KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 28, 2008

UMNO TAK FAHAM DEMOKRASI RUPANYA

Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu menyaksikan Barisan Nasional memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila memenangi 140 kerusi manakala pembangkang mendapat 82 kerusi iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 31 kerusi, DAP (28) dan Pas (23).

Manakala menerusi undian di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi proses pengundian hari ini.

Ahli Parlimen Santubong dan Beluran itu menewaskan satu lagi calon daripada DAP Dr. Tan Seng Giaw yang merupakan ahli Parlimen Kepong. Jumlah undi yang diperolehi oleh Junaidi ialah 157, Ronald (140) dan Seng Giaw (81).

(Imej: Tan Sri Pandikar Amin Mulia, speaker baru)

Maknanya pencalunan Junaidi adalah 157, hasil undian 140 dari ahli BN dan 17 dari ahli PR. Manakala undian kepada Seng Giaw, berkurangan 1 undi dari jumalah ahli PR sendiri.

Ada penganalisa politik keturunan UMNO toktok dan bermakhzabkan BN mengatakan bahawa dengan 157 undian bermakna, PR tidak sepakat kerana memberikan undian mereka kepada Junaidi manakala kekurangan undi ahli kepada Seng Giaw adalah kerana satu undi tidak memihak kepada beliau.

Wak nak bagi tau la pada pengkritik dan penganalisa politik juak BN bahawa di dalam BN, demokrasi memang langsung tak der. Masing masing gila kuasa. Nak jadi Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat pun jadi rebutan. Tak kira ikhlas atau tidak, tunggul atau manusia diorang pilih kerana parti mahu mereka di pilih. Ghairahnya BN untuk jadi ketua dalam segala bidang sedangkan tanggung jawab, bukan soal utama.

Teringat akan kata kata Raja Petra malam tadi di dalam rancangan BLOG@RTM....dia kata, Di dalam Parlimen, sesiapa BN yang tidak sepakat, akan diberikan amaran. Biarpun cadangan BN salah dan walaupun cadangan PR itu betul, mereka akan ikut undian atas dasar Parti. Kalau PARTI BN tidak mahu, maka semua pun tak mahu. Kalau BN mahu, semua kena ikut mahu. Yang tak mahu kena paksa jadi mahu. Yang tak angguk kena paksa angguk angguk. So itulah demokrasi BN dan UMNO. Menyedihkan kerana mereka masih tidak faham tentang 'fikiran terbuka' dan kebebasan memberikan pendapat. Semuanya penakut dan tak punya pendirian sendiri. Kalau satu masuk longkang, semua kena masuk longkang.

Kesimpulannya, BN tak boleh nak ubah sikap pemimpin mereka menjadi lebih demokrasi dari demokrasi mereka yang songsang. Tak hairan lah kalau ramai tunggul dari manusia yang jadi pemimpin. Kalau tunggul, bayangkan apa akan jadi pada Malaysia. Takkan itu pun tak boleh nak fikir ...... Kesian.

Cuba anda baca lapuran kenyataan Menteri Mesin Buih Tebu (Shabery Cheek di dalam Agenda daily) ... betapa tok toknya fikiran mereka .......Terbalik kot

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive