KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 7, 2008

Belit UMNO vs Belit Karpal

Mampukah UMNO melawan belit Karpal Singh? Jawapan dah boleh agak. Umno tak mampu untuk melawan kebijak belitan Karpal dan UMNO sendiri tidak mampu untuk berani bertindak kepada golongan golongan seperti itu. Kita tunggu apa kata Peguam Negara......nak wak jadi bomoh lagi?

Rujuk: Komen Tidak Bermaksud Menghina Sultan - Karpal
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kenyataannya bahawa Sultan Azlan Shah tidak mempunyai kuasa ke atas pertukaran seorang pegawai kerajaan tidak bermaksud untuk menghina Sultan Perak.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata komen yang dibuatnya itu semata-mata berdasarkan kepada pandangan daripada sudut undang-undang tetapi telah dipolitikkan oleh ahli politik daripada Umno.

"Ia adalah satu isu perundangan (tetapi) ahli politik daripada Umno telah menjadikannya sebagai isu perkauman. Saya tidak menentang Sultan. Dalam apa cara sekalipun saya tidak mahu menghina Sultan Perak atau mempersoalkan kedudukan baginda," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari Rabu.

Minggu lepas, Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar supaya melantik semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury memandangkan beliau ditukarkan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan, selaku ketua agama Islam negeri.

Bagaimanapun, semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata titah Sultan Perak itu selari dengan perlembagaan Persekutuan serta negeri dan kenyataan Karpal itu boleh membangkitkan kemarahan dalam kalangan mereka yang mempertahankan kuasa Sultan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive