KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Nov 24, 2008

'Datuk Shah' pada 6 Disember

Star | Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan, telah bersetuju datang ke Melaka pada 6 Dis ini untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Omar Kaseh berkata Shah Rukh Khan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 7.30 pagi dan akan berada di Melaka selama sehari.

Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pada 10 pagi, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke70 hari lahir Mohd Khalil pada 11 Okt lepas.... more.
Datang la rumah Mama datuk ....
cium sikit ... muahhhhh (kanan), muahhhhh (kiri)
muah hhhh ..muah..... muahhhhhhhhhhh ......
jelous pinky lipssss .....
"Meet your cousin .... Shah ... rizat."

Nov 5, 2008

Shah Rukh Khan akan beri penjelasan di Melaka

MStar | Kritikan rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan gelaran Datuk yang diberikan kepada Shah Rukh Khan akan cuba dijelaskan sendiri oleh bintang Bollywood itu apabila dia berkunjung ke Melaka bagi acara penganugerahan itu pada 29 November ini.

Menurut agen pelakon popular itu, Shah Rukh Khan sendiri menyedari tentang isu tersebut yang hangat diperkatakan di negara ini, baru-baru ini. Namun, buat masa ini, dia enggan untuk memberikan sebarang komen.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai ini tidak menolak untuk memberikan pandangannya sendiri berhubung gelaran yang dianugerahkan kepadanya itu kelak.... selanjutnya.

Oct 17, 2008

Kitorang tak campur - Kementerian

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hari ini memutuskan untuk tidak mahu mencampuri urusan kerajaan negeri Melaka berhubung dengan penganugerahan gelaran Datuk kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan.

Menurut Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Dr. Muzahet Masruri, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sepatutnya menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada kerajaan negeri Melaka dan bukannya kepada kementerian itu.... selanjutnya.
Wakakakak .... Kementerian takut nak campur tangan dengan idea bodoh Ali Rustam dan Khalid Yaakob. Ayoyo ....sapa nak kawan dengan diorang.

AKu teringat masa sekolah rendah dulu. Bila kawan terkencing dalam seluar ... semua orang tak nak kawan ngan dia. Kesian pun ada.

Oct 14, 2008

Jangan pertikai kerajaan Melaka kurnia Shah Rukh Datuk - Freddie Fernandez

MStar | Tatkala rata-rata penggiat seni tanah air mempersoalkan gelaran Datuk yang diberikan kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan oleh kerajaan negeri Melaka, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez pula berkata, penganugerahan tersebut tidak perlu dipertikaikan.

Freddie yang dihubungi mStar Online petang tadi menyifatkan kerajaan negeri berhak memutuskan sesiapa saja yang layak diberikan sebarang penganugerahan atau pingat kebesaran tidak kira sama ada melibatkan individu tempatan atau antarabangsa.

"Itu adalah hak Sultan atau Ketua-Ketua Menteri untuk menganugerahkan gelaran Datukkepada sesiapa yang mereka rasa layak.

"Apa hak kita untuk pertikaikan keputusan mereka?

"Mungkin bagi kerajaan Melaka, Shah Rukh Khan telah berjaya mempromosikan negeri itu di peringkat antarabangsa menerusi filemnya. Mungkin kita merasakan ia tidak munasabah, tetapi kita sebagai rakyat tidak mengetahui sejauh mana Shah Rukh Khan telah membantu negeri itu dari segi pelancongan.

"Sebab itu saya merasakan kita tidak layak untuk mempertikaikan tentang perkara itu dan tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak pun," ujar Freddie.... selanjutnya.

Oct 13, 2008

Anugerah Datuk satu penghinaan - Seniman



Presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof (duduk kanan), Ahmad Idham (dua dari kanan)ketika sidang media bantahan Seniman terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu. -foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN

kerajaanrakyat | .... Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

"Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

"Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa macam satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

"Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan," katanya.... selanjutnya.

no2umno - Jangan dengki dengan Shah Rukh Khan .... artis Malaysia kena berdoa untuk di panggil ke India bagi anugerah di sana pulak ... wakakakakak !!!

Datuk Shah Rukh Khan??

ayusli | Whaddaya know… Just because a film was shot in Malaysia 7 years ago with him as a hero, Shah Rukh Khan was awarded a Datukship by the Melaka State Government. The Chief Minister said that the film, One 2 Ka 4, shot at the A’Famosa Resort have brought “many” people to visit Melaka.

But how many is many? I just got back from A’Famosa today and that place seemed pretty dead. Hardly anyone was there. Even Melaka town itself doesn’t seem to have that many people there.

If Shah Rukh Khan was given an award for a movie, what about Sean Connery and Catherine Zeta Jones? They starred in the movie Entrapment that featured the Petronas Twin Towers. Or the actors who were in the movie Anna & The King? Or the Chinese actors who shot a number of movies in this country? I don’t think Shah Rukh Khan even cares one way or another about the title. He’s not going to get paid for it, is he?... selanjutnya.

no2umno - Dengar khabarnya artis artis Malaysia pun bukan main kecewa dengan tindakan bodoh kerajaan Melaka. Itu petanda Melaka nak kena gadai tu. Pagi ni di TV3, di bacakan keratan tentang isu tersebut. Tapi yang menariknya ... tiada liputan dan wawancara dibuat. Takut rakyat Belasah pemimpin la tu.

Bodoh memang kerja bodoh ......

Oct 12, 2008

People just Khan believe it!

Star | The conferment of Datukship on Bollywood heartthrob Shah Rukh Khan has stirred up a controversy. Politicians, professionals and the man on the street are hotly questioning the wisdom of the move.

Some commented that the actor did not deserve the award as “he hardly knows where Malacca is” and asked whether he had promoted Malacca in his songs and movies.

SMSes received by The Star also hit out at the move, saying such awards should be given to local artistes.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said the decision to confer the title on the actor was suggested to Yang di-Pertua Negri Tun Mohd Khalil Yaakob by former Finance Minister Tun Daim Zainuddin recently.... selanjutnya.

no2umno - Kalau dah BODOH terang terang di tunjukkan oleh Pemimpin UMNO ... aku tak tau betapa BODOHNya penyokong UMNO. Pecah perut cerita pasal Datuk Shah Rock Khan. Wakakakaka ... seronok gak mengutuk UMNO masa rumah terbuka sekarang ni. Semua orang cerita pasal tajuk yang sama. Yang mengundi UMNO pun tersipu sipu bila kita cerita BAB ni. Nak sampok tak berani, nak kutuk tak sampai hati. Pasang telinga dengar dengar kan je.

Rakyat Melaka apa komen? Takkan senyap jer ... Macam tak ngaku jadi rakyat melaka lak. Aku ingat tu sebab la, Sultan Melaka lari dari Melaka. Tak tahan dengan rakyatnya. Buat apa? Buat bodoh .... dari zaman kesultanan sampai zaman sains dan teknoloji. Kalau zaman dulu ada pangkat DAtuk .... aku ingat dah ramai penjajah dan peniaga dari Sepanyol, India, Arab, Cina dan macam macam lagi dah dapat DATUK ... Tanah jual, anugerah jual. Sekarang maruah pun korang nak jual.

Macamana pemimpin BODOH pun UMNO dok puji. Tak masuk akal langsung.

Oct 11, 2008

Alasan Ali Rustam

Utusan | Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini. ... selanjutnya.

no2umno - alasan lagi ... cakap sorang sorang. Kenapa tak tanya rakyat Melaka? Hari ni aku nantikan kalau kalau ada temubual berita dan rakyat tentang isu ini .... tak berani nak siarkan !!!
Bodek la selagi boleh Ali ...... bukan rakyat tak tau perangai kau. Berapa ramai rakyat Malaysia yang buat dokumentari ke luar negeri tentang Malaysia .. tak der pun dapat DAtuk ... jangan nak beralasan.

Datuk Kuch Kuch Hota Hey

Shah Rukh Khan

Mungkin sekarang ni Tan Sri Khalil Yaakob, dah mula belajar berhasa Hindustan ala ala Bollywood. Lepas pingat di berikan pada artis tu ... .dia akan kata "Sukriya !!!" Dan Tan Sri jangan sebut "SApno, kiyahi Inspektor Sahab ... terkejut beruk pulak Shah rukh khan nanti.

Tan Sri cuma ada masa sehari untuk belek kamus Bahasa Malaysia / Hindustan agar anugerah Datuk dapat di sampaikan ke artis tu esok. Rujuk SINI

Bukan aku nak dengki, tapi kesian Pak Kassim, Harun, Dollah dan Mahat yang dok bantu bantu orang orang Melaka agar jadi mesra dan makmur, pingat PJK pun tak dapat. Alih alih .... nun orang kat Bollywood tu yang dapat.

Lepas ni doa doa kan lah agar orang Melaka dapat tengok filem Hindustan dengan percuma. Kalau filem Hindustan kat ASTRO pulak, minta minta la di kecualikan bill hanya untuk orang Melaka.

Maklumlah, dah dapat Datuk. Takkan nak tengok filem pun kena bayar. Kalau kita bagi duit kat Datuk ... baik jangan bagi Datuk.

Orang Melaka jangan bising .... itu adalah tindakan orang No 1 negeri Melaka. Korang kalau nak bising, jangan duduk Melaka. Wakakakakakakak

Sudah la Yang di Pertuanya pun orang Pahang, yang dapat Datuk pulak orang utara India. Orang Melaka cuma dapat bau kandang babi yang tak selesai selesai tu.

ADehhh ...orang Melaka, Orang Melaka.
Patut lah tak der Sultan.

Oct 10, 2008

Semua pelakon dunia akan bergelar Datuk?

mutaligat | Saya yakin selepas ini semua bintang filem dan penyanyi terkenal dunia akan mendapat gelaran Datuk anugerah dari kerajaan Melaka.

Kalau Shah Rukh Khan boleh dapat, takkan Tom Cruise, Jackie Chan, Chow Yun Fat, Salman Khan, Nicole Kidman, Mariah Carey, Michael Jackson tak boleh dapat gelaran tersebut.

Tidak lama lagi semua pelakon filem popular di Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan lain-lain turut mendapat gelaran tersebut. Maka mahsyurlah Melaka di seluruh dunia kerana menganugerahkan Datuk kepada pelakon dunia.

Nanti akan ada Dato' Salman Khan, Datuk Juhi Chawla, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Jackei Chan, Datuk Avril Lavigne dan lain-lain.

Hebatnya negeri Melaka. Murahnya gelaran Datuk. Apalah agaknya sumbangan Shah Rukh Khan kepada rakyat negeri Melaka? Saya pun naik hairan.

Apakah Ali Rustam dan kerajaan Melaka sudah buang tabiat kerana tidak lama kagi akan menjadi kerajaan pembangkang.? Pelik tapi benar? Inikah orang yang kita nak lantik jadi Timbalan Presiden Umno?

Utusan Meloya Online melaporkan hari ini bahawa pelakon terkenal Bollywood itu, merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.... selanjutnya.

May 7, 2008

TAK DIJEMPUT ... YB UGUT PISTOL

Wakil rakyat tunjuk pistol
Hmetro - Seorang wakil rakyat bertindak menunjukkan sepucuk pistol yang diselitkan di pinggang kanannya kepada seorang ahli perniagaan selepas mereka bertengkar mengenai satu program gotong-royong di pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu, dekat sini, kelmarin.

Bagaimanapun, wakil rakyat berusia awal 50-an itu hanya menunjukkan pistol itu tetapi tidak mengacukannya kepada ahli perniagaan berkenaan.

Menurut ahli perniagaan berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika itu dia tergamam kerana tidak menyangka wakil rakyat berkenaan yang juga dianggap sahabat politiknya sanggup bertindak demikian hanya kerana salah faham mengenai satu program gotong-royong yang diadakan dalam kawasan wakil rakyat itu, Ahad lalu.

Beliau berkata, wakil rakyat terbabit berasa kecil hati kononnya tidak dijemput untuk hadir pada majlis gotong-royong membersihkan kawasan perumahan di Taman Masjid Tanah Ria, dekat sini yang dirasmikan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusof, sedangkan beliau ada menjemputnya melalui SMS sehari sebelum program itu dilangsungkan.
- baca selanjutnya di SINI....

