KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 23, 2008

Karpal Jangan Sentuh Soal Pas dan Umno

msomelayu | ....Perasaan kurang senang mengenai perjumpaan pemimpin Pas dengan Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya tidak dibangkitkan. DAP juga dalam hal-hal berkepentingan perjuangan untuk mewujudkan sebuah negara bebas berlandaskan demokrasi berparlimen juga tidak memaklumkan kepada Pas. Dan Pas tidak pun melahirkan apa-apa bantahan secara langsung.

Kalau Karpal sedar sikapn pesimisnya terhadap Pas mengenai negara Islam sepatutnya beliau tidak perlu menyebut Pas. Bukankah Karpal pernah mengatakan sekiranya Pas ingin mewujudkan negara Islam Pas perlu langkah mayatnya dulu?

Dalam hal ini Pas tidak akan tunduk kepada Karpal dan DAP. Perjuangan Pas ialah untuk mendaluatkan Islam dan negara bercirikan Islam. Konsep keduanya berbeza dan kontras sekali.
Karpal juga perlu tahu Pakatan Rakyat hanya bersefahaman longgar dalam menghadapi BN dalam pilihan raya.

Tidak ada apa-apa tali yang mengikat antara satu sama lain.

Baik DAP, Pas dan PKR boleh saja mempertikaikan apa-apa juga tindakan masing-masing yang bertentangan dengan pendirian dan prinsip masing-masing dan sekiranya yang diungkitkan itu menyentuh hal perjuangan masing-masing.

Jangan Karpal Singah bersikap double standard dalam hal ini.

Hak Pas untuk berunding dengan Umno sesuai dengan landasan perjuangan Pas berdasarkan Quran dan Hadith. Perundingan itu adalah untuk kepentingan bersama yang tidak memerlukan petujuk dan formula dari DAP.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive