Sempat juga aku menonton berita tengahari tadi di dalam Astro Awani. Channel 501.
Pembaca berita sempat membuat panggilan tembual bersama Mukhriz Mahathir dan di dalam temubual itu, Mukhriz secara terang terangan mendesak Pak Lah letak jawatan. Uhhhh panas. Sebelum tu, dia ulas kemenangan DS Anwar di Permatang Pauh sebagai 'amaran yang ke 2' dari rakyat ....
Ini pula lapuran dari Harakahdaily.
Aug 27, 2008
Mukhriz desak Pak Lah letak jawatan
Labels: Dollah Pening, Mukhriz, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Aug 22, 2008
I'm no EVIL
Pak lah kata orang yang pasang bendera Malaysia terbalik di panggil EVIL.
Nasib baik bukan aku......

Labels: Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Aug 20, 2008
Badawi Government Backs Israel: ibrahim
palestinechronicle | Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim has accused his country's government of supporting the pro-Israel lobby in the US and Jewish groups inside Israel.
"I have evidence proving that the government is backing the Jewish lobby in the US and some parties inside Israel," Anwar told IslamOnline.net in an exclusive interview.
Anwar, a former deputy premier contesting legislative by-election as the next step in his plan to become premier, declined to elaborate on the nature of the support or his evidence.
Malaysia, a Muslim Asian giant, does not have diplomatic relations with Israel.
After the Israeli withdrawal from the Gaza Strip in 2005 following decades of military occupation, it denied reports the move would change its position on relations with Israel.
"Tel Aviv has yet to fulfill certain conditions," Foreign Ministry Parliamentary Secretary Ahmad Shabery Cheek said at the time.
"Therefore there is no reason why Malaysia should review its current stand."... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 26, 2008
Pas Terperangkap kalau Paklah Buat Piliharaya Mengejut !!
tranungkite | Berita bertiup kencang Paklah dalam mesyuarat MT nya tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Parlimen pada awal bulan september 2008, ini semua hasil risikan cawangan khas bahawa Anwar sudah hampir memulakan langkah ke Putrajaya, tuduhan liwat keatasnya tidak berjaya merencaykan sedikitpun dari Plan asal Anwar. antara tarikh yang disebut pada 4 September dalam Penamaan calon 13 september. samada sedar atau tudak PAS hanya menang undi Melayu di Kelantan dan Kedah, manakala negeri lain ianya dibantu undi bukan Melayu terutama kawasan Selangor dan lembah Klang.
Apakah anda ingat Paklah saja saja melepaskan Bom dan memungkiri janjinya dengan mengatakan dia ada mengadakan Muzakarah dengan Pas atas soal Melayu sebanyak 3kali? andainya pilihanraya berlaku dalam waktu terdekat dan orang bukan Islam berjaya diyakinkan Media Umno yang Pas sedang bermuzakarah atau bermuqabalah dengan menyertai Umno,
PAS akan kalah teruk manakala Pakatan Rakyat bakal tersungkur disekurang kurangnya 3 Negeri. andai perkara ini berlaku eloklah orang yang bertanggung jawab kepada Muzakarah ini bersedia mengundur diri dan tidak boleh dimaafkan oleh refromis seperti saya yang mahukan perubahan, ramai yang mengundi Pas , Dap dan PKR pada pilihanraya Mac lalu bukan kerana menyokong parti parti ini tetapi menyokong perubahan yang dijanjikan.... selanjutnya.
Labels: bubar Parlimen, Dollah Pening, pru 13
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Snap Elections On September 13
melvinwah | Abdullah Badawi like to flip-flop countless of times. Most flip-flops have drew public anger, especially on petrol hikes. Five times during his five years as PM. And his BN cohorts can't simply cannot accept the outcome of the 12th general election results and would do anything to restore the 2/3rd majority.
Here comes....
The latest intelligence report indicates that Abdullah Badawi will attempt to dissolve the Parliament on September 1st since he has now gotten the nods from the Yes Men Ministers today at behind doors. Following that, the nomination day will be on the 4th of September and the 13th General elections would be held on 13th September.
The reasoning is simple: UMNO intelligence has discovered that the Anwar's promise of crossover of MPs by 16 September is no hoax and no joke. This has shocked the BN top level echelon people to the core and they are trying one last attempt to cling on to power, especially UMNO.... selanjutnya.
Labels: bubar Parlimen, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 25, 2008
Siapa sebenarnya lantik Abdullah?
harakahdaily | .... Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato' Seri Abdullah sebagai pengganti saya.
Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato' Seri Abdullah.
