KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 7, 2008

Mukriz mulakan 'serang hendap' terhadap PM dalam isu BSA Tahir?

harakahdaily - Meskipun sebelum ini rakyat mengetahui ISA bukan sahaja digunakan di zaman kepimpinan Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi ianya digunakan sejak ia digubal pada tahun 1960 termasuk semasa zaman pemerintahan bapanya.

Namun tindakan ke atas BSA Tahir tetap menjadi perbualan hangat kerana isu ini tentunya boleh mengusarkan 'kerajaan tiga beranak' yang sering dipertikai Mukriz dan bapanya (Tun Dr Mahathir).

BSA Tahir amat dikenali sebagai tahanan ISA yang kini meringkuk di kem Tahanan Kamunting (Kemta) kerana didakwa terbabit dengan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual komponen nuklear kepada beberapa negara.

Pastinya pejuang anti ISA paling tidak lupa kepada satu dakwaan yang pernah mengaitkan antara anak Perdana Menteri, Kamaluddin Abdullah dengan BSA Tahir.

Ketika itu pejuang anti ISA mempertikaikan bagaimana Kamaluddin terlepas dengan akta tersebut sedangkan beliau didakwa ada kaitan dengan BSA Tahir.

Begitupun Menteri Dalam Negeri (KDN), Syed Hamid Albar hari ini sedikitpun tidak menyentuh soal pembabitan tersebut malah menyatakan bahawa BSA Tahir sebenarnya ditahan kerana dakwaan pembabitan dengan sebuah rangkaian yang mahu membangunkan nuklear.
- baca selanjutnya di SINI....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive