KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

Tengku Razaleigh jangan berganjak

AGENDADAILY

SEMENTARA ITU ...di medan yang lain Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menyatakan hasratnya secara terbuka nak bertanding jawatan Presiden UMNO mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 orang ahli UMNO di rumahnya di Jalan Langgak Golf,Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang Khamis.Bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu telah menyampaikan ucapan kepada para hadirin.Antara Ketua UMNO bahagian yang hadir ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru) ,Datuk Malek Hanafiah (Taiping) dan Datuk Ibrahim Saad (Batu Kawan) .

Pertemuan itu antara lain bertujuan untuk buat post-mortem keputusan pilihanraya 8 Mac.Disamping Tengku Razaleigh ada juga beberapa orang hadirin bangunan berucap.Kalangan mereka mendesak Tengku Razaleigh jangan berganjak dan tetap bertanding jawatan Presiden UMNO.Mereka juga mahu agar pucuk pimpinan mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) untuk membolehkan para perwakilan dari seluruh negara bercakap mengenai isu semasa dalam parti.Pertemuan itu juga merancang untuk mengadakan roadshow ke negeri-negeri untuk menilai keputusan pilihanraya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive