KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 28, 2008

GIAT MARA TAK BAYAR SEWA 3 TAHUN?

Hmetro - TANJONG KARANG: Giat Mara Merbau Berdarah, Sabak Bernam, di sini, diarah membayar sewa RM1,500 sebulan kepada kerajaan negeri yang kini diterajui Pakatan Rakyat, walaupun sebelum ini pusat latihan kemahiran itu diduduki secara percuma sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, kerajaan negeri melalui Majlis Daerah Sabak Bernam enggan menyambung perjanjian membenarkan Giat Mara beroperasi di bangunan milik kerajaan itu secara percuma walaupun tempoh perjanjian tamat pada Ogos depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sebelum ini menghantar notis kepada Giat Mara menyatakan kerajaan negeri tidak akan memberi keistimewaan kepada agensi Kerajaan Pusat seperti pengecualian bayaran sewa atau cukai kecuali kepada anak syarikat kerajaan negeri.

Berdasarkan arahan itu, Giat Mara yang menduduki bangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kini perlu membayar RM1,500 sebulan sebagai sewa berdasarkan kadar RM150 bagi setiap pintu dan ketika ini, pusat latihan berkenaan menggunakan 10 pintu. more...

No2umnO - Ni kena siasat nih. Jangan bila dah disuruh tutup baru cerita tentang 'bantuan tak kira parti politik'. Betul ke atau sekadar nak jatuhkan nama Kerajaan Baru .... Susahnya aku nak percaya. Setahu aku kalau nak masuk ke Giat Mara ni kena dapat recommendation pemimpin pemimpin UMNO setempat. Dah lama rasanya UMNO jadi kan MARA sebagai senjata....

Kepada pembaca, jangan percaya bulat bulat, dengarkan apa kata kerajaan negeri pulak. Atau PBT yang buat cerita. Sedangkan di dalam tempoh 2 bulan nih, tak ada perubahan pada PBT PBT yang dibuat oleh Kerajaan Negeri lagi, kecuali PBT buat buat pandai. Tindakan dibuat tanpa persetujuan kerajaan negeri bertujuan untuk jatuhkan nama Pakatan RAkyat. Minta surat hitam putih dari Kerajaan Negeri kalau boleh. Mungkin ada yang harap tindakan ini boleh menimbulkan kemarahan bangsa Melayu kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan main main wooo.....

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive