KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 28, 2008

Janganlah "over react"

Roslansms - Pengerusi DAP Karpal Singh semalam telah membuat laporan polis di Pulau Pinang. Laporannya tergadap laman web pasjohobahru.com yang dikendalikan oleh PAS Johor Bahru.

Menurut Karpal di dalam laporannya laman web tersebut menyairkan melalui ruangan "shoutbox" nya komen yang berbunyi: "Darah YB Karpal halal dibunuh"

Menurut Karpal komen tersebut menuduh bahawa beliau telah menghina Islam, dan komen itu merupakan satu ancaman bunuh.

Saya difahamkan Pesuruhjaya PAS Johor Prof Dato Dr Mahfodz Mohammad telah pun mengeluarkan kenyataan rasmimengenai isu tersebut antaranya:

Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.

Saya secara peribadi merasakan "alif" yang telah menurunkan komen itu sungguh keterlaluan, biadap dan tidak berakhlak, namun "shoutbox" ini adalah ruangan para pengunjung sesebuah laman web atau blog berinteraksi dengan pemiliknya. Siapa sahaja boleh menurunkan komennya, dan seringkali pemilik laman web atau blog tidak pun mengenali siapakah gerangan yang memberikan komen itu.

(Roslan SMS Corner sendiri pernah mempunyai ruangan sedemikian tetapi kemudiannya dimansuhkan apabila para pengunjung yang separuh tiang gemar melakukan"pukul curi" melaluinya).

Kesimpulannya memang si "alif" itu keterlaluan, tetapi saya kira sebagai seorang ahli politik yang veteran, Karpal sendiri pun tak perlulah "over react" sehingga membuat laporan polis. Kalau beliau secara jujur kunjungi ruangan komen di kebanyakkan laman web dan blog termasuklah yang dikendalikan DAP sendiri, kadangkala kita akan dapati komen dari para pengunjung, ada yang keterlaluan samada bersifat perkauman, lucah dan seumpamanya. more...

1 comments:

Putra IJ80 said...

Kita rakyat yg berfikiran waras,tidak suka perkataan yg berunsur ugutan begitu,tapi BRO KARPAL.pun berhati hatilah bila mengatakan sesuatu isu,terutama pada perkara perkara,yg menyentuh hak orang lain.

Bukankah ada garis panduan yg telah ditetapkan,dan dia saorang peguam yg handal,masakan tidak tahu,.

Posting terkini

Blog Archive