KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 7, 2008

MELAYU MENJADI ISU MUSLIHAT UMNO

barisanutkrakyat
Isu Melayu menjadi bahan kepentingan politik UMNO dalam meraih simpati selepas kemerosotan sokongan rakyat dalam pilihanraya UMNO yang lalu. Perbincangan dan perdebatan menjadi sebegitu hangat sehingga tertubuhnya Kongres Permuafakatan Melayu dengan sokongan keanggotaan badan-badan NGO melayu dan parti politik.

Nampaknya seperti baik dan berjalan lancar, tetapi oleh kerana gerakan ini yang didalangi oleh politik UMNO yang mempunyai kepentingan dan meraih sokongan yang dapat mengekalkan kuasa penyelewengan yang teruk di Malaysia ini oleh mereka, menyebabkan ianya terus diragui dan dicurigai kepentingannya kepada rakyat biasa.

Orang bukan Melayu sudah mengetahui sejarah Malaysia ini dan tidak ada siapa dapat menafikan perjuangan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan dan kemajuan sehingga 50 tahun. Masalahnya orang-orang UMNO sendiri yang panik dan takut dengan perubahan orang Melayu dengan keterbukaan dan tidak ada perkauman seperti dasar dalam Pakatan Rakyat.

Mengapa bersungguh-sungguh pula memahami dan mengenang nasib bangsa Melayu setelah UMNO berasa kalah dalam pilihanraya yang lalu? Jika UMNO menang pula, adakah agenda perjuangan untuk Melayu akan diteruskan dengan keadaan Bahasa Melayu terus terpinggir dan orang Melayu terus termiskin dengan segala kerakusan mereka memiliki harta yang haram?

Perjuangan PAS dalam menyatu padukan rakyat Malaysia dalam mottonya "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" adalah pilihan yang terbaik. Jika berjuang dengan politik perkauman, keadaan di Malaysia ini akan terus berada curiga mencurigai antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Maka ISLAM mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyatukan rakyat pelbagai kaum.
Read more ......

1 comments:

Anonymous said...

kenapalah sibuk ketuanan melayu... sibuk perpecahan melayu bila parti umno... hilang kerusi...

sepatutnya yang lebih utama bukan ketuanan melayu yang ada dalam kebinet dan kerajaan.. kita sepatut lebih utamakan..

anak melayu:

i) pelumba haram
ii) penagih dadah
iii) mengadung anak luar nikah
iv) budaya punk dan black metal
v) bohsia & bohjan
vi) penganguran
vii) dan masalah sosial

ini yang sepatut menjadi keutamaan bukan .. melayu-melayu yang duduk di kerusi empuk jer. kalau macam nilah sikap .. yang ada pada pemikir melayu.. hentikanlahh membela ketuanan melayu

Posting terkini

Blog Archive