KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 7, 2008

TAK DIJEMPUT ... YB UGUT PISTOL

Wakil rakyat tunjuk pistol
Hmetro - Seorang wakil rakyat bertindak menunjukkan sepucuk pistol yang diselitkan di pinggang kanannya kepada seorang ahli perniagaan selepas mereka bertengkar mengenai satu program gotong-royong di pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu, dekat sini, kelmarin.

Bagaimanapun, wakil rakyat berusia awal 50-an itu hanya menunjukkan pistol itu tetapi tidak mengacukannya kepada ahli perniagaan berkenaan.

Menurut ahli perniagaan berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika itu dia tergamam kerana tidak menyangka wakil rakyat berkenaan yang juga dianggap sahabat politiknya sanggup bertindak demikian hanya kerana salah faham mengenai satu program gotong-royong yang diadakan dalam kawasan wakil rakyat itu, Ahad lalu.

Beliau berkata, wakil rakyat terbabit berasa kecil hati kononnya tidak dijemput untuk hadir pada majlis gotong-royong membersihkan kawasan perumahan di Taman Masjid Tanah Ria, dekat sini yang dirasmikan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusof, sedangkan beliau ada menjemputnya melalui SMS sehari sebelum program itu dilangsungkan.
- baca selanjutnya di SINI....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive