KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 28, 2008

ISU KARPAL TAK MANDI: RESPON DARI PAS NEGERI JOHOR

ISU PERNYATAAN KONTROVERSI: RESPON DARI PAS NEGERI JOHOR

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR
19, Kg. Kenangan Dato' Onn, 81000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-4316650 Fak : 07-2384206


KENYATAAN AKHBAR
26hb. APRIL, 2008

ISU KENYATAAN KONTROVERSI DALAM LAMAN WEB PAS JOHOR BAHRU

PAS Negeri Johor ingin membuat kenyataan berkaitan dengan isu "darah YB Karpal Singh halal dibunuh" yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan The STAR keluaran Sabtu, 26 April, 2008 serta kenyataan Sdr. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.

1.Kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian PAS Johor Bahru ataupun PAS Negeri Johor. Kenyataan tersebut adalah sebenarnya pandangan atau komen pembaca laman web yang bernama "Alif" di siarkan dalam ruangan interaksi "Shoutbox" laman web PAS Johor Bahru. PAS tidak mengenali siapakah Alif dan juga identiti dirinya.

2.PAS Negeri Johor menyarankan kepada wartawan atau pemberita supaya membuat rujukan terlebih dahulu dengan kepimpinan PAS Johor terutamanya Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor sebelum membuat sebarangan ulasan di dalam akhbar. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham ke atas ulasan yang diterbitkan nanti.

3.Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.

4.Bagi kebaikan bersama, PAS Negeri Johor telah mengarahkan penyelia laman web PAS Johor Bahru supaya memadamkan kandungan kenyataan tersebut di dalam ruang shoutbox website PAS Johor Bahru di samping PAS Johor Bahru membuat komitment untuk menapis terlebih dahulu komen-komen yang diterima sebelum disiarkan dalam laman web.

5.PAS Johor Bahru telah membuat kenyataan maaf kepada DAP diatas apa yang telah berlaku yang juga disiarkan dalam laman web tersebut.

Sekian, terima kasih.

Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

No2umnO - Karpal dia nak mandi atau tidak....itu dia punya pasal. GEli aku nak cerita pasal orang tua sorang tu. Pada orang PAS dan Islam semua. Wak nak pesan....kalau jumpa orang rambut tegak, cakap sorang sorang kat bus stand atau tepi jalan .... jangan layan. Orang giler, kalau dilayan, boleh buat kita jadi giler.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive