rustam dengan 'misai tebal ular sawanya' dapat dilihat di mana-mana sahaja. - Harakah
Hah ... apa lagi, sekarang kita cabut semua gambar untuk tidak menjadi dewa dewa dewa kan diorang ... Tu la gua cakap. Tindakan tu jangan sebelah pihak je. Kalau serious nak benteras, semua sekali. Kalau UMNO berani ... kita cabut gambar gergasi Anwar, diorang pun kena cabut gambar dewa dewa diorang.

Aku tak mendewakan diorang, tapi aku suka dengar lagu DEWA ..... Phuhhhhh !!!

Korang jangan melatah dengan mainan politik Ali Rustam ... sebelum ni orang tak bising, kenapa sekarang? Nak tunggu UMNO komplen baru korang melalut sama? Beb ... kita jangan ikut cara UMNO, tapi kita juga tak perlu tunggu UMNO melatah, baru kita melalut?

1 comments:

Anonymous said...

kalau anwar yg belum ada kuasa tu pun dah ada patung besar, apatah lagi bila dah berkuasa nanti...

Yang herannya, PAS pulak yang sibuk mempertahankan tindakan penyokong Anwar yang jumud tu. Bukannya nak menasihatkan, tapi lebih nak carik kesalahan orang lain pulak.

TEGUR DULU KAWAN TIDUR SEBANTAL PAKATAN RAKYAT KORANG TU WAHAI PAS, BARU LAH BERHAK NAK TEGUR KAWAN LAIN LAIN BANTAL.

ikhlas,

anti hipokrasi

Posting terkini

Blog Archive