suarakeadilan | Pemimpin Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden Umno Najib Razak menganggap kerusi Presiden Umno harta pusaka yang boleh diwariskan sesuka-hati mereka.
Beliau berkata demikian di suatu sidang akhbar yang diadakan di kediamannya di Jalan Langgar Golf tengahari tadi. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh 50 media asing dan tempatan.
“Peralihan kuasa ini, seolah-olah jawatan presiden itu dianggap satu harta pusaka yang boleh diwariskan kepada sesiapa sahaja, mengikut kehendak presiden parti, tanpa menghirau hak asasi di peringkat akar umbi,” kata Razaleigh.
Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat bimbang dengan nasib pengundi-pengundi akar umbi Umno yang dipergunakan kepimpinan tertinggi Umno demi kepentingan kuasa semata-mata.
Kenyataan Razaleigh ini mengesahkan pandangan Anwar Ibrahim, bahkan Razaleigh turut akui bahawa Umno berada dalam keadaan terburuk dalam sejarah parti itu, dan menegaskan perpecahan dalaman parti kali ini lebih teruk dari yang pernah berlaku sebelum ini.... selanjutnya.
Sep 27, 2008
Dollah dan Najib anggap kerusi Presiden UMNO harta pusaka
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Sep 26, 2008
Malaysia negara Republik Pisang - KULI
MSTAR | ... Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengecam keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti yang menangguhkan pemilihan sehingga Mac depan dengan menyifatkannya sebagai "permainan kanak-kanak."
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.
Tengku Razaleigh berkata, beliau tetap akan bertanding tidak kira bila pemilihan Umno diadakan.
"Kini kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai prasarana bertaraf dunia dan politik negara dunia ketiga dengan pemimpin-pemimpin menjadikan negara sebagai sebuah republik pisang," kata beliau pada sidang media di sini mengulas keputusan mesyuarat khas MT pagi ini.
Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden pada 1987 tetapi tewas di tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata:
"Saya fikir saya bercakap untuk negara apabila saya mengatakan bahawa saya rasa malu ekoran permainan kanak-kanak tidak habis-habis oleh dua pemimpin dewasa ketika berhadapan dengan tanggungjawab penting buat negara, tidak sedar soal perundangan, tidak sedar kerosakan yang mereka sebabkan kepada negara."... selanjutnya.
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Aug 27, 2008
P. PAUH | Kenyataan dari Tengku Razaleigh
Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
26 Ogos, 2008
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur
Lima bulan lalu UMNO mengalami hakisan dominasi politik terburuk dalam sejarah menerusi Pilihanraya Umum yang menyaksikan kehilangan kuasa di lima buah negeri serta penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen, dan kini ia berulang lagi melalui Pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
Kekalahan ini begitu dirasai walaupun dengan mengerahkan seluruh kepimpinan dan menggunakan pelbagai sumber yang ada namun parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun kecundang juga akhirnya.
Disebalik pelbagai kempen walaupun hingga ketahap menghina dan memecah-belahkan perpaduan rakyat. ternyata kita tetap kalah Sewajarnya kita menerima hakikat sebenar: kita telah dikuburkan dan bukan kita menguburkan mereka:
- Kepimpinan Negara masa kini jelas telah ditolak oleh rakyat dan ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi untuk calon Barisan Nasional kurang daripada jumlah keseluruhan ahli UMNO di Permatang Pauh.
- Dikalangan parti-parti komponen, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaras dan diselia dengan baik.
- Keyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang terhakis selepas pilihanraya umum 8 Mac 2008 kini terhapus dan lebur sama sekali.
Dalam kemelut sebegini, saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO saat menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan ahli akar umbi UMNO sudah melaungkan suara keramat menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan diyakini mampu menyatukan mereka, untuk mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kerajaan serta terus mara dengan wawasan yang jelas.
Hari ini membuktikan arah aliran serta suara kebangkitan rakyat dan ahli UMNO akar umbi tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Marilah kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin bersama kehadiran Disember, kita mampu serta akan berbuat demikian.
Tengku Razaleigh Hamzah
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 2, 2008
Ku Li Patut di IMPEACH bukan Tun Salleh
almuslimin - [...] Ku Li hari ini sudah mula mempromosi dirinya dalam kempen melawan Dollah . Dalam berita star Ku Li membantah bayaran ex gratia kepada Tun Salleh atas kesilapan memecatnya atau impeachment semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir dahulu. Sedarkan Ku Li hakim ini telah di hina dan di nafikan pembelaan selama beberapa tahun. Mengapa Ku Li begitu terlambat memberi statement berkaitan dengan isu yang sebegini besar kita tidak pasti. Sepatutnya bukan Tun Saleh tetapi Ku Li yang patut di impeach atau di pecat oleh kerajaan kerana scandal BMF di mana kerajaan rugi 2.5 billion ringgit dalam transaksi nya. Dalam scandal BMF ini Ku Li lah yang menjadi Menteri Kewangan dan beliau cuai, tak cekap, tidur dan scandalous untuk mencegah kes scandal bank yang terbesar di dunia berlaku pada masa nya.... selanjutnya.
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 25, 2008
Political action moves to Sabah, Sarawak
malaysiainsider - [...] The power centre of Malaysian politics has shifted to East Malaysia. Anwar Ibrahim was in Sarawak on Friday, Tengku Razaleigh Hamzah is in Sabah today and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will make arguably his most important speech since Election 2008 in Kota Kinabalu on May 31.
Each of them has an eye on Barisan Nasional and Umno politicians in the two states who have become restless and vocal over what they perceive to be second class treatment by the federal government in treatment, disbursement of funds and allocation of political positions. Anwar needs to mine this unhappiness and persuade them to cross over to Pakatan Rakyat and force the collapse of the Abdullah administration.
Tengku Razaleigh needs to show empathy and a plan of action for Sabah as he did last night in Kota Kinabalu when he suggested that more senior positions in the state civil service be set aside for Sabahans and endorsed a review of oil royalties for the state. In doing so, he hopes that some of the Umno divisions in Sabah will nominate him as a candidate for the party president’s position in December.
Abdullah needs to outdo everyone and offer East Malaysians something tangible on May 31. He has to address demands made by Sabah MPs Ghapur Salleh and Anifah Aman over inadequate representation in the Cabinet as well as wider concerns of encroachment in Sabah by the federal government. He also has to convince the politicians in Sabah and Sarawak that he has to ability to provide leadership past Umno elections in December.
The PM knows that if he fails to meet some of the demands of the Sabahans, it will persuade some of the BN MPs in the state to leave the coalition, form a new Sabah party and then join Pakatan Rakyat as a new partner.
... selanjutnya.Labels: Anwar Ibrahim, Lompat parti, Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 20, 2008
Ku Li kempen di Sabah, Pahang
Malaysiakini - [...] Bagimanapun, tarikh program di dua negeri itu belum diputuskan lagi.Malaysiakini difahamkan paling awal, program di Sabah akan diadakan minggu depan.
"Ku Li akan ke sana untuk memenuhi jemputan untuk beramah mesra dengan ahli-ahli Umno akar umbi seperti majlis yang dihadiri beliau di Batu Pahat dan Muar, baru-baru ini," kata satu sumber yang dekat dengan ahli parlimen Gua Musang.
Mengulas lanjut majlis bekas naib presiden Umno itu di Sungai Petani dan Alor Setar semalam, sumber itu berkata sambutan terhadapnya sungguh menggalakkan.
"Sambutan di Kedah cukup hangat. Di Alor Setar lebih kurang 1,200 orang hadir di majlis ramah mesra dengan beliau dan di Sungai Petani lebih kurang 800 orang datang ke majlis ramah mesra dengan Tengku," kata sumber.
... selanjutnya.
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 29, 2008
Ku Li sanggah Abdullah: Perlembagaan Umno benarkan EGM
harakahdaily - (...) Tengku Razaleigh, yang juga anggota Parlimen Gua Musang, mengulas kenyataan Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam supaya semua bahagian parti berhenti mengadakan EGM untuk membincangkan masalah parti dan menggesa pemimpin meletak jawatan.
Tengku Razaleigh berkata ini akan hanya menggalakkan akar umbi menyuarakan pendapat mereka secara tidak mengikut undang-undang. "Pemimpin menggesa anggota parti berjumpa mereka. Kenapa mereka tidak menggalakkan mereka mengadakan mesyuarat mengikut prosedur yang ditetapkan perlembagaan parti," katanya.
Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Abdullah berkata daripada mengadakan mesyuarat bagi mendesak peralihan kuasa sebelum pemilihan parti Disember ini, anggota Umno sepatutnya menumpukan kepada perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat.
Lagipun, beliau berkata pucuk pimpinan sudah menerima dan memahami kehendak akar umbi.
Tengku Razaleigh berkata kurangnya mesyuarat dan perundingan akan hanya melemahkan parti.
"Perasaan rakyat tidak dapat dikawal. Jika mahu menjadi stereotaip, dengan itu hanya perlu menulis semuanya dalam sekeping kertas untuk mereka ikuti, ulangi apa yang kita mahu mereka katakan. Tetapi ini sebuah negara merdeka dan semua orang berhak menyuarakan apa yang mereka mahu katakan. Sama ada apa yang mereka katakan itu betul atau tidak, biar rakyat menentukannya," katanya.
Ditanya sama ada banyak bahagian merancang untuk mengadakan EGM, Tengku Razaleigh berkata terdapat mereka yang telah bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat itu. more...
Labels: Dollah Pening, Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 26, 2008
Majlis Ku Li Di Subang Villa Di Sebotaj?
msomelayu - HAMPIR 1,000 orang hadir pada majlis penerangan berhubung isu semasa dalam Umno yang dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya petang ini walaupun ianya dikatakan disebotaj.
Ketua Umno Cawangan dan Ketua Wanita Bahagian Subang dikatakan telah dibawa keluar dari Selangor untuk mengelakkan daripada menghadiri majlis berkenaan.
Ketua-Ketua cawangan Umno dibawa ke Sarawak manakala Ketua Wanita ke Melaka.
Ketua Penerangan Umno Malaysia, Muhammad Muhd Taib yang juga Ketua Bahagian berkenaan diudang bagaimana tidak hadir.
Ketidakhadiran Muhammad itu dianggap kurang bijak kerana beliau sepatutnya mengambil peluang menjelaskan perkembangan di dalam Umno dan berhadapan dengan ahli dan penyokong peringkat bawah. more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ku Li Percaya Hasrat PKR Ambil Alih Kerajaan Boleh Jadi Nyata
Bernama - Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) "menyeberang" ke pihak Pembangkang.
Anggota Parlimen Gua Musang itu juga yakin Anwar serius dengan hasratnya mahu mengambil alih kerajaan."Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.
"Saya juga tengok kebanyakan Anggota Parlimen yang terpilih adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu dan mereka masih berhubung rapat dengan Anwar," katanya semasa sesi pertemuan dengan anggota Umno dari cawangan-cawangan sekitar Subang Jaya di sini hari ini.
"Tadi kebetulan semasa datang ke sini saya naik satu kapal terbang dengan beliau dan saya tanya beliau sendiri, dan beliau kata beliau serius," katanya.Tengku Razaleigh berkata berdasarkan kepada faktor-faktor itu, pemimpin BN wajar mengambil serius kenyataan Anwar kerana dengan hanya 30 kerusi Parlimen, kerajaan BN boleh tumbang.
"Jangan fikir kita boleh terus berkuasa. Kena ambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini," katanya yang turut melahirkan kebimbangan dengan sikap pemimpin BN sekarang berhubung isu itu.
Mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita kemudian, beliau berpandangan pemimpin BN sekarang bersikap seolah-olah pengambilalihan kuasa oleh pembangkang tidak akan berlaku.
Ditanya mengenai keyakinannya bahawa terdapat kemungkinan Anggota Parlimen dari Sabah menyertai PKR, Tengku Razaleigh berkata keyakinan itu berdasarkan "suara-suara" dari negeri itu yang antara lain mengatakan bahawa mereka masih kurang senang dengan keadaan sekarang.
"Daripada apa yang saya dengar, mereka tidak mendapat apa yang mereka minta, misalnya lebih banyak perwakilan, maka perkara ini perlu diselesaikan," katanya.
Kepada soalan lain, Tengku Razaleigh berkata beliau akan tetap bertanding jawatan presiden Umno sekalipun ketika pemilihan parti pada Disember nanti, jawatan itu telah dipegang oleh orang lain.
"Kalau saya diberi mandat saya akan bertanding," katanya sambil menambah setakat ini hasrat beliau disambut baik oleh kebanyakan bahagian Umno.
Labels: PKR, Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 13, 2008
Ku Li Jangan Harapkan Mahathir
Msomelayu - SESETENGAH penyokong fanatik Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) bergitu optimis Dr Mahathir Mohamad akan memberi sokongan kepada bekas Menteri Kewangan itu dalam persiapannya untuk mententang Abdullah Ahmad Badawi untuk merebut jawatan Presiden Umno hujung tahun nanti.
Mereka ini tampaknya melupai sejarah hitam antara mereka berdua, bahawa Dr Mahathir telah mengecewakan Ku Li tidak kurang daripada dua kali. Pertama Dr Mahathir mungkir janji untuk menyokong Ku Li sebagai timbalan perdana menteri.
Walaupun Dr Mahathir pernah berjanji untuk memberi laluan kepada Ku Li atas dasar membalas budi baik Ku Li yang memberi laluan kepada Dr Mahathir ketika Umno berhadapan mencari pengganti Hussein Onn kira-kira 26 tahun lalu namun janji itu dialpakan begitu sahaja.
Dr Mahathir sengaja mengalpakan janjinya itu. Sebabnya bukan apa kerana Dr Mahathir selamanya melihat Ku Li sebagai berfahaman feudal dan bangsawan. Dr Mahathir sangat anti kepada golongan bangsawan dan anak raja. Tindakannya meminda perlembagaan bagi mengurang umuniti Raja-Raja tahun 1986 mencerminkan sikap antinya itu.more...
Labels: Belit Mahathir, Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 5, 2008
Ku Li, Apa Boleh Buat, jika Budaya UMNO korup?
dinmerican
Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah
Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan
Semasa Merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang 4 April, 2008
Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah Izin-Nya, kita semua dapat bertemu di perjumpaan ini pada ketika kita sedang menghadapi pengalaman yang sangat pahit dan membimbangkan kita semua, iaitu pengalaman buruk yang dilalui oleh Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang baru lepas. Sejak tertubuhnya Umno pada 11 Mei, 1946, parti kebangsaan Melayu ini tidak pernah tercabar begitu hebat dan teruk seperti yang berlaku padanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 itu. UMNO lahir dari semangat perjuangan kebangsaan menentang muslihat dan gagasan British untuk menghapuskan kedaulatan bangsa Melayu, negeri Melayu dan raja Melayu di tanah air mereka sendiri.
2. Kita berjaya menumpaskan gagasan penjajah itu dan meneruskan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hanya dengan bersenjatakan semangat cinta kepada bangsa, agama, budaya dan tanah air. Itulah agenda kebangsaan Melayu waktu itu dan itulah sumber kekuatan yang telah menyatukan bangsa Melayu sehingga kita akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan tanpa terpaksa berperang kerana pihak British menyedari bahawa bangsa Melayu waktu itu mempunyai kekuatan sejarah dan warisan yang kuat, dan sukar ditentang.
3. Kekuatan UMNO itu terbukti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pertama yang diadakan dalam tahun 1955. Parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO dengan dukungan rakan-rakan dari MCA dan MIC mencapai kemenangan yang cemerlang. Daripada 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan (sekarang Parlimen) yang ditandingi, Perikatan memenangi 51 kerusi dan menguasai lebih 2/3 atau hampir 95% kerusi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang penting kita ingatkan diri kita semula ialah, kerusi UMNO melebihi 2/3 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan dengan memenangi 33 kerusi. Ini bererti bahawa kuasa politik Melayu pada waktu itu cukup kuat dan itulah salah satu asas ketuanan bangsa Melayu. more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Musang pun ado
newdawn4pg
We realli have had enuff with our mainstream media especially The Star. While the pro-government tabloid reports that “Ku Li seeks policy change” in his bombardment speech in Gua Musang, Malaysiakini reported a totally different tune - Ku Li claimed that Umno now is infested with ‘buaya darat’ (land dwelling crocodiles) and ‘yu-yu laut’ (sharks) who have no qualms about sweeping up and swallowing projects and government contracts as well as the rights of the poor of all races. In a clear swipe aimed at our Kerismudin, Ku Li has been very honest when he described “Umno is being seen as a party made up of ‘Malay fanatics’ who, for unknown reasons, like to brandish the keris when scolding other races.”
The Real FoxWow wow wow… Ku Li certainly did not ‘tapek’ his words when he described the current situation of UMNO in a special meeting at his headquarters in Gua Musang, Kelantan. But I would like remind him that Tengku, UMNO bukan saje ado buaya darat dan yu yu lautan, musang pun ado… In my previous post, I have mentioned that the FOX or musang has finally revealed its tail! Indeed, the REAL musang has finally emerged! Together with all his anak anak musang, his campaign of getting back whatever things that he lost in UMNO has gathered momentum! more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno hancur akibat tiada demokrasi, bersifat perkauman dan akhlak buruk - Ku Li
harakahdaily - Tiada demokrasi dalam Umno, dasar dan visi Umno yang bersifat perkauman serta perangai dan kelakuan budaya, moral dan akhlak orang Umno merupakan tiga faktor kekalahan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
Demikian dinyatakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Khas Umno Bahagian Gua Musang, di Balai Rakyat, Gua Musang, semalam.
Menurut Ku Li, kemusnahan demokrasi dalam Umno bermula apabila Perlembagaan Umno dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak menandingi jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian Umno.
"Ini bererti calon itu perlu mendapat pencalonan daripada 58 Bahagian daripada jumlah 191 Bahagian Umno. Tujuannya, kononnya ialah untuk mengelak supaya tidak sembarangan anggota parti sahaja, sesuka hatinya dan secara bermain-main akan mengemukakan dirinya sebagai calon Presiden atau jawatan-jawatan lain," dakwa beliau. more...
Labels: Badut UMNO, Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TEKS PENUH UCAPAN TENGKU RAZALEIGH
Kudakepang
Di bawah ini adalah teks ucapan penuh Tengku Razaleigh Hamzah. Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan, semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Khas UMNO Bahagian Gua Musang, di Balai Rakyat, Bukit Cekati, Gua Musang, jam 10.00 pagi, Jumaat, 4 April 2008, bersamaan 27hb Rabiulawal 1429.
Teks ini dikirimkan kepada blog ini oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Pemerhati. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepadanya. Setelah double check kesahihan teks ini dengan beberapa sahabat di Kelantan (hanya amalan biasa oleh seseorang wartawan), maka saya siarkan teks ini untuk diambil iktibar, pedoman dan tindakan oleh warga UMNO prihatin di seluruh tanah air. more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Razaleigh proposes scrapping Umno quota system for nominations
NST - ADDRESSING THE FAITHFUL: Tengku Razaleigh Hamzah addressing Gua Musang Umno members during the division's special delegates’ meeting that passed resolutions seeking major changes to the party constitution to make it easier for battle royales. Tengku Razaleigh, the division chief, is seeking nominations to vie for the party's presidency. more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ku Li's challenge forges ahead, but is there enough momentum?
malaysianinsider
GUA MUSANG, April 4 — The early morning drizzle did not dampen the buzz of anticipation in the hilly enclave of Balai Rakyat Bukit Cekati where the Gua Musang Umno extraordinary delegates meeting was held.
If the Gua Musang Umno division leader Tengku Razaleigh Hamzah could get more than 100 Umno divisions to attend this meeting, his push for an Umno EGM on May 11 would gain traction.
Among the delegates shuttled in by school buses, the word was that Tun Dr Mahathir Mohammad himself was going to turn up. In the event, the ex-prime minister was a no-show even as a helicopter flying overhead briefly drew excited attention. "Buat iklan saje…," smirked a cynical reporter.
For the newshounds, the list of VIP attendees did not inspire the headlines they were hungry for. While the full roster of Gua Musang division leaders made their presence felt, no other division chief turned up.
