Pengumuman 4 Ogos didakwa cetus perpecahan
malaysiakini | Perpecahan dalam Wanita Umno tercetus sejurus selepas Tan Sri Rafidah Aziz membuat pengumuman mengejut mengenai peralihan kuasa pada Jun 2009 di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 4 Ogos lalu, dakwa seorang exco Wanita.
Menurutnya, Rafidah membuat pengumuman tersebut dalam majlis Wanita bersama pemimpin, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dirasmikan oleh perdana menteri.
Kira-kira 600 pemimpin Wanita, termasuk ketua Wanita bahagian dari seluruh negara menghadiri program sehari suntuk itu.
Exco Wanita itu yang tidak mahu namanya disebut memberitahu, ramai pemimpin Wanita terkejut dengan pengumuman Rafidah.
"Saya lihat ramai yang terdiam, dan tidak ramai yang tepuk tangan. Mungkin orang tidak tahu apa yang berlaku.
"Tetapi sebaik sahaja Abdullah selesai berucap merasmikannya, pemimpin Wanita mula bercakap mengenai pengumuman Tan Sri Rafidah itu."
Perdana menteri juga katanya, tidak mengulas langsung tentang pengumuman peralihan kuasa oleh Rafidah itu.... more.
Nov 28, 2008
Sah ... opah Pidah memang gila kuasa
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 22, 2008
Ada gerakan cabar saya sebagai ketua Wanita, kata Rafidah
Mari ... nyanyi ramai ramai ...Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mendakwa ada gerakan untuk mencabar beliau sebagai ketua pergerakan tersebut.
Katanya, gerakan itu wujud walaupun pelan peralihan kuasa - untuk menyerahkan jawatan ketua Wanita kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - pada Jun 2009 dipersetujui.
Rafidah memberitahu demikian ketika ditemui selepas beliau menemui para penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pagi tadi.
Rafidah berkata, mengikut pelan peralihan kuasa, selepas kekal sebagai ketua Wanita, beliau akan berunding dengan Shahrizat jika melantik ketua Wanita negeri.
Ini bermakna, katanya, beliau tidak akan melantik ketua Wanita negeri yang tidak dipersetujui oleh Shahrizat.... more.
La la la la .....
Nenek nenek si bongkok tiga
Siang tidur malam berjaga
Mencari cucu, dia tak ada
Nenek sibuk gila kuasa
Nenek tua tak sedar diri
Lututnya sakit tak larat berdiri
Tulang sudah bertukar besi
Suruh henti tak mau pergi
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Rafidah kata dia tak gila kuasa ... uweekkkk
Kucing kata ... dia tak makan lauk. Cuma minum susu. Nak caya ke tak?Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau mahu peralihan kuasa dilakukan pada Jun tahun depan bukan kerana beliau ‘gila jawatan kabinet'.
Sebaliknya, kata beliau, ia bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.
"Saya mengekalkan peralihan kuasa pada Jun 2009 semata-mata untuk memperkuatkan Wanita umno, kerana kita mendapati, setelah kali teruk dalam pilihanraya umum lalu, Kekuatan Wanita Umno sudah terlalu berkurangan.... more.
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Nov 21, 2008
Rafidah kecewa dicabar Shahrizat
malaysiakini | Tan Sri Rafidah Aziz hari ini kecewa kerana pelan peralihan kuasa Wanita Umno diketepikan selepas tiga bulan ia diumumkan, dan naibnya sendiri sanggup mencabarnya walaupun berjanji enggan berbuat demikian.
Tambahnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bersetia ingin mendukung pelan itu sendiri sanggup mengubah pendirian apabila mendapat cukup pencalonan untuk jawatan teratas pergerakan itu.
"Jika mereka berbuat demikian sebelum proses pencalonan, maka pasti exco (Wanita) akan membatalkan sahaja pelan itu.
"Dan saya tidak ragu-ragu akan membiarkan bahagian-bahagian mencalonkan sesiapa juga yang mereka mahukan untuk jawatan ketua dan naib ketua," katanya.... more.
Labels: Belit Rafidah, Belit Shahrizat, pemilihan UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 18, 2008
Rafidah boleh blah MAC ni
Sepuluh daripada 13 Wanita Umno Bahagian di negeri ini mahu peralihan kuasa ketua pergerakan itu dipercepatkan kepada Mac depan.Nak kena pinjam Penyapu dari Khir Toyo nampaknya.
Serentak itu, mereka mahu penyandang jawatan, Tan Sri Rafidah Aziz mengetepikan kepentingan peribadi dengan menyerahkan jawatannya itu kepada Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Perkara itu dinyatakan oleh 10 ketua wanita Umno bahagian terbabit pada sidang akhbar di Citybayview, di sini, hari ini.... selanjutnya.
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 11, 2008
Roti Canai, teh tarik dah turun ... Rafidah bila lagi?
Cerita pasal teh tarik, roti canai dan nasi kandar turun harga kat SINI
Tapi aku nak cerita fenomena misteri yang berlaku.
Malam tadi, aku hisap rokok di depan rumah. Tengah lengangkan kepala fikir camana nak bayar isntallment kereta bulan ni. Tiba tiba .. aku nampak satu garisan dari bumi ke langit. Aku panggil isteri aku untuk lihat sama. Dia pun terperanjat. Kami ramai ramai tengok. Lama juga benda tu kelihatan. Rasanya ramai saksi pada malam tadi.
Berlaku sekitar jam 10.00 malam membawa ke 11.15.
Isteri aku tiba tiba bergegas masuk ke dalam dan printkan berita semalam ... Hah dan dia jelaskan.
Fenemona itu memangnya dah di duga.
Punca fenomena itu berlaku adalah kerana Rafidah tak mahu letak jawatan dan mahu terus bertanding dan garisan dari bumi tu di panggil 'Rafidah Tongkat Langit'.
Wakakakakak .....
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Shahrizat putih mata
Huhuhu ... malu nya aku ..... wakakakak
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu isu peralihan kepimpinan dalam pergerakan itu dirunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Berikut adalah kenyataan beliau yang dikeluarkan di sini sebagai respons kepada keputusan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO hari ini:
“Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO mahu satu perundingan melibatkan Datuk Kamilia Ibrahim (yang layak bertanding Naib Ketua Wanita) diadakan.
“Dalam perbincangan Exco Wanita hari ini, saya telah meminta Tan Sri Rafidah Aziz menimbangkan semula tarikh peralihan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO selaras dengan pemilihan di peringkat Pusat termasuk Pemuda dan Puteri.... selanjutnya.
Shahrizat putih mata, Rafidah gila kuasa.
Dah dah la tu .... cukup la
Nak tongkat langit? Kena panggil Guruji ... tanya Big momma
Shahrizat pun semalam macam Singa lapar. bila duduk dalam meeting, tengok ramai sokong Rafidah..pucat dia. wakakaka
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 9, 2008
I dah tak boleh sabar lagi .....
Wakakakakk ...."Saya masih menghormati pelan peralihan jawatan yang diumumkan Tan Sri(Rafidah) pada 4 Ogos kepada saya untuk jawatan ketua Wanita Umno Malaysia.
"Saya memohon kebijaksanaan serta kerjasama Tan Sri mempertimbangkan tarikh peralihan jawatan itu diselaraskan seiring sejalan dengan Umno induk, Pemuda, Puteri pada Mac 2009 sempena perhimpunan Agung Umno iaitu tiga bulan lebih awal daripada bulan Jun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
... selanjutnya.
Ye tak ye gak ... dulu kata nak lepas jawatan. Tengok jumlah pencalunan macam nak pegang terus. Ishkkk ... tak tahan i .....
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 24, 2008
Ada pemimpin 'suka bodek'
utusmeloya - Sikap sesetengah pemimpin UMNO yang bermuka-muka dan suka 'membodek' menjadi punca Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mendapat maklumat tepat mengenai senario sebenar politik negara.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, pemimpin terbabit sepatutnya berani menegur dan memberikan pendapat sekiranya timbul sebarang masalah.
Beliau berkata, disebabkan sikap tersebut, Perdana Menteri tidak dapat membuat perancangan yang tepat terutama ketika menghadapi pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.
"Saya nasihatkan ahli-ahli UMNO jangan menyokong secara membuta tuli, gunakan fikiran kita, ini tidak... ada antara kita salam cium tangan dan bila mesyuarat semua 'yes, yes' tetapi di belakang maki-hamun kata tidak guna dan minta tukar Presiden cepat-cepat.
... selanjutnya.
No2umno - Nek Fida ni tau tak dia cakap apa? Dia sendiri di kategori mana?
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 21, 2008
Mahathir is disloyal - Rafidah
thestar - Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s resignation was an act of disloyalty to the party, said Wanita Umno chief Datuk Seri Rafidah Aziz.
She said she was shocked to hear about Dr Mahathir’s departure, considering that he was someone who always talked about being loyal to Umno.
Talk of the town: Opposition Leader Datin Seri Wan Azizah
Wan Ismail (left) chatting with Rafidah at the Parliament lobby yesterday.
“We understand that the issues raised by Tun was about leadership but this is a process that must take place graciously and it should not come to (the level of) bringing people down.”
Rafidah said that Umno’s position as the backbone of the Government also had to be taken into consideration.... selanjutnya.
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 29, 2008
MESTI BACA: RAFIDAH PUNYE HAL
ADA DESAKAN AZALINA TANDING RAFIDAH
agendodaily - (...) Bercakap pasal perubahan kepimpinan Wanita UMNO lalu soalan ini diajukan kepada salah seorang ketua wanita bahagian di Selatan tanahair enggan disiarkan nama. Awalnya dia tidak mahu menjawab soalan ini kerana katanya masa terlalu panjang lagi. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada kekal sebagai ketua wanita bahagian atau sebaliknya. Tapi memandangkan ketua wanita bahagian berkenaan antara yang agresif dan rajin bekerja kita percaya dia akan kekal menyandang jawatan tersebut pada pemilihan bahagian nanti.
Selepas diasak berkali-kali siapa yang dia mahukan sebagai ketua dan naib ketua wanita akan datang jawabnya,’’ S dan A.’’ Adakah pangkal huruf S itu Shahrizat dan A itu Azalina? Jawab ketua wanita bahagian tadi,’’ Yalah, tapi jangan tulis nama kakak nanti kakak saman kau. Tahu Faridah Abu Hassan (Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO) mati kakak.’’
Benarkah Wanita UMNO tidak mahu Rafidah lagi? Lalu soalan ini saya ajukan kepada salah seorang ketua wanita bahagian di Utara tanahair. Ketika menelefon beliau sedang bermesyuarat dengan anggota pergerakannya. Akuinya, dia akan mencalonkan Shahrizat sebagai ketua wanita dan Datuk Azizah Mohd Dun sebagai naibnya. Ketua wanita bahagian berkenaan ada alasan mencalonkan Azizah kerana katanya perubahan kepimpinan Wanita selalunya bermula dari Wanita di negeri Bayu. Katanya,’’ Sudah sampai masanya kita memilih naib ketua wanita di kalangan orang Sabah.’’
Sekadar untuk menguji mindanya saya bertanya lagi,’’ Kenapa Shahrizat tidak diregukan dengan pemimpin pelapis seperti Datuk Seri Azalina Othman Said?” Jawabnya,’’ Dia (Azalina) belum menampakkan ciri-ciri membantu Wanita.’’ Duga saya lagi,’’ Kena beri Azalina peluang kalau tidak kita tidak tahu performancenya.’’ Balasnya, ‘’Dia (Azalina) sendiri beritahu kakak dia belum bersedia lagi menyandang jawatan dalam Wanita. Apa alasannya kakak tidak boleh bercakap melalui telefon nanti kakak terangkan bila berjumpa Norzah nanti.’’ more...
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 22, 2008
Azalina Othman Said: Wanita, Puteri dan dotdotdot
syahrilkadir
aku betul2 nak tergelak dengan orang UMNO ni, tak cukup2 ke dengan ’signal ‘ yang rakyat bagi dalam pilihan raya lepas. Sepatutnya sudah2 lah merapu meraban tak tentu arah, inilah masanya korang perkuatkan balik rahim-rahim dan ovari-ovari korang yang dah jatuh ke ari-ari tu, ini tidak, dok bergaduh sesama sendiri lagi. Tak habis-habis!
Perhatikan apa Azalina kata…
“Saya ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Pengerang, jadi soal sama ada saya ahli Wanita atau tidak, tidak timbul. Bukan isu ahli Wanita atau tidak, tetapi ahli UMNO dilantik sebagai menteri kabinet. Mengikut perlembagaan (Puteri) juga, ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita,”
Apa Rafidah Aziz kata…
” Saya tak tahu sama dia ahli Wanita atau tidak…kena check Faridah ( katanya kepada Setiausaha Wanita UMNO Malaysia Datuk Faridah Abu Hassan yang berdiri di sebelahnya).
Dia tak Puteri ( UMNO) lagi…I don’t know…saya tak tahu…tolong check dengan ibupejabat ( UMNO)…saya tak mahu cakap siapa member ke tidak…janganlah tanya saya.”
Hah, meh aku lak kata…
“Kalau Puteri pun bukan, Wanita pun bukan, abis Azalina tu kita nak taruk kategori mana, dotdotdot ke? Apapun aku tak rasalah Azalina sampai macam tu (err…aku tak dapat apa-apa kotrak dari dia tau)
Labels: Belit Azalina, Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jangan marah kak!
makajiamatullah
Surat khabar The Star semalam kata, Kak Fidah marah dan merajuk bila tak dilantik jadi Menteri Kabinet. Mulanya nak letak semua jawatan termasuk ketua wanita dan MP. Tambah mengamuk lagi dan 'bergaduh' pula di telefon dengan Kak Ijat bila dapat tahu Kak Ijat dilantik jadi Penasihat PM (bertaraf menteri) tentang hal ehwal wanita.
Errrr....sebelum saya kena 'tembak', cerita di atas tu bukan saya reka ya tapi surat khabar The Star yang kata.
Lepas tu, wanita UMNO kata mereka kesal sebab tak ada wakil mereka dalam kabinet. Saya terfikir sendiri, Azalina tu bukan wanita UMNO ke? Dia wakil Pemuda ke?
Tiba-tiba hari ini Azalina kata, ikut perlembagaan Puteri UMNO, mana-mana ahli Puteri yang sudah berumur lebih 40 tahun secara automatik jadi ahli Wanita. Errr....kak Fidah dan ahli-ahli wanita tak tahu ke fasal ni?
Mengapa Azalina terpinggir?
Macam nilah akak-akak semua. Kami yang kat luar ni rasa malas tengok orang tua-tua ni bergaduh sesama sendiri. Macam mana nak jadi pemimpin yang baik kalau masalah dalaman sendiri pun tak selesai?
Selesaikan dulu masalah dalaman. Barulah orang pun hormat dan sejuk mata memandang. Tak gitu akak-akak semua?
Jangan marah saya. Saya menengok dari sudut rakyat biasa saja.
;-)
Tapi, yang kita semua boleh pelajari daripada semua pergolakan yang berlaku sekarang ialah, yang menang tak semestinya menang, dan yang kalah tak semestinya kalah. Yang nampak menang tak semestinya betul-betul menang. Kadang kala, hanya menang sorak tapi kampung tergadai. Alahai, macam pak kadok!
Makanya, yang menang sekarang ini jangan cepat lupa diri!
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 21, 2008
Gempar: RAFIDAH Tidak Iktiraf AZALINA dan DR. MARSITAH Menteri Wanita Umno!
Rafidah dijangka akan "membalas dendam" terhadap anak Badawi dengan mengembelingkan segala tentera Wanita Umno untuk menurunkan Presiden Umno itu setelah beliau dan anggota Wanita Umno tidak terlantik menganggotai kabinet yang baru!
sanggahtoksago
By ROSLI ISMAIL
HAL ini sebenarnya tidak jelas dan ia menjadi salah satu bahan bualan baik dikalangan ahli Umno sendiri.
Bagi mereka yang tidak faham sangat tentang politik atau politiking ada bertanya mengapa Wanita Umno bising-bising tidak ada wanita dalam kabinet.
Bukankah Datuk Azalina Othman Said yang dulunya Menteri Belia dan Sukan dilantik sebagai Menteri Pelancongan dalam kabinet 2008 itu seorang wanita?
Ini menjadi salah satu soalan yang ditujukan kepada Datuk Seri Rafidah Aziz dalam sidang akhbarnya yang panas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri awal petang Rabu.
Kenapa Azalina tidak dianggap sebagai sebahagian dari Wanita Umno? Ini jawapan Rafidah, “saya tak tahu sama dia ahli Wanita atau tidak…kena check Faridah (katanya kepada Setiausaha Wanita Umno Malaysia Datuk Faridah Abu Hassan yang berdiri di sebelahnya).
Serentak dengan itu kedengaran suara dikalangan para ahli Exco Wanita Umno Malaysia yang berdiri disampingnya diatas pentas sidang akhbar itu berkata, “tak…tak…tak…tak!”
Kata Ketua Wanita Umno itu lagi, “dia tak Puteri (Umno) lagi… I don’t know… saya tak tahu… tolong check dengan ibu pejabat (Umno)…saya tak mahu cakap siapa member ke tidak… janganlah tanya saya.”
Ditanya lagi bukankah dia seorang wanita jadi menteri? Jawab Rafidah yang enggan mengulas lanjut, sambil berkata “tak payahhhh (tanya)... ”
Sebenarnya dari mood disidang akhbar itu dapat dirasakan semacam mereka merasakan status Wanita Umno itu ialah kalangan Exco Pergerakan Wanita itu sendiri.
Sewaktu majlis jamuan selepas sidang akhbar itu Agendadaily bertanya kepada salah seorang EXCO Wanita Umno, Datuk Dr Noressah Mohamad kenapa Azalina tidak dianggap sebagai Wanita Umno.
Katanya ini kerana Azalina tidak pernah declare secara terbuka kata beliau seorang Wanita Umno.
Baginya Azalina adalah seorang ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Umno.
Malah katanya, mereka juga tidak anggap Datuk Dr Masitah Ibrahim yang dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebagai Wanita Umno.
Azalina yang merupakan bekas Ketua Puteri Umno meninggalkan pergerakan itu setelah usianya melampaui had umur 40 tahun.
Soalnya Azalina duduk di mana sekarang? Ketua Puteri sekarang, Datuk Noraini Ahmad sendiri baru melepasi usia 40 tahun dan kini memegang jawatan itu atas ‘waktu tambahan’ sementara menunggu pemilihan Umno akan datang ini.
Sebenarnya status itu memang mengelirukan.
Ketua Puteri 40 tahun manakala bagi ahli-ahli biasa Puteri Umno had umur mereka lupus dari pergerakan itu ialah 35 tahun. Begitu juga halnya dengan ahli Pergerakan Pemuda Umno yang habis umur 40 tahun.
Berbeza dengan Puteri Umno, Pemuda Umno tidak menetapkan had usia bagi pemegang jawatan Ketua Pemuda Umno. Begitu juga halnya dengan Ketua Wanita Umno.
Untuk mendapat kepastian tentang status ini, Agendadaily menghubungi Senator Datuk Syed Ali Alhabshee selaku Ketua Umno Bahagian Cheras.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan mengesahkan tidak ada sebarang peraturan dalam Perlembagaan Umno yang menetapkan seseorang ahli Puteri yang habis umur perlu isi borang atau istihar diri baru oleh masuk Wanita Umno.
“Inilah masalahnya bila kita bermusuhan sesama sendiri tak tentu pasal,” katanya.
Katanya di Pejabat Umno Bahagian Cheras yang beliau tadbir itu pun tidak ada borang khusus memerlukan ahli Puteri yang habis umur kena isi untuk jadi ahli Pergerakan Wanita atau kena istihar.
“Ini semua mengarut… apa salahnya para pemimpin Wanita jumpa elok-elok Azalina dan Dr. Marsitah ajak mereka rapat dengan Wanita Umno… atau ambil mereka jadi Exco Wanita… mereka juga wanita... jadi kena anggap mereka sebahagian dari Wanita Umno,” katanya.
Ditanya tentang cakap-cakap kalangan pemimpin Wanita Umno bimbang Azalina mungkin cabar Rafidah untuk jawatan Ketua Wanita Umno, beliau berkata, “Itu semua cakap orang… lagipun ini soal demokrasi… kenapa perlu sekat-sekat begini. Siapa yang layak biarlah mereka nak bertanding apa jawatan pun. Biarlah ahli yang menentukan siapa yang mereka mahu.”
Syed Ali kesal kerana dalam keadaan agak lemah begini pun ada pihak yang masih nak berpuak-puak dan nak ‘kepung jawatan’.
“Rakyat sudah bagi mesej jelas dalam pilihanraya baru ini. Takkan tak faham lagi. Kalau sikap begini berterusan alamat Umno boleh jadi tak relevan lagi nanti,” katanya.
Katanya, semua pihak dalam Umno tak kira Wanita, Pemuda, Puteri perlu muhasabah diri dan merapatkan barisan dan mengenepikan hal-hal yang boleh memecahbelahkan parti.
Sementara itu sejurus berita ini disiarkan ada beberapa orang ahli Umno yang telefon Agendadaily mendakwa Azalina sendiri selama ini tidak ambil sebarang langkah untuk merapatkan diri dengan Wanita Umno.
Kata mereka, Azalina sebagai adik juga patut tahu bawa diri dan ambil langkah-langkah yang 'mesra Wanita' dan tidak melihat dirinya sebagai entiti tersendiri semata-mata kerana rapat dengan 'orang atas'.
"Ada orang mungkin rasa bila dia dah kamcen dengan orang atas tak lagi perlu pandangan orang di bawah ni... siapalah kami ni.
"Jadi tak adil nak kata Rafidah dan para Exco Wanita yang salah atau menolak Azalina... Ada banyak lagi hal kalau nak cakaplah... tolong tulis fakta ini," kata salah seorang dari mereka.
Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad yang dihubungi Agendadaily kemudian mengulas soal status ahli Puteri yang habis umur itu, juga mengesahkan mereka dikira automatik jadi Wanita Umno.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno (atas kapisiti sebagai Ketua Puteri) berkata memang tidak ada borang perlu diisi atau perlu istihar diri nak masuk Wanita Umno dan sebagainya.
"Mereka yang habis umur Puteri secara terus diserap dalam Wanita Umno. Kalau tidak mereka nak ke mana lepas itu?" katanya.
Noraini berkata adalah menjadi lumrah dalam mana-mana parti politik sebagai persiapan untuk melangkah dari Puteri masuk ke Wanita usaha awal perlu dijalankan untuk merapatkan diri dengan mereka.
"Saya selalu berpesan kepada anak-anak buah saya kena sentiasa berbaik-baik dengan kalangan Wanita Umno di tempat masing-masing," katanya.
Menyentuh tentang dirinya yang sudah berusia 41 tahun dan akan hilang status Naib Presiden Umno apabila tidak boleh lagi pegang Puteri Umno pada pemilihan Umno akan datang, Noraini berkata, "tak ada masalah apa. Kita dah biasa jadi orang bawah... tak perlu adjust apa-apa."
Menurut Noraini beliau juga pernah jadi Ketua Wanita Umno cawangan sebelum sayap Puteri Umno ditubuhkan dulu!
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
MELTING IRON LADY
"I was told at 9am on the day of the announcement that he would not be including me in the cabinet.
"I asked him why and he said it was because he wanted new faces. I accepted it because I have already served for so long and the time for retirement has arrived."
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Habis madu OPAH dibuang…..
aminiskandar
Kita harus belajar dari kisah Rafidah. Dahulu beliau umpama hulubalang wanita kepada Abdullah Badawi. Sehinggakan beliau sanggup melawan bos lamanya, Dr. Mahathir Mohammad satu ketika dulu untuk mempertahankan Pak Lah, anak dan menantu.
Selepas keputusan PRU 12 yang lalu, Rafidah Aziz sewaktu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno dengan tegas menyatakan bahawa menantu Perdana Menteri adalah punca utama Barisan Nasional kalah teruk.
Oleh kerana itu sahaja, Rafidah telah digugurkan dari jawatan kabinet. Lihat betapa besarnya kuasa menantu Pak Lah di Malaysia. Tanpa memegang apa-apa jawatan pun dia boleh menentukan segala keputusan Pak Lah.
Penafian Pak Lah bahawa Khairy tidak mempengaruhinya adalah penipuan semata-mata. Kita tidak akan lupa bagaimana Pak Lah menafikan tentang tarikh pembubaran parlimen dan tidak sampai 24 jam parlimen dibubarkan.
Begitu juga dengan penafian PM tentang adanya gerakan untuk menjatuhkannya. Sudah pasti gerakan itu semakin berkembang.
Penentang-penentang Pak Lah didalam Umno semakin ramai. Mukhriz,Ku Li,Rafidah,Khir Toyo dan ramai lagi sedang menyusun gerakan. Najib mungkin sudah mula main belakang. Pemilihan Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno membuktikan bahawa Kes Pita Lingam hanya akan tinggal kenangan.
Menantu PM cuba menyelamatkan bapa mertuanya dikalangan orang Melayu dengan menaja demonstrasi pro DEB dibeberapa tempat. Yang hadir dalam demonstrasi tersebut mungkin terlupa bahawa DEB telah dimansuhkan oleh Pak Lah dan menantu di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mengapa Opah Pidah perlu letak jawatan?
matsamankati
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Sebab Opah Pidah menjadi liabiliti kepada Pak Lah. Tak lama lagi, Dr. Khairudin, Calun Pas bagi Parlimen KK akan membawa kes penamaan calun kemahkamah. Pada hari penamaan calun lalu, Opah Pidah sepatutnya sudah tersingkir kerana tidak menandatangani borang pencalunan. Dua borang yang dipamerkan tidak ditandatangani. Tidak diketahui, sama ada borang yang ketiga ditandatangani selepas semua menyedari perkara tersebut, atau pun ditandatangani oleh orang lain.
Satu lagi perkara yang timbul ialah, dua orang saksi yang menandatangani borang tersebut sepatutnya menurunkan tandatangan SELEPAS calun menurunkan tandatangannya. tapi dalam hal ini, saksi telah menipu! Depa sain dulu, baru calun sain.
Pegawai Daerah yang menjadi Pengurus Pilihanraya yang menerima borang pencalunan pada hari tersebut, telah pun mengambil cuti panjang, selepas disiasat oleh polis dan BPR. Dengar cerita, besar kemungkinan, Opah Pidah akan kalah dalam kes ini. Sapa yang akan menyingkir Opah Pidah? Jangan-jangan Zaid Ibrahim.
Lagipun, hayat politik Opah diKuala Kangsar dah habis. Beliau bukan sahaja ditolak oleh orang-orang Cina dan India, malah cuba disabotaj oleh ahli UMNO sendiri.
Selepas pengumuman keputusan, Opah Pidah ada cakap kat wakil MCA dan MIC, "Lepas ni, orang Cina dan India jangan harap nak dapat apa-apa lagi!. Deepavali akan datang, jangan datang mintak apa-apa, dua kupang pun I tak bagi!".
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mar 20, 2008
RAFIDAH .... RAFIDAH ......
KUALA LUMPUR: "Saya dipilih oleh 1.3 juta Wanita Umno, dan menang tanpa bertanding. Kalau saya dilantik, saya pun akan letak jawatan," demikian jawapan yang diberikan Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz mengulas perletakan jawatan bekas setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pada pagi Rabu.
"Saya agak terkejut. Sepatutnya Pak Lah beritahu saya dari awal jangan bertanding. Jika beliau beritahu saya jangan bertanding, saya tahulah saya tidak ada tempat dalam Kabinet dan tidak payahlah saya susah-susah.
"Tetapi beliau tidak beritahu. Saya hanya seorang manusia, jadi bila dia tidak beritahu jangan bertanding, saya tidaklah menjangka saya akan digugurkan," tambahnya pada sidang media yang padat dihadiri oleh wartawan tempatan dan asing di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Rabu.
"Saya tanya kenapa, dia kata dia mahu orang baru, itu sahaja. Saya terima dengan hati terbuka dan saya bersyukur kerana telah dapat memberikan khidmat saya kepada negara selama ini.
"Saya bersedia untuk bersara, jadi apabila dia beritahu saya, saya kata tidak apalah," katanya sambil menambah beliau tidak pula bertanya sama ada wakil Wanita Umno lain akan dipilih menggantikannya kerana itu adalah hak Perdana Menteri.
"Tidak pernah mereka tengok senario ketua mereka tidak ada dalam kabinet. Tengok-tengok Wanita MCA pula dapat, jadi terbaliklah cerita. Wanita MCA ada dalam kabinet tapi Wanita Umno tidaka ada. Saya tidak suka cakap pasal ini kerana ia melibatkan diri saya," katanya.
"Cucu-cucu saya sangat gembira dengan persaraan saya kerana mereka kini mendapat semula nenek mereka," katanya.
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Rafidah mempersoalkan Abdullah Ahmad
alkerohi
Hampir 33 tahun dalam politik dan 22 tahun dalam kerajaan, Rafidah Aziz seperti tidak dapat menerima keputusan Abdullah Ahmad yang tidak melantiknya semula kejawatan menteri.
Dalam sidang akhbarnya hari ini, Rafidah mempersoalkan tindakan Abdullah yang melantik Ng Yen Yen dari MCA sebagai menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedangkan dirinya yang menang di Kuala Kangsar diketepikan.
Rafidah juga memaklumkan bahawa, sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita BN beliau tidak diberikan apa-apa jawatan.
Kata Rafidah lagi, inilah kali pertama dalam sejarah, wanita UMNO tidak diberikan kerusi di dalam kerajaan.
Rafidah sepatutnya bersyukur kerana 22 tahun baginya adalah jangkamasa yang sama seperti dilalui mantan PM iaitu Tun Dr Mahathir. Sepatutnya Rafidah sudah di'buang' lebih awal.
Mungkin agaknya Rafidah sedang berkira-kira, kenapa agaknya kekalahan BN dalam PRU ke 12 ini menjadikan dirinya sebagai mangsa.
Apakah makcik UMNO ini mahu mengikuti jejak Mukhriz Mahathir, Radzi Sheikh Ahmad, Tengku Razaleigh atau hanya 'testing the market' agar Abdullah mengubah fikiran dan memberikan jawatan yang serupa seperti yang diberikan kepada Shahrizat Abdul Jalil ?
Surat Rafidah kepada Abdullah tidak ada di dalam pasaran. Apakah agaknya isi warkah tersebut yang ditujukan kepada Abdullah ?
Rafidah memendam perasaan dengan membawa cucunya bersama di dalam sidang akhbar tersebut. Beliau memberitahu, cucunya gembira setelah mengetahui erti persaraannya yang kini membolehkan Rafidah dan cucu tersebut bersama setiap hari.
Persaraan untuk bersama cucunya sepatutnya sudah difikirkan dan diputuskan Rafidah beberapa tahun yang lalu.
Atau, dalam situasi ini jika tidak diberikan apa-apa jawatan, Rafidah ingin dan akan mengajak Abdullah untuk bersama-samanya mengecapai erti persaraan sebagai ahli dan ketua BN yang gagal menyelamatkan parti UMNO dan BN yang lebih lama diwujudkan berbanding penglibatan mereka berdua di arena politik ?
Apakah isi warkah Rafidah kepada Abdullah?
Alahai Abdullah ! Semua jari-jemari menuding ke arah Perdana Menteri Malaysia kelima. Belum lagi kedengaran suara Samy Vellu memanggil PM dari persemadian keranda politiknya.
Berapa lama lagikah jangka hayat PM dan kerajaan BN, jika anai-anai sudah mula mengerit dari pelbagai sudut?
Labels: Belit Rafidah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
