marhaen.org
Laporan akhbar menyebut banyak NGO menyeru Melayu bersatu selepas UMNO kalah dalam PRU-12 lalu atas nama Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM). Beberapa NGO disebut dalam akhbar utusan Malaysia yang mendukung BBPM iaitu, PEKIDA, PPIM, GPMS, DPMM dan GAPENA. Wajah-wajah perpaduan melayu di sebalik BBPM ini ialah seperti berikut:
Imej Atas :
PEKIDA antara NGO yang bergabung dalam Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) selepas kegagalan UMNO dalam PRU 12 – Rujuk Akhbar 21/03/2007.
Lelaki berbaju putih sebelah Khairy ialah Paduka Ayahanda Penasihat Putrajaya (PEKIDA PUTRAJAYA).
Semua orang cerdik dan bermaklumat kenal siapa Khairy.
Imej Atas:
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) juga dilapor mendokong BBPM yang menyeru perpaduan melayu selepas kekalahan UMNO dalam PRU 12 2008.
Gambar menunjukkan presiden GPMS Reezal Merican bersama Adnan Mansor Setiausaha Agung UMNO/BN yang dilantik Pak Lah apabila Radzhi Sheikh Ahmad letak jawatan selepas kekalahan dan kelalutan UMNO dalam PRU 12 2008.
Semua orang cerdik dan bermaklumat kenal siapa Adnan Mansor. Terutama kes buku 50 dalil DS Anwar Ibrahim tak boleh jadi PM. Adnan juga disebut dalam video V.K.Lingam.
IMej Atas:
Selain PEKIDA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga antara pendokong BBPM. Gambar (1) ialah Mesyuarat Agug Tahunan anjuran PPIM – PRESMA. PRESMA ialah Pengusaha Restoran Muslim Malaysia.
Gambar (2) ialah sebahagian dari PRESMA dalam mensyuarat agung berkenaan.
Peniaga-peniaga restoran dari Kelantan menjalankan perniagaan makanan diseluruh Malaysia. Boleh dikatakan 100% muslim. Mereka kebanyakkan berusaha sendiri. Jatuh bangun dalam perniagaan ditanggung sendiri. Mereka tidak meminta simpati menteri UMNO.
Imej Atas:
Selain dari PEKIDA dan PPIM, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia juga mendokong BBPM yang menyeru perpaduan melayu selepas kekalahan UMNO dalam PRU12. Sehingga menghancurkan UMNO. Presiden DPMM juga adalah Pengerusia DPPMM Pulau Pinang. Presiden terdahulu adalah dari Kelantan dan Trengganu.
Imej Atas:
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) baru di tubuh oleh kerajaan senget sebelah Islam Hadhari Pak Lah. Gabem diistihar oleh Najib Razak sebagai sayap UMNO.
Seperti di ketahui Pengerusi GABEM adalah manusia yang terlibat dengan fitnah DS Anwar Ibrahim. Rupanya Reezal Merican juga ahli Ex-Officio GABEM.
Sungguh pandai niaga mereka berdua ini.
Imej Atas:
(UMNOputra) :
Azeez Abd. Rahim – Presiden Putera UMNO, Rizal Merican dan Khairy Jamaluddin. Rizal Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
UMNOPutra dikata sangat berpengaruh di Putrajaya terutama hal-hal yang melibatkan wang Negara.
Reezal Merican adalah juga setiausaha politik kementerian kewangan I (Pak Lah).
IMej Atas:
Sebelum jadi MP, 2008, Beliau dilantik senator sejak zaman Mahathir fitnah Anwar Ibrahim. Masaalah beliau seperti didedah dalam laman web Malaysia today.
IMej Atas:
Tan Sri Hassan Marican
Presiden dan CEO PETRONAS. PETRONAS menjadi senjata ampuh UMNO untuk melumpuhkan kerajaan Trengganu waktu di perintah PAS. Duit Royalti jadi wang ehsan. Inilah wajah Presiden dan CEO nya. PETRONAS dilapor untung berbillion ringgit. PETRONAS juga tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan Kelantan untuk menaikan gas/minyak ke pantai Kelantan. PETRONAS lebih rela berkerjasama dengan kerajaan Thailand yang membunuh orang-orang islam selatan Thai dalam bulan puasa suatu masa dulu.
Imej Atas:
Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin
Antara penerima AP terbanyak seperti dibentang oleh Rafidah Aziz. Ada laporan akhbar pernah menyebut NAZA mengatakan NAZA-KIA adalah kereta NASIONAL.
Ketika itu kempen patriotisme rancak berjalan kerana ekonomi Negara teruk dan kempen beli kereta nasional – Proton juga rancak. Kenapa mengaku NAZA-KIA kereta Nasional. Orang semua tahu KIA kereta korea.
Imej Atas:
Semua orang kenal siapa ZAM. Putar belit no.1 negara melalui Kementerian Penerangan Malaysia. Banyak filem hindustan diputar masa kekuasaanya.
Tak keterlaluan disebut beliau juga adalah penyumbang terbenamnya UMNO dalam PRU 12 2008.
Imej Atas:
Kini bukan minister lagi. Kalah di Lembah Pantai dengan Nurul Izzah Anwar dalam PRU 12 2008.
Dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri. Apa yang nak diambil nasihat tidak diketahui.
Apa hebat sangat yang ada pada beliau sehingga layak untuk memberi nasihat kepada Perdana Menteri ?
Imej Atas:
ekas Perdana Menteri Malaysia yang memerintah Malaysia 22 tahun. Memecat DS Anwar Ibrahim yang mana terlibat sama ialah Tengku Adnan Mansor/Rahim Tamby Chik dan ramai lagi.
Adakah kronisme/nepotisme yang disebut DS Anwar Ibrahim tidak ada kaitan dengan semua ini?
Imej Atas:
Ghani Patail adalah Pendakwa kes fitnah ke atas DS Anwar Ibrahim. Dia ini juga menegur Sultan Trengganu atas kelewatan perlantikan Menteri Besar selepas kekalahan besar-besaran UMNO dalam PRU 12 2008 lalu.
Tan Sri Haidar Pengerusi Suruhanjaya Di raja siasat video V.K.Lingam. Adnan Mansor dan Mahathir di panggil soal jawab tetapi DS Anwar Ibrahim tidak dipanggil oleh suruhanjaya dipengerusi beliau. DS Anwar Ibrahim tidak percaya Tan Sri Haidar ini kerana beliau mempunyai kepentingan.
Sejarah menunjukkan Dewan Perniagaan Melayu Kelantan (DPMKelantan) ada pelopor kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). DPMKelantan ditubuh 1938. Sebelum merdeka lagi. Oleh yang demikian, awal-awal penubuhan badan-badan korporat di Malaysia kebanyakannya diisi oleh tokoh-tokoh dari Negeri Kelantan. Tokoh-tokoh ini tidak menggunakan UMNO tetapi UMNO menggunakan mereka. Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku.
Kalau betul ingin bersatu dan bantu-membantu atas nama Melayu dan Islam, Kelantanlah tempat yang sepatutnya. Fikirlah Melayu!!
Muramatsu
United Kingdom
BACA JUGA : Barisan Bertindak Perpaduan Melayu memang hebat!
Dan bila DEB di mansuhkan, kononnya Melayu marah tapi ....
Mar 22, 2008
WAJAH-WAJAH HEBAT PERPADUAN MELAYU?
Labels: Penang Mamak
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Mar 21, 2008
What is going on in Penang?
After looking through this blog, I am asking myself who is trying to sabotage the good will of Penang?
Look, Penang has been under BN for quite some time and just when the people have chosen DAP to lead the State, it has caused instability within the State. I am not saying that someone within DAP is trying to sabotage the good will of the party but someone else who has nothing to do with DAP at all.
Right from the beginning when it was declared that DAP won Penang State, it caused an outcry within BN particularly within UMNO because Penang is a very important State to them. This is because most of the tax would derive form Penang apart from the Federal State. BN has lost in Selangor and Kuala Lumpur to the opposition. With the loss of Penang, it is just adding salt to a wound. That is pretty bad, isn't it? True.
We do see on the newspaper that Lim Guan Eng, who is the Chief Minister of Penang, had constantly under fire from BN who is now the opposition party in Penang. I think Lim Guan Eng will do a fine job in maintaining the stability of Penang and not only that, he will be able to do wonders. Just give him some time. In fact, we can see that there are some progress to improve Penang already. Keep up the good work Lim Guan Eng!!!
Labels: Penang Mamak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
