KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

RAPID PENANG DIHALANG

utusan menipu

PULAU PINANG, 27 Mac — Rapid Penang Sdn Bhd akan menggantung sementara perkhidmatan bas untuk laluan ke Komtar bermula esok atas alasan keselamatan pemandu dan penumpang bas itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhar Ahmad mendakwa tindakan itu ekoran sikap ejen pengusaha bas awam lain yang selalu menghalang laluan bas Rapid Penang dan mengancam keselamatan pemandu dengan mengugut, memukul dan sebagainya.

“Penggantungan perkhidmatan untuk laluan ke Komtar ini berlangsung sehingga tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap ejen dan pengusaha bas awam lain yang sentiasa mengancam dan mengugut pemandu bas kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan bersama media ke perhentian bas Komtar untuk melihat sendiri tindakan ejen dan pengusaha bas awam lain yang cuba menghalang laluan Rapid Penang.

Tinjauan mendapati terdapat beberapa pemandu bas daripada syarikat pengangkutan awam lain sengaja menghalang laluan bas Rapid Penang dengan memberhentikan bas mereka di laluan keluar serta berhenti terlalu lama untuk mengambil penumpang sedangkan tiada penumpang yang menaiki bas berkenaan.

“Memang ada beberapa pemandu bas kita (Rapid Penang) yang diugut dan kesemua mereka takut untuk membuat laporan polis demi menjaga keselamatan mereka,” katanya.

Azhar juga berkata pihaknya juga telah beberapa kali membuat laporan polis dan aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan kejadian yang berlaku sejak November tahun lepas, bagaimanapun tiada tindakan tegas yang diambil.

“Kita berharap agar selepas ini tindakan tegas dapat diambil demi keselamatan pemandu dan penumpang. Rapid Penang komited untuk menyediakan perkhidmatan yang baik untuk rakyat negeri ini,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive