KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 7, 2008

Amy Search: Dari rockers ke pusat tahfiz

siasah - (...) Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?

Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.

Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini.

Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu.
"Mana masjidnya?" tanya Tok Guru Nik Aziz.

"Ini dia pelannya tok guru," kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.

Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya.
Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.

Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.
Read more ......

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum

Soalan,

Adakah Amy Search membina Tahfiz tersebut menggunakan duit simpanan nya yg datang dari kegiatan seni (Rock) dahulu?

Sesungguhnya Matlamat tidak menghalalkan Cara...

Sesungguhnya juga, saya tak tahu dari mana punca kewangan Amy Search utk kedai makan dan Pusat Tahfiz ni...

Harap2, dari punca yg berkat, dan niat yg ikhlas...

Wassalam

Anonymous said...

doakan beliau betul2 insaf....
amin..

(p/s: rantai kt leher tu buang2 la..huhu)

lipascongo said...

Anonymous said...


" (p/s: rantai kt leher tu buang2 la..huhu)"

rantai pon mau komen ke??

Posting terkini

Blog Archive