kudakepang - (...) Itu yang Musa Hitam minta orang UMNO hayati. Ciri-ciri, sikap, semangat dan nilai-nilai itu yang perlu dihayati sepanjang masa dalam perjuangan.
Bukan macam hari ini. Masuk UMNO, bayar satu ringgit, dah mula minta lesen kontrektor kelas F. Kejar YB sana, kejar YB sini. Lepas tu beli kayu golf untuk gesel bahu dengan DO, SU Majlis Daerah atau Engineer JKR.
Dah dapat duit, bertanding AJK (UMNO) guna duit (hasil kerja-kerja) kontrek. (Bertanding) main politik wang. Tabur sana, tabur sini. Bila menang, sibuk nak cari banyak lagi duit kerana tiga tahun lagi nak guna (banyak lagi) duit (untuk) beli undi, mungkin untuk tanding Ketua Pemuda, Naib Ketua, Timbalan Ketua atau Ketua Bahagian.
Ini yang bikin UMNO rosak. UMNO digunakan sebagai sijil atau ijazah untuk cari wang dan lepas (berada) dalam UMNO, main politik wang untuk dapat jawatan. (Individu seperti ini) sapa saja dia langgar kerana dia ingat duit dia lebih besar dari kesetiakawanan, permuafakatan atau kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.
Kesan gandaan kepada sikap bulldozer macam ni yang bikin UMNO ranap, punah, ranah. Tak cukup duit sendiri, duit towkey babi pun dia orang sapu.
Sebab tu macam (kontroversi) kes (ternakan) babi di Selangor yang tengah kecoh waktu ni, salah seorang shareholders syarikat ternak babi itu (dipercayai) adalah bekas YB UMNO. Apa nak jadi? Tak percaya, pergilah cari sapa bekas YB UMNO di kawasan Morib tu. Tanya dia, betul tak dia ada saham dalam syarikat ternak babi?
Pasal apa dia sampai sesat macam tu? Pasal nak duit. Untuk apa? Pasal dia nak guna duit untuk kekalkan kedudukan dan kuasanya. Sekarang? Dengan kuasa ALLAH SWT, terlingkup dia. more...
Apr 22, 2008
Kontroversi Ternakan Babi Dan UMNO Parti Kampung
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 21, 2008
Babi berdemo.....opssss berdemo babi di MD Kuala Langat
Cubaan koyak poster oleh UMNO cara Samseng. POLIS JADI TERUS JATUH BODOH ... takut dengan orang UMNO.
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Apr 20, 2008
ISU BABI DI SELANGOR
kamera-bebas.blogspot. - Isu Projek Ternakan Babi Moden adalah Isu Tertangguh yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Barisan Nasional, didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pimpinan YB Dato’Seri Khir Royo pada 30 Jan 2008 yang lalu.
Terdapat 132 Ladang Babi berselerak meliputi 475 ekar dengan 257,521 ekor babi yang membekalkan 3,000 ekor atau 300 tan sehari kepada pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Penternakan cara tradisional ini menimbulkan banyak masalah dari segi pencemaran air, wabak penyakit, pencemaran alam sekitar dan kerosakan nilai-nilai estetika di kawasan-kawasan persekitaran lading penternakan tersebut.
Kaedah Pengurusan Barisan Nasional yang diamalkan terdahulu kurang berkesan didalam menangani masalah-masalah ini terutamanya dari segi penyeliaan dan pengawalan oleh Pihak Penguatkuasaan.
SEBAB-SEBAB PERLAKSANAAN
Projek ternakan Babi secara moden ini dilaksanakan bagi menghimpunkan kesemua aktiviti penternakan babi yang berselerak di Negeri Selangor. Cara ini memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan dari segi :
Penyebaran wabak Penyakit JE ( Japanesse Encephalitis ) dan Virus Nipah
Pencemaran air, sungai, laut dan udara
Penyerapan air kumbahan bawah tanah
Ladang-ladang Haram yang didirikan tanpa lessen
Kawasan ini di pilih kerana :
Dimiliki oleh pengusaha persendirian
Merupakan kawasan ladang terbesar di Negeri Selangor
Kawasan hiliran bukan punca sumber air minuman
Kawasan majority terbesar penduduk Cina more...
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO DAN BABI ... mana yang perlu dieksport?
UMNO DAN BABI ... mana yang perlu dieksport?
CHINA BELI BABI MALAYSIA
Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut.
Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.
dan serangan itu, secepat kilat dipintas oleh MB Selangor dengan kenyataan berikut,
Selangor tidak berhasrat jadi pengesport babi, kata Khalid IbrahimHakikat sebenar, Babi adalah jelas haram. Dah diajar sejak kecil dan sekarang pun kalau melintas lori membawa babi, boleh muntah dibuatnya. Tapi berlainan dengan maksiat, sosial, aurat, rasuah, todi@arak dan judi.
"Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan," katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan Selangor berminat atau tidak mengeksport babi ke negara China.
Bukan jenerasi muda sahaja mahu mencuba, malah pemimpin pun masih terus lakukannya. Itu mentaliti rakyat Malaysia yang berbudaya dan dididik untuk terima sebahagian besar dari benda haram untuk jadikan budaya. Diharam, tapi tak jelas. Mufti kata lain, UMNO kata lain. Akhirnya rakyat keliru. Bila tanya joget boleh ke? Boleh kot. Bila tanya nyanyi boleh ke? Haram tapi boleh. Bila tanya pegang tangan bukan muhrim boleh ke? Haram tapi menteri pun buat. Tanya lagi, pemimpin tak rasuah ke? Tak buat ..... itu komisyen dan bukan rasuah. UMNO tak rasuah ke? Tak mereka cuma berpolitik wang. Keliru dengan istilah. Istilah yang direka untuk halalkan yang haram.
Maka dengan babi kita muntah, dengan maksiat dan benda haram lain, air liur meleleh dan menjejeh jejeh kerana teringin sangat nak lakukan. Pemimpin islam buat, kita pun buat. Tak dapat banyak sikit pun jadi.
Semuanya berpunca dari bentuk dan contoh kepimpinan. Kurangnya larangan, lemah penguatkuasaan dan melencongnya sistem pendidikan. Tukar istilah untuk halalkan yang haram. Maka selama 50 tahun lebih memerintah. Kejayaannya UMNO adalah hanya haramkan BABI. BABI kekal haram sampai hari ini. Tiada istilah berubah. Yang lain, tak berjaya kerana rakyat tak perasan dan pemimpin pun tak ambil peduli.
Sentuh sini, yang lain bising. Sentuh itu, yang sana bising. Maka lebih baik diamkan sahaja untuk terus ada kuasa. Itulah kaedah kepimpinan pemimpin UMNO. Sehingga ada yang fikir, BABI itu haram