KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 7, 2008

Padan Muka Kamu Raja Petra!

Siakap senohong gelama ikan duri
Kalau Najib cakap bohong
Rosmah tak boleh jadi Perdana Menteri
Imagemalaysiakini - (...) Satu hal lagi yang menghairankan saya ialah siapa yang membawa Dr. Shaariibu Setev datang melawat Malaysia. Apa ke jadah nya Mamat Mongol ini masuk ke parlimen. Apa yang hendak di cekau oleh si Mongol ini di parlimen? Si Mongol ini tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dia ada bukti-bukti baru. Mana dia bukti itu? Si Mongol ini cakap orang putih pun dia tidak tahu. Macam mana hendak membawa bahan bukti baru. Saya hanya ada satu soalan - betul ke si Mongol ini seorang profesor atau hanya profesor yang sama setaraf dengan profesor dari Universiti Sintok. Kah kah kah kah.

Jangan percaya dengan orang Mongol ini. Mereka semua kaki fitnah. Ingat tidak anak buah si Shaariibu ini yang bernama Baruma. Sepupu Altantuya si Baruma ini pernah berkata dalam mahkamah bahawa Altantuya pernah makan semeja dengan Najib Razak. Ini kenyataan dalam mahkamah. Lihatlah perangai buruk si Mongol ini dalam mahkamah pun berani buat fitnah. Woit! Sang Mongol di Malaysia ini ada beribu-ribu malaon yang bernama Najib Razak. Kah kah kah kah.

Saya tidak tahu Raja Petra ini malaon kelas berapa. Asik-asik bertanya tentang kereta akhir yang membawa Altantuya sebelum dia di letupkan. Raja Petra tahu numbor kereta. Raja Petra tahu jenis kereta. Raja Petra tahu warna kereta. Saya di sini pun hendak tahu – macam mana Raja Petra tahu, walhal polis sendiri sampai hari ini tidak tahu. Ini hairan lagi menghairankan. Anak Rajakapoor ini James Bond ke? Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra!

Tapi betul juga kalau kereta itu disiasat maka pasti akan di ketahui tuan empunya kereta ini. Kalau tuan empunya kereta di siasat maka kita tahu apa kerjanya. Kemudian kita boleh tanya siapa yang meminta Altantuya masuk ke dalam kereta. Hendak di bawa Altantuya ke mana? Siapa memberi arahan? Siapa lagi kawan dan rakan si pembawa kereta ini? Macam-macam soalan timbul.

Ini macam betul pulak cerita Raja Petra ini. Tetapi pelik kenapa pihak polis tidak mencari kereta ini. Tidak menyiasat kereta ini. Pelik. Tetapi mengikut kata bakal PM saya rakyat tidak boleh bertanya banyak sangat. Nanti rakyat jadi cerdik. Bila rakyat cerdik susah bakal PM saya nak beli kapal selam lagi. Nanti banyak soal kita jadi susah macam Raja Petra masuk jail di Sungai Buluh. Kah kah kah kah. Padan muka kamu Raja Petra.
- baca selanjutnya di SINI....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive