KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label UMNO vs UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO vs UMNO. Show all posts

Mar 23, 2008

Mat Said akan dipecat sejurus angkat sumpah

Ahmad Said akan dipecat sejurus angkat sumpah MB

KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO. – Utusan.

No2umnO - Nak tahu apa jenis akta yang digunakan? Nama akta tu .... Akta jangan lawan tokey, Pindaan MB tak mau pindah. Sesiapa yang melawan tawkey akan di kenakan tindakan ini. Jangan potong line dan jangan bantah boss. Ni macam pun ada ka?

TERIMA WATIKAH, ANGKAT SUMPAH TIDAK JADI

MB T'ganu: Upacara angkat sumpah tak jadi
malaysiakini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, hari ini menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai menteri besar Terengganu yang baru.

Watikah pengisytiharan tersebut diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

ahmad said 230308Upacara itu diadakan pada jam 8.28 pagi di Istana Terengganu, di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.

Malam tadi, setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan Ahmad bahawa beliau akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri.


Tengku Adnan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan suratcara pelantikan kepada Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dan tidak betul bagi Ahmad untuk mengangkat sumpah jawatan itu.

Semalam, Pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menteri besar besar dan majlis mengangkat sumpah di Istana Tamu pagi ini.

Menjelang keputusan istana itu, kesemua 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (BN) BN Terengganu dalam satu sidang akhbar semalam memberi amaran untuk memboikot majlis esok atas alasan tidak menyokong calon lain selain Datuk Seri Idris Jusoh.

Ahmad Said terima watikah perisytiharan MB



KUALA TERENGGANU 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, hari ini menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dalam satu upacara di Istana Terengganu, di sini.... Berita Penuh

TERKINI jam 10.00 pagi: Di lapurkan oleh wartawan tak bertauliah SebastianJoshua yang sedang berada di sana memberitahu bahawa perhimpunan kecil sedang cuba di adakan. Tak tau apa alasan dan hajat mereka. Pihak FRU sedang berkawal dan helikopter sedang berlegar di ruang angkasa Istana Maziah, Kuala Terengganu. Namun lapuran tersekat sekat kerana gangguan pihak yang tidak dikenali cuba mengambil komputer milik wartawan kami.

Turut dilapurkan, para penyokong Mat Said berkumpul di rumah beliau di Kijal dan upacara mengangkat sumpah akan diadakan sekitar jam 10.30 pagi. Lapuran lanjut selepas ini.

Jom Pakat Sokong Istana!

amdang81

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

"Amdang, apa sebenarnya isu Mat Said?" Tanya beberapa teman terdekat melalui YM setelah terbaca satu posting aku yang penuh tanda tanya sebelum ini.

Aku tidak sangka catatan kosong aku itu begitu menarik perhatian ramai pihak. Mungkin kerana berita bakal MB Terengganu ini begitu ditunggu-tunggu kerana telah masuk minggu kedua Terengganu tiada MB. Aku sebenarnya sedang menyiapkan suatu kertas kerja bagi dibentangkan esok dalam mesyuarat di pejabat. Jadi bagi 'menghormati' berita terkini pelantikan MB Terengganu, maka aku selitkan coretan ringkas itu.

Lupakan seketika skandal seks Mat Said. Aku akan dedahkannya akan datang. Apa kata jika untuk beberapa jam lagi kita sama-sama menyokong pihak istana khususnya dalam perlantikan MB Terengganu yang baru. Selepas Mat Said disahkan menjadi MB, barulah kita berbicara bagaimana pula menentang MB baru UMNO Terengganu itu. (teruk ke gini? Heheheh)

Ini tidak bermakna kita menyokong Mat Said sebagai MB, namun sokongan yang diberikan di sini adalah kepada keputusan pihak Istana Terengganu memilih MB. Menghalang keputusan pihak Istana boleh diumpamakan bermusuhan dengan istana. Tetapi menurunkan MB yang rosak (walaupun baru dilantik) adalah hak rakyat dalam memilih pemimpin. Di sinilah kita perlu berperanan dalam melaksanakan 'check and balance'.

Dari segi politiknya, pelantikan MB selain Deris akan mengakibatkan UMNO Terengganu bermasalah besar. Ini kerana kebanyakan yang menjadi calon PRU 12 lalu adalah calon pilihan dan penyokong Deris. Mat Said sendiri dikatakan pada mulanya terkeluarkan namanya dari senarai calon, namun dia telah 'menekan' Deris. Akhirnya Mat Said benar-benar telah menekan Deris.

Setelah menjadi MB buat beberapa ketika, Mat Said bolehlah berlagak dengan jawatannya itu. Kemungkinan dia dibuang dari UMNO ada, namun ianya tidak akan menghilangkan jawatannya sebagai MB sehinggalah Sidang DUN membuat undi tidak percaya kepada Mat Said.

UMNO Terengganu tidak bermasalah untuk membuat undi tidak percaya kerana 22 + 1 dari MCA sudah terlebih cukup bagi menghilangkan kuasa MB pada Mat Said. Namun, alang-alang sudah sampai ke tahap ini aku kira Mat Said perlu terus melangkah ke hadapan dan menerima pelantikan sebagai MB tersebut.

Tidak semua orang berpeluang menjadi MB. Lebih-lebih lagi MB negeri kedua terkaya di Malaysia! Bila halangan sudah tiada, maka yang tinggal hanyalah peluang. Jadi manfaatkanlah peluang yang ada walaupun tempoh yang akan dilalui tidak panjang. Mana tahu Terengganu mencatat sejarah baru sebagai MB paling singkat pula!

Aku juga merasakan tidak lagi menjadi satu kesalahan (sekiranya sebelum ini salah) memasang banner-banner menyokong sepenuhnya MB pilihan istana ini. Biar Mat Said tidak terasa kerdil dan keseorangan dalam hal ini. Biar Mat Said tahu pihak istana begitu disokong rakyat. Walaupun dia tidak tahu dia juga tidak akan dibiarkan lama di kerusi MB itu.

amdang: Pecah dan perintah!

Mar 22, 2008

ANALISA Ketegangan BN-istana isu MB T'ganu

malaysiakini.

Jika majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu dipulaukan oleh semua wakil rakyat BN esok, parti itu kini berdepan dengan tanggapan umum bahawa ia sengaja mencipta masalah dengan istana - sekali gus melanjutkan krisis sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac.

Hari ini, selepas keadaan tidak pasti selama 14 hari tanpa calon menteri besar, istana melantik wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis angkat sumpah dijadual pagi esok di Istana Tamu, Kuala Terengganu.

Namun 23 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid mengisytiharkan secara terbuka untuk memulaukan majlis tersebut.

Usaha ini kelihatan sudah dirancang lebih awal apabila sumber-sumber Umno negeri memberitahu Malaysiakini kelmarin, Idris yang juga pengerusi BN negeri meminta semua Adun - kecuali Ahmad - menurunkan tandatangan sokongan kepadanya.

Sumber itu juga tidak senang apabila Idris membuat kenyataan menyeru rakyat Terengganu agar bertenang sementara menunggu menteri besar baru dilantik.

Idris seolah-olah memberi gambaran rakyat masih bersamanya, kata sumber itu lagi.

Sumber-sumber Umno itu bimbang penduduk akan memandang serong kepada Umno dan membawa kesan politik yang negatif apabila parti itu dilihat cuba menentang istana.

Hari ini, sebelum sidang media Rosol, wakil-wakil rakyat BN bertemu Idris di kediaman rasmi menteri besar dan kemudian masing-masing menurunkan tandatangan sekali lagi bagi menyokong Idris untuk diserahkan kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) jam 9 pagi esok.

Tandatangan sokongan tadi kali ketiga dikeluarkan sejak krisis ini - satu kempen tandatangan sokongan wakil-wakil BN kepada Idris pernah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pertemuan mereka Sabtu lepas.

Kenyataan Rosol, yang dikatakan penyokong setia Idris, petang tadi mengulangi ugutan DAP memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin minggu lepas atas alasan parti itu menolak wakil rakyat PAS sebagai calon jawatan tersebut.

Kenyataan pemulauan tokoh utama DAP Lim Kit Siang itu telah menyebabkan istana Perak menangguhkan majlis itu dan mengesyorkan semua 31 wakil DAP, PKR dan PAS menandatangani persetujuan dengan calon menteri besar itu.

Suasana berkonflik di negeri pakatan tiga pembangkang utama itu kini telah selesai, seperti juga krisis pelantikan menteri besar Perlis - perebutan antara Datuk Seri Shahidan Kassim dengan penggantinya Datuk Dr Mat Isa Sabu.

Shahidan, yang terus-menerus mendakwa hingga saat akhir mendapat sokongan Perdana Menteri, tidak hadir di majlis angkat sumpah.

Kedua-dua kebingungan ini selesai dengan Shahidan dilaporkan menerima Isa demi kebaikan Umno dan BN di negeri itu, dan Lim pula memohon maaf kepada istana dan menghadap sendiri Pemangku Raja Perak selepas majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Walaupun berita pelantikan Ahmad tidak begitu mengejutkan tetapi pemulauan majlis angkat sumpah esok benar-benar satu tamparan kepadanya dan sekali gus MPPR.

MPRR minggu lalu gagal mengadakan pertemuan di Putrajaya dengan wakil-wakil BN apabila majlis yang dijadual pada 11 pagi dibatalkan di saat-saat akhir. Dua puluh wakil parti itu kemudian mengadakan perjumpaan dengan Abdullah.

Di Terengganu pula, naik beberapa puluh sepanduk menyatakan sokongan kepada istana. Sepanduk yang memuatkan antaranya perkataan "Daulat Tunku" dan kesediaan rakyat bersama istana itu bagaimanapun diturunkan selepas dua jam kemudian.

Dalam satu kes kelmarin, polis berjaya menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu berhubung pelantikan menteri besar.

Kain rentang itu yang dirampas awal pagi itu antaranya bertulis "Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman" serta "Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri di Belakang DYMM Tuanku".

Semalam ketua polis negeri Datuk Ayub Yaakob pula memberi amaran agar penduduk tidak menyebarkan SMS mengaitkan isu itu dengan pihak istana kerana bimbang ia menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, selain mencemarkan institusi diraja itu sendiri.

Dalam keadaan tidak pasti itu, Peguam Negara turut mengeluarkan kenyataan bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam isu tersebut.

Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan, Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dilarang terlibat dalam hal-ehwal pentadbiran negeri kecuali menyentuh kepentingan Islam.

Calon menteri besar bukanlah pilihan baginda, kata Abdul Gani lagi.

Malam ini, selepas melaporkan perkembangan istana telah melantik Ahmad sebagai menteri besar, tiba-tiba sebuah stesen televisyen swasta melaporkan, seorang ahli politik Terengganu kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Siapakah ahli politik Terengganu yang tidak disebutkan namanya dalam laporan TV3 itu tetapi disiasat BPR kerana projek-projek di Kijal?

BERITA PENUH BOIKOT

23 Adun BN Terengganu Ancam Boikot Majlis Angkat Sumpah MB
bernama
KUALA TERENGGANU, 22 Mac (Bernama) -- Kesemua 23 anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Tetamu di sini, pagi esok jika Datuk Seri Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk memegang jawatan itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata kesemua wakil rakyat terbabit kecuali wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said, akan berbuat demikian jika nama lain diumum sebagai Menteri Besar.

 Beliau berkata ada di kalangan wakil rakyat terbabit yang sanggup meletak jawatan jika
Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

"Pada hari ini kami semua wakil rakyat BN Terengganu kecuali Adun Kijal telah mengadakan perjumpaan dan kami ingin menegaskan bahawa kami sebulat suara menyokong dan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Idris sebagai Menteri Besar Terengganu. Tiada calon lain yang kami sokong.

"Jadi mana-mana perancangan untuk menamakan selain daripada Datuk Seri Idris, kami tidak akan menerimanya. Kami sebulat suara tidak akan menghadiri majlis tersebut (angkat sumpah jawatan Menteri Besar) jika Datuk Seri Idris tidak dilantik sebagai Menteri Besar," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman di sini hari ini.


Sidang akhbar itu dibuat sebelum pejabat Sultan Terengganu mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.

Pejabat Sultan Terengganu hari ini mengumumkan bahawa Ahmad, 51, akan memegang jawatan itu dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tetamu di sini pagi esok.

Rosol yang juga wakil rakyat Ajil berkata kesemua wakil rakyat itu juga akan membuat undi tidak percaya pada sidang Dewan Undangan Negeri jika Idris tidak dilantik semula ke jawatan itu.

Beliau berkata mereka juga telah menandatangani surat untuk menyatakan sokongan kepada Idris dan ia akan diserah kepada Perdana Menteri dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) esok.

Rosol berkata kesemua wakil rakyat terbabit membuat keputusan menyokong Idris kerana berpendapat selain wakil rakyat Jertih itu, tiada pemimpin lain yang mampu mentadbir dan mengurus negeri itu dengan baik.

"Keputusan yang kami buat ini bukan satu paksaan, tanpa bayaran dan kami membuat pengakuan menyokong beliau (Idris) setulus hati kami," katanya dan menjelaskan bahawa ia dibuat bagi memperkasakan parti dan bukan atas kepentingan individu tertentu.

Posting terkini

Blog Archive