Apr 19, 2008

KHUTBAH JUMAAT, MERAPU DAN MENGAMPU

kbsn26melaka
OLEH : USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK

1.Saya rasa terkejut bercampur hairan bila dengar khutbah jumaat hari ini ( 18 April 2008 ), sekelian makmun seperti dihiburkan dengan satu berita bahawa kerajaan negeri melaka pimpinan blogger ali rustam akan membayar RM200 kepada waris jika berlaku kematian dinegeri melaka.

Komen,
Pertama, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri melaka atas prihatinnya pada rakyat. Namun begitu saya harap kerajaan negeri melaka dapat segera mewartakan secara rasmi dan bukan nya cakap kosong sekadar menyedapkan telinga mendengar

Kedua , saya juga dimaklumkan bahawa kaedah pembayaran atau penerima yang layak masih belum jelas prosedurnya. Mungkin juga kena tunjuk atau isi borang umno dulu kot????

Ketiga, saya rasa tindakan ini agak terlewat dari apa yang dilakukan oleh kerajaan kelantan. Untuk pengetahuan blogger ali, di kelantan setiap kali kematian mendapat RM2000 tanpa mengira ideologi politik .Tak kiralah samada yang berkarat umno atau yang berkokok memaki Pas, semua dapat. Ini lebih telus dan mesra rakyat.

2.Disebut juga bahawa kerajaan negeri akan memberikan sumbangan kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran peringkat sijil (RM200), diploma (RM300) dan ijazah (RM400)

Komen,
Ini satu lagi lawak dan gula – gula buatan umno yang nazak. Saya tak tahulah samada anak orang umno dapat atau tidak, yang jelas kawan dan murid-murid saya kalau nak mintak pinjaman hatta duit zakat sekali pun kena melutut dulu, inikan free..ye ke???? more...

Apr 6, 2008

MELAKA SELEPAS TSUNAMI......

jasindaily.blogspot

Namun begitu harapan dan sinar tetap ada dihadapan . Mudah mudahan kesan dari keruntuhan kerajaan umno dibeberapa negeri memberi sedikit semangat dan membuka mata dan hati mereka untuk membuat perubahan dimasa depan.

Selepas tsunami ni ada beberapa perkara yang aku lihat dan ingin kongsikan bersama pembaca untuk difikirkan atau sekadar pengetahuan.

Pertama Walaupun mereka menang dan membentuk kerajaan dimelaka namun suasananya tidaklah begitu ceria dan semangat seperti sebelum ini. Majlis kesyukuran dan meraikan petugas Pas lebih hebat dari mereka. Di setengah tempat tak ada langsung pun majlis disambut. Dikedai kopi ahli umno karat 'macam ayam berak kapur' mungkin terperanjat beruk dengan keputusan dinegeri lain.....padan muka

Kedua, seperti yang kita semua dah maklum, ketua menteri DAR dah mula terasa penangan berita internet. Sebab itu dia dah ada blog sekarang (boleh cari sendiri- aku bukan kempen. Apapun aku nak ucapkan tahniah kepada DAR. Tak kiralah samada DAR buat sendiri atau upah puteri umno buat kerja tapi jangan pulak DAR kerjakan puteri umno tu.....(melaka bukan besau nau)

Dulu DAR jugak kata jangan terpengaruh dengan berita kat internet, insyaallah aku takkan terpengaruh bila membaca ulasan2 yang DAR berikan dalam blog tu.Oklah sekurang kurangnya kita berlapang dada , mengkritik dan dikritik.. Kalau sebelum ni aku buat ceramah DAR pun buat ceramah kat sebelah (walaupun tak pandai ceramah ), kemudian suruh polis kacau ceramah aku lak , waras le sikit DAR , bukankah kapal umno dah nak karam, ingat sikit.

Dalam pada tu, YB Sg Rambai yang baru, menyarankan golongan muda agar membaca akhbar arus perdana yang menurut beliau beritanya tepat lagi sahih dan katanya lagi jangan terpengaruh dengan berita internet....punya lah haru, kenapalah DAR pilih budak gabun tu..more...

Posting terkini

Blog Archive