Dato' Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan Umno diharamkan, Dato' Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli Umno Baru yang saya pimpin.
Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli Umno Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.
Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato' Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong Umno memilih Dato' Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.
Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.
Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato' Seri Najib. ... selanjutnya.
umno - Siapa lantik? emh emh emh .... bodohnya diorang ni.
Labels: Belit Mahathir, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Israel ajak Palestine ke meja rundingan
Bila UMNO berniat untuk bermuzakarah dengan PAS, aku bertanya,
1. Hilang akal ke UMNO?
2. Hmmmmm? [mulut lopong]
3. Ikhlas ke?
4. UMNO Buang tebiat?
Pada PRU ke 11, ketika UMNO menang besar, tak der cerita pun tentang Muzakarah. UMNO hanya cerita tentang muntahkedarah, belasah, sesah. Kalau UMNO ajak bermuzakarah, cerita sama seperti ISRAEL ajak Palestine turun ke meja perundingan? Kalau kita tak mahu Palestin ditipu oleh Israel, maka kita tak mahu PAS di tipu oleh UMNO. Korang pikir la sendiri ....
Niat Muzakarah UMNO.... sama seperti Islam hadhari yang UMNO lahirkan. Hari ni cerita pasal Islam Hadhari, waktu malamnya, UMNO cerita pasal majlis tari menari. Hari ni UMNO cerita pasal muzakarah, esok hari PAS kena sesah.
Bila Pak lah cerita pasal agama .... aku menung lama. Dalam hati, "Pak Lah gurau agaknya." Ingat dia dah lupa pasal Islam Hadhari....rupanya dia cerita lagi di SINI. Siap nak ajar orang lain tentang Islam. Tapi dalam kepala gua mudah je...."Ulamak bukan keturunan".
Umno berubah jadi mulia.
Hati kena bertanya tanya.
Jangan di tipu berulang kali.
Orang kata kita dah la buta lagi tuli.
UMNO jadi mulia .....
Hilang akal ke?
Pikir 10 kali
Hantu raya nak cuba jadi wali?
Sampai ke kaki aku terasa geli.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 23, 2008
INFLASI 7.7% : PAK LAH PECAH REKOD BARU?
nuraflah | Bloomberg Asia hari ini melaporkan, kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu.
Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.
Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :
“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”
Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :
“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”
Kali terakhir Malaysia mencatatkan kadar inflasi melebihi 6% ialah pada tahun 1998 dan pada waktu itu, kadar OPR semalaman negara telah dinaikkan sehingga 11%.
Setakat ini, Vietnam adalah negara yang mencatatkan kadar faedah tertinggi di rantau Asia iaitu setinggi 14% sejak bulan lalu....selanjutnya.
Labels: Dollah Pening, Inflasi
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Main Belakang, Dollah Dah Sakit Belakang
kickdefella | Abdullah menyangkakan aksi asmaradananya dengan rakan Ana-Anta boleh sampai melahirkan zuriat, rupa-rupanya, setelah sakit belakangnya bekerja mengeraskan dirinya siang dan malam menahan tidur, barulah Abdullah terngadah diatas kemandulan perhubungan itu.
Abdullah akhirnya terpaksa merayu-rayu seperti P.Ramlee didalam filem Penarik Beca sambil menyanyi-nyanyi, “Engkau laksana Bulan, tinggi di atas Jalan Raja Laut….”
Setelah beberapa rangkap, Abdullah tersedu-sedu cuba menahan pilunya, tetapi terus berusaha menyanyi meluahkan keperitannya, “Mengapa ku disiksa, mengapa kita bersua… berjumpa dan bercinta… tetapi menderita….”
Sementara itu, dibawah bulan mengambang yang sama, Ana-Anta berjalan-jalan dijalan belakang sambil menghantar sms, “Abdullah… kita tidak dapat bertemu lagi Abdullah…”
Maka meracau-racaulah Abdullah sendirian sambil diperhatikan oleh Jeanne di jemboran, “Ooo jangan tinggal daku, oh Bulan ku oh kekasihku….”
Dan setelah habis meratah lagu Jangan Tinggal Daku dari filem Parti Pembangkang Ku oops silap, filem Ibu Mertua Ku, Abdullah masih tak henti menyanyi, “Bendera kamu yang hijau, lambang kamu yang bulat, bikin situa macam ku jadilah gila….” mengikut rentak lagu Azizah.
Begitulah nasib malang yang menimpa pemimpin negara Abdullah Ahmad Badawi. Ketamakan kuasanya membutakan matanya terhadap kebencian ahli-ahli partinya sendiri. Tekanan dari akar umbi memaksa Majlis Tertinggi UMNO membincangkan satu pelan peralihan kuasa supaya kebencian terhadap Abdullah reda buat seketika, setidak-tidaknya sehingga tamat mesyuarat agung bahagian-bahagian UMNO.
Maka, Abdullah sendiri sudah hilang tempat bergantung terpaksa merayu supaya dibenarkan menjadi Presiden sehingga pertengahan tahun 2010. Bagaimanapun didalam gelap-gelita, Abdullah meninggalkan pintu belakang terbuka luas supaya cahaya Bulan dapat masuk menerangi dirinya yang dalam kegelapan apabila menyedari pelan peralihan kuasanya ditolak oleh akar umbi.... selanjutnya.
Labels: Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 19, 2008
DNA yang ada, sudah lama?
Aku rasa Abdullah tidak faham tentang DNA dan penggunaannya. Sedih aku ... huhuh. Baca komennya di dalam Malaysiakini, gua petik sikit
DNA untuk pengesahan diri, tak der kena mengena lama dan baru. Sedangkan DNA cicak yang mampu putus dan tumbuh semula ekor, DNA nya tetap sama. Aku mempunyai seorang PM seperti ini? Lebih baik aku lantik INUL DARASTITA jadi Perdana Menteri. Mungkin lebih bijak. Inul jadi PM, Pak Lah goyang gerudi.Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.
"Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel.
Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.
Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.
Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.
Mengulas perkara itu, Abdullah berkata beliau telah bertanyakan pihak berkenaan mengapa mereka memerlukan DNA Anwar yang baru.
Katanya, mereka memberitahu beliau bahawa contoh DNA itu sudah lama dan mereka perlu ambil sekali lagi.....Malaysiakini
Labels: Anwar Ibrahim, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jul 3, 2008
Putuskan sahaja hubungan Malaysia-Amerika Syarikat
aminiskandar
Melenting pemimpin Umno dan BN apabila kerajaan Amerika Syarikat tidak senang hati dengan tuduhan liwat kedua yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim selepas 1998.
Diantara yang paling marah ialah Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein. klik disini..
Begitu juga dengan abang saudara Hishamuddin, Najib Tun Razak yang dikatakan menggepalai konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar buat kali kedua setelah 1998. Klik disini.
Najib, Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab membatalkan penyertaan Iran dalam pameran senjata di Kuala Lumpur apabila disuruh oleh pentadbiran Bush cuba memanipulasi sentimen Anti Amerika yang kuat dikalangan rakyat Malaysia. Tak kelakar ke?
Ok, jika benar kerajaan Malaysia marah dengan kenyataan Amerika Syarikat mengenai konspirasi terhadap Anwar, saya ada beberapa cadangan:
1) Putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.
2) Halau semua rakyat Amerika di Malaysia.
3) Kosongkan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, rampas tanah dan miliknegarakan bangunan tersebut.
Ini baru tiga cadangan.
Berani ke Pak Lah, Najib, Syed Hamid dan Hishamuddin lakukan perkara ini?
Kalau tak berani, toksah membebal. Lebih baik diam!
Labels: aminiskandar, Anwar Ibrahim, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jun 29, 2008
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura [Bhg 1]
bulanpenuh2012 - [...] Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia hanya menanggung subsidi minyak untuk rakyatnya bermula tahun 2004. Mungkin ramai juga yang tidak menyedari bahawa sejak 1974 hinggalah ke tarikh itu, setiap orang yang membeli minyak di pam telah membayar duti jualan yang mencecah hingga 90% ke atas harga pasaran sebenar dunia bagi setiap liter petrol.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang kuat Petronas, Tan Sri Hasan Merican dalam temubual bersama pengamal media yang disiarkan oleh semua saluran TV kerajaan baru-baru ini. Menurut beliau, pada tahun 1983 rakyat Malaysia membayar RM1.15 untuk seliter petrol. Harga tersebut termasuklah duti jualan sebanyak 50 sen atau 77% ke atas harga pasaran sebenar iaitu 65 sen seliter.
Pada tahun 1984 pula, rakyat Malaysia membayar RM1.10 untuk seliter petrol. Harga tersebut termasuklah duti sebanyak 52 sen atau 90% ke atas harga pasaran semasa pada ketika itu iaitu 65 sen seliter.
Menurut beliau lagi, kerajaan hanya mula menghentikan pengenaan duti jualan petrol pada tahun 2004. Sejak itu, bagi setiap liter petrol yang dibeli di pam, struktur harganya adalah termasuk komponen subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan hasil keuntungan operasi Petronas.... selanjutnya.
bersambung
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian Dua)
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian Tiga)
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian Empat)
Minyak untuk Anak, Subsidi untuk Menantu, Tunai untuk Singapura (Bahagian Lima)
Labels: Belit Dollah, Dollah Pening, Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pak Lah cerita apa?
Apabila di tanya oleh wartawan berkenaan isu tuduhan terbaru DS Anwar ... aku cukup tertarik dengan jawapan Dollah anak Badawi ....
Laporan telah diberi, polis akan buat siasatan dan tentukan bahawa benda itu betul atau tidak betul.Maka tak hairan kalau ada yang nafikan berita ini ... klik --------->>> SINI
"Apa yang Anwar kata bukan kita boleh tentukan...dia tentulah buat penafian. Itu lazimnya begitulah. Orang yang dituduh akan buat penafian,' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di sini hari Ahad.
Perdana Menteri mengulas demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, di sini oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara. - Bernama
Labels: Anwar Ibrahim, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 26, 2008
What the MPs say
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tabling the mid-term review of the Ninth Malaysia Plan today.
malaysianinsider - [...] Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur): "Nothing much was exciting from the review today. The only thing that I found exciting was the last part of the speech when he talked about the power (rampasan kuasa)."
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh): "There were a lot of contradictions in the Prime Minister’s speech. On one hand he said that the country needed funds and that's why we had a petrol price hike.
"On the other hand he said that the government will not burden the people especially the lower-income group. But that's what actually happened when fuel prices were increased."
Dr Dzulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor): "Despite all the good numbers in the report, the rakyat’s concern is on what they experienced, especially from the increase in fuel prices. For those who are in the lower-income group, are they better off? This is what the people want to know."
Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena): "There is nothing new in the plan, I think the government is basically chasing shadows. The government has revealed that they are going to improve a number of things, but prices of goods and fuel continue to soar and I don't really see anything new or concrete in the management of the funds."
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan): "From the review we can see that the government is committed towards helping the lower- and middle-income groups deal with the rising prices of fuel and other goods.
"However, the focus should be on how to implement the plans in a way that it would be able to benefit the people. More focus should also be given towards providing Sabah and Sarawak with basic infrastructure."... selanjutnya.
Labels: Dollah Pening, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 25, 2008
Anwar tidak perlu tergesa-gesa, Abdullah yang tertekan sebenarnya
harakahdaily - Sejak perisytiharan SAPP untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas, media cuba memperlihatkan seolah-olahnya akan berlaku 'havoc' dalam politik negara.
Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, cuba 'dilabel burukkan' media, untuk menumbangkan kerajaan BN secara tidak bermoral dan melanggar prinsip demokrasi.
Hakikatnya, penubuhan sebuah kerajaan di peringkat Pusat adalah sesuatu yang amat serius. Anwar tidak perlu tergesa-gesa, 'no rushing, no hurry.'
Anwar mempunyai 'time frame' yang cukup. Dalam tempoh sekarang hingga 16 September, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Masa secukupnya diperlukan untuk memantapkan kerjasama PAS-KeADILan-DAP sebelum mengundang lain-lain parti atau individu untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Tidak timbul soal beli membeli, tidak berbangkit soal rasuah. Juga tidak timbul soal pelanggaran undang-undang atau prinsip demokrasi.
Lompat parti secara tidak bermoral tidak akan berlaku. Apa yang akan berlaku, ialah 'hijrah'. Penghijrahan akan berlaku dengan kesedaran bahawa Barisan Nasional sudah tidak mampu bertahan dan tidak lagi dipercayai rakyat sebagai sebuah kerajaan. Semuanya, akan berjalan mengikut lunas undang-undang.
Kerangka besar dan agenda penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat sudah tersedia. Cuma penulis belum berhasrat untuk menghuraikannya sekarang. Insya Allah dalam rencana yang akan datang.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 23, 2008
4 by 4: Penjelasan dari Pak Lah
Pak Lah > Jeremy Clarkson
cursingmalay - [...] Keluarlah muka Pak Lah dan sebelah dia duduklah laki si Rosmah.
Pak Lah pun keluarlah statement dia "Kerajaan telah meluluskan pemberian rebet kepada negeri Sabah dan merangkumi kenderaan melebihi 3000 cc sekali.Bla bla bla"
Lepas tu aku rasa ada wartawan tanya dia apsal 3000 cc?
Dia pun jawab "Sebab kat Sabah ni ramai orang pakai 4 by 4."Kemudian mungkin sebab dia prihatin orang tak paham apa itu kenderaan "4 by 4" Pak Lah pun cuba menerangkan sebaik mungkin.
"Tu,kereta 4 by 4.Yang ada 4 tayar tu.Ramai pakai.Yang pakai 4 tayar tu."
Humm,satu penerangan yang lebih memeningkan dari menerangkan.Aku rasa majoriti kereta yang kat Malaysia ni semua 4 tayar.Nak terburai usus besar aku tengok muka Pak Lah try explain apa itu "Kenderaan 4 by 4"
Tah dia faham ke tidak sebenarnya,wallahuallam.
Itulah dia tuan-tuan dan puan-puan,Perdana Menteri Malaysia!... selanjutnya.
Labels: Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 21, 2008
Orang PM dipercayai sedang pujuk SAPP kembali ke pangkuan BN
harakahdaily - Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai sedang mengatur strategi bagi memujuk Pengerusi Parti Maju sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee supaya kembali ke pangkuan BN.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Abdullah yang juga merupakan Presiden Umno itu sedang menghantar orang-orang tertentu bagi menjalankan proses pemujukan ke atas ahli-ahli parlimen SAPP.
"Abdullah akan menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk mengembalikan kepercayaan SAPP serta parti-parti komponen BN yang lain kepada Umno seterusnya mengekalkan sokongan dan pengaruhnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Walau bagaimanapun, Mohamad sabu tidak menolak kemungkinan terdapat di kalangan ahli parlimen SAPP yang beralih arah.
"Bahkan terdapat juga kemungkinan wakil rakyat yang berjaya dipujuk," ujarnya.
Mengulas mengenai usul undi tidak percaya yang digembar-gemburkan oleh SAPP untuk dikemukakan pada sidang parlimen bermula 23 Jun ini, beliau kurang pasti akan keberkesanannya.
"Walaupun Anwar Ibrahim ada menyatakan beliau mempunyai cukup sokongan untuk menumbangkan kerajaan BN, saya tidak dapat memastikan mengenai lompat parti ini kerana saya tidak membuat tinjauan," katanya lagi.
Sungguhpun begitu, beliau menyerahkan hal tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk menguruskannya.... selanjutnya.
Labels: Dollah Pening, SAPP
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ex-gratia: Senator kesal Dr M diburuk-burukkan
malaysiakini - [...] Beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, setiap kali Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan cek ex-gratia kepada bekas hakim atau warisnya, beliau enggan mengumumkan amaun cek yang diberikan atas alasan menghormati permintaan keluarga bekas hakim berkenaan.
"Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan.
"Tidak dapat dinafikan keenam-enam bekas hakim berkenaan telah berjasa kepada negara namun rakyat berhak tahu dan tidak ada sebab kerajaan perlu merahsiakan amaunnya," tegasnya.
Pada 18 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung Datuk George Seah serta Tan Sri Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu.
Bayaran ex-gratia itu juga akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.
Hari ini Zaid menyerahkan bayaran ex-gratia kepada Mohd Salleh di rumah bekas Ketua Hakim Negara itu di sini. ... selanjutnya.
Labels: Dollah Pening, Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Johan Jaafar engkar arahan PM sambung kontrak Firdaus?
harakahdaily - Isu-isu panas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semenjak tahun 2005 hingga kini masih belum padam. Perkara-perkara yang berbangkit seperti kemandulan, kegelapan dan keterpinggiran DBP tersebut bermula semenjak Dato' Johan Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP mengganti Tan Sri Kamarul Ariffin pada tahun 2005.
Johan terlalu banyak mencampuri urusan pengurusan di DBP yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau kerana tugas pengurusan di DBP berada di bawah arahan Ketua Pengarah DBP.
Jika beberapa waktu yang lalu sewaktu Dato' Rahim Bakar dan Kamarul Arifin menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP sangat teguh dan aman damai kerana Pengerusi Lembaga Pengelola waktu itu berjalan di atas landasan Akta DBP 903 yang betul.
Tetapi setelah Pengerusi Lembaga Pengelola DBP bertukar tangan kepada Johan, beliau mulai membuat onar dengan pelbagai kerenahnya dan membelakangkan peraturan-peraturan yang sepatutnya dipatuhi.
Beliau bukan sahaja mencampuri urusan pengurusan DBP, sebaliknya membelakangkan pihak pengurusan DBP dalam beberapa perkara. Contoh yang nyata iaitu mengenai pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang sehingga kini belum tampak jalan penyelesaiannya.... selanjutnya.
Labels: Dollah Pening
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

