KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label antikhairy. Show all posts
Showing posts with label antikhairy. Show all posts

Jun 8, 2008

Blog antikhairy: Blogspot ke wordpress

Dikhabarkan blog antikhairy.blogsport telah di kesan passwordnya di kandungan blog itu telah di delete. Klik
http://antikhairy.blogspot.com/

Header image

Berikutan kejadian itu... laman blog telah bertukar kepada antikhairy.wordpress .....
Terima kaseh kepada mangchik

May 6, 2008

Laman Anti Khairy di "spam" oleh penyokong Khairy?

Laman Anti Khairy hari ini telah di “spam” dengan tulisan seperti berikut :

umno-reform
“BAPAK ISA MAHATHIR DAN BUKAN KHAIRY. BLOG ANTI~KHAIRY DIBIAYAI MUKHRIZ, NAMPAK SANGGAT”

"www.antikhairy.blogspot.com"

Tuduhan di buat oleh mereka yang dipercayai penyokong Khairy bahawa laman blog anti khairy adalah tajaan Mukhriz Mahathir yang dikatakan akan menjadi pencabar kuat jawatan Ketuaa Pemuda UMNO.

Kenyataan “spam” di di letakkan di bawah sudut komen pada hampir semua artikel yang melibatkan kritikan terhadap Khairy Jamaluddin. Dimaklumkan bahawa laman blog antikhairy tersebut telah menyebabkan laman pro Khairy di bentuk. Sungguhpun begitu laman blog antikhairy menerima sambutan yang amat menggalakkan kalau dilihat dari sudut komen yang diterima. Dari komen-komen yang diterima kesimpulan mampu dibuat bahawa blog anti Khairy adalah blog yang terpopular di kalangan pembaca blog.
Read more ......

Mar 22, 2008

Jawatan Ketua Pemuda UMNO – Norza ganti?

Antikhairy

Kuat mengatakan bahawa menantu Pak Lah terpaksa melepaskan cita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda buat masa ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari UMNO terus di kritik dan di hina. Perlepasan cita-cita hanya seketika. Lepas itu boleh di bolot kembali bila UMNO dapat sapu semula negeri-negeri yang terlepas dari BN. Ini mungkin dilakukan untuk menyelamatkan nasib bapak mertuanya yang hari ini terus di desak untuk meletak jawatan.


Tapi...siapa Ketua Pemuda UMNO kalau bukan menantu Pak Lah nanti. Biasa la proksi menantu Pak Lah adalah Norza Zakaria. Beliau akan di junjung untuk mengambil alih Ketua Pemuda UMNO. Ini akan memastikan peluang menantu terus wujud dan Norza Zakaria pasti akan terhutang “body”.

Mampu kah Norza untuk ganti Ketua Pemuda UMNO. Beliau yang asal dari rusuk menantu Pak Lah terma yang pernah kami baca – dan adalah Norza ini akan diterima kerana dia adalah penjilat Khairy No 1.

Inilah senario yang jelas terdengar dalam formulasi untuk mengadakan perubahan palsu dalam UMNO. Kami dimaklumkan bahawa Pemuda UMNO akan dijadikan jentera untuk mengambil balik negeri-negeri yang sudah terlepas. Pemuda UMNO akan menjadi jentera untuk terus menipu dengan perubahan kononnya menantu Pak Lah tidak akan memegang jawatan lain selain untuk menumpukan peranan sebagai ahli parlimen.

Apa pun, menantu Pak Lah akan terus berada di situ dan Pak Lah akan terus terikat dengan idea usang menantu itu. Perubahan dalam UMNO seperti yang di gembar gembur adalah dengan pemupusan menantu dan bapak mertua ini.

Tanpa itu UMNO akan terus berkubur. Semangat anti khairy akan terus memburu dia dan rakan-rakan dia. Nyah ko menantu Pak Lah dari bumi bertuah Malaysia.

Mar 16, 2008

Rakan menantu Khairy turut kritik

antikhairy

Insiden baru
- rakan baik menantu Pak Lah mula hentam menantu Pak Lah itu dan menyifatkan politik menantu Pak Lah adalah punca kekalahan UMNO. Rakan baik menantu Pak Lah itu, yang selama ini memuji menantu Pak Lah kini bersuara secara senyap untuk mengeji menantu Pak Lah yang disifatkan tidak mempunyai sifat setia kawan malah hanya rakus menentukan politik sendiri.

Rakan baik menantu Pak Lah itu turut mengkritik Pak Lah sebagai orang yang sentiasa mendengar nasihat menantu. Kesombongan menantu Pak Lah inilah yang menyebabkan orang UMNO mual dan menolak menantu Pak Lah. Rakan menantu itu juga percaya menantu Pak Lah ini akan terus menyebabkan ahli UMNO lain khususnya Pemuda menjauhkan diri dari UMNO.

Menantu Pak Lah ini, sekarang cukup malu dengan kedudukan UMNO dan persembahannya di Rembau. Apa pun bagi Chegu Bard, menantu Pak Lah itu tahu, beliau sebenarnya tewas dan beliau akan terus gagal mendapatkan sokongan UMNO Negeri Sembilan khususnya Rembau. Menurut rakan menantu itu lagi, UMNO Rembau sendiri akan bergolak dan menantu ini akan terus ditolak kerana sikap angkuhnya. Antikhairy akan mendedahkan siapa rakan menantu itu yang kini mengkritik menantu itu - cuba teka dahulu?

Feb 23, 2008

Rembau menanti Menantu Pak Lah

antikhairy.blogspot
Rembau sudah siap sedia menanti anak kelahiran Kuwait yang mengaku Pejuang Melayu. Ini bukan soal sokongan terhadap Badrul Hisham yang di ramalkan berdepan dengan menantu Pak Lah. Ini adalah persoalan menghalang menantu Pak Lah buka kerajaan baru - Kerajaan Khairy Jamaluddin

Feb 20, 2008

AMARAN BUAT MALAYSIA


antikhairy

Selepas pilihan raya ini maka kita akan saksikan pembentukan kerajaan baru. Kalau dahulu pilihan raya ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Barisan Nasional tetapi kali ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Khairy dan sekutunya memerintah Malaysia. Kerajaan Baru ini akan terdiri dari kroni-kroni Khairy Jamaluddin dan UMNO patut sedar bahawa keadaan ini pasti akan berlaku.

Pilihan raya ini akan menyaksikan ramai orang Khairy yang akan bertanding dan akan membentuk kepimpinan baru di peringkat bahagian kelak. Ini sebenarnya menjurus kepada pembentukan kerajaan baru yang akan dipimpin oleh orang-orang Khairy.

Percayalah orang-orang Khairy akan menjadi mata dan telinga beliau di setiap negeri dan akan mengambil alih kepimpinan daripada pemimpin yang sedia ada. Inilah yang akan membentuk kerajaan baru Khairy Jamaluddin yang sebenarnya tidak akan membawa apa-apa manfaat selain dari kuasa yang ada dibolot oleh Khairy dalam perancangannya untuk mengambil alih Malaysia.

Orang UMNO perlu sedar sekarang bahawa banyak wakil rakyat akan dibolot oleh orang-orang Khairy dan mereka akan mempunyai kuasa di setiap bahagian kelak. Mereka akan jadi penentu untuk Khairy menjual negara kita ini.

Kita dari UMNO perlu sedar kebinasaan yang akan berlaku kelak. Jalannya mudah – kita kena pastikan kalau Khairy bertanding – kita terpaksa berusaha mengalahkan beliau. Kita tidak mahu kerajaan baru khususnya kerajaan dalam kerajaan.

Malaysia sebenarnya dalam keadaan bahaya kalau membiarkan Khairy terus menerus bebas menyediakan kerajaa baru beliau – kerajaan dalam kerajaan dan ini MEMBUNUH kita sebagai rakyat Malaysia.

Posting terkini

Blog Archive