KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 7, 2008

Pakatan Rakyat Mungkin Disertai Komponen Baru Dari Sabah, Kata Jeffrey

bernama - Pakatan Rakyat dispekulasi akan mempunyai komponen baru dari Sabah, menguatkan lagi desas-desus bahawa Pakatan Rakyat cuba menarik anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai mereka.

"Selain daripada PKR, DAP dan PAS, komponen-komponen baru dijangka menyertai Pakatan Rakyat Sabah," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau juga berkata Pakatan Rakyat Sabah akan dibentuk di Sabah tidak lama lagi untuk membentuk kumpulan pembangkang secara rasmi dan menyelaraskan aktivitinya di negeri ini.

Walaupun pembangkang tidak membentuk kerajaan di Sabah, ia menguasai lima negeri dan telah membentuk kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan di semenanjung.

Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Jika pembangkang berharap untuk menang dan memerintah negeri ini di masa depan, ia perlu mula merancang dan bekerjasama mulai sekarang.

"Kami tidak boleh berpecah dan bersaing sesama sendiri sepertimana pada pilihan raya umum lepas, kerana kami hanya ada satu parti untuk dilawan, kerajaan BN," katanya dalam kenyataan hari Rabu.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat dibentuk secara rasminya di Sabah, wakil rakyatnya akan mendapat maklumat penuh dan sokongan penyelidikan untuk memastikan anggotanya menjalankan tugas mereka secara professional dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive