KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 29, 2008

Pemimpin MIC Kota Raja Maut Dalam Kejadian Samun

Ketua Pemuda MIC Kota Raja mati disamunBernama - Seorang pemimpin Pemuda MIC Bahagian Kota Raja, S.Seelvadhurai, ditemui mati dipercayai selepas dibelasah oleh sekumpulan penjenayah dalam satu kejadian samun di Seksyen 25, Sri Muda, Shah Alam di sini Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Nor Azam Jamaluddin berkata polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 9 malam selepas menerima panggilan telefon daripada orang awam.

Pemimpin berumur 43 tahun itu ditemui mati dengan kesan kecederaan pada bahagian muka, dan beliau juga dipercayai dijerut dengan wayar telefon.

Difahamkan beliau sebelum itu mengeluarkan sejumlah wang tunai dari mesin ATM berdekatan pejabat isterinya yang terletak di sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat sekitar kawasan itu.

Semasa tiba di pejabat isterinya, beliau diserang oleh beberapa lelaki.

Isterinya yang turut cedera dipukul dalam pergelutan itu, sempat melarikan diri untuk meminta pertolongan.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

1 comments:

Unknown said...

inikah situasinya yang diwar-warkan negara selamat?

Posting terkini

Blog Archive