Among the 33 registered VIPs who made it were Datuk Tamrin Tun Ghafar; Mazlan Harun, son of ex-Selangor chief minister Datuk Harun Idris; and two Umno branch chiefs, from Bera, Pahang and Pasir Puteh, Kelantan. more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 4, 2008
Umno serang PAS umpama perang salib di Kelantan
Siasah - GUA MUSANG, 4 April: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan cara serangan yang dibuat Umno terhadap PAS di Kelantan semacam 'perang salib' terhadap PAS.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung Luar Biasa Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati dekat sini.
"Di Kelantan kita dengar bagaimana seorang calon parlimen yang dekat dengan kuasa atasan di Kuala Lumpur memaki-hamun dan menggunakan kata-kata biadab terhadap PAS, khususnya terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan.
"Bahkan seluruh jentera Umno digerakkan untuk melancarkan semacam ‘perang salib’ terhadap PAS, gayanya seperti perang yang dilakukan oleh Bush terhadap negara Islam," kata Ku Li.
Menurut Ku Li, dalam pilihan raya baru-baru ini, pengundi melihat PAS sebagai parti yang adil kepada semua kaum dan pemimpinnya tidak mengamalkan rasuah - berbeza dengan imej Umno yang dilihat mementingkan Melayu sahaja dan korup.
"Mereka berkata orang PAS takut kepada Tuhan; jadi mereka takut hendak bercakap bohong atau melakukan dosa kepada makhluk Allah, tidak kira bangsa dan agama. Mereka berkata, Tok Guru Nik Aziz jauh lebih baik, bersih dan amanah daripada kebanyakan pemimpin Umno Kelantan," katanya. more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
LULUSAN OXFORD TAK CERDIK BUDAYA - Tengku Razaleigh
Malaysiatoday - "Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya.
"Orang ini tidak layak diangkat oleh Umno untuk menjadi pemimpin mereka.
"Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat," kata Tengku Razaleigh di mesyuarat khas perwakilan bahagiannya Gua Musang pagi ini. more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Umno dalam darurat: Tengku Razaleigh
Berita Harian
GUA MUSANG: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata parti itu kini dalam keadaan ‘darurat’ berikutan sokongan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas.
Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum kerosakan yang berlaku di dalam parti merebak sehingga menjejaskan asas tamadun dan perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang dibina sejak 1946.
"Kita perlu mengadakan sidang muhasabah dengan segera, membabitkan perwakilan Umno yang selama ini menjadi nadi dan tenaga raksasa dalam kelangsungan hidup Umno selama 60 tahun,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Khas Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini, hari ini yang dihadiri 2,000 pemimpin, ahli Umno dan pemerhati politik.
Seramai anggota 423 perwakilan daripada 191 cawangan Umno bahagian itu hadir pada mesyuarat itu bagi meluluskan usul untuk mendesak Majlis Tertinggi (MT) Umno supaya mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membincangkan punca prestasi teruk Umno pada pilihan raya umum lalu.more...
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 27, 2008
Tengku Razaleigh jangan berganjak
AGENDADAILY
SEMENTARA ITU ...di medan yang lain Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menyatakan hasratnya secara terbuka nak bertanding jawatan Presiden UMNO mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 orang ahli UMNO di rumahnya di Jalan Langgak Golf,Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang Khamis.Bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu telah menyampaikan ucapan kepada para hadirin.Antara Ketua UMNO bahagian yang hadir ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru) ,Datuk Malek Hanafiah (Taiping) dan Datuk Ibrahim Saad (Batu Kawan) .
Pertemuan itu antara lain bertujuan untuk buat post-mortem keputusan pilihanraya 8 Mac.Disamping Tengku Razaleigh ada juga beberapa orang hadirin bangunan berucap.Kalangan mereka mendesak Tengku Razaleigh jangan berganjak dan tetap bertanding jawatan Presiden UMNO.Mereka juga mahu agar pucuk pimpinan mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) untuk membolehkan para perwakilan dari seluruh negara bercakap mengenai isu semasa dalam parti.Pertemuan itu juga merancang untuk mengadakan roadshow ke negeri-negeri untuk menilai keputusan pilihanraya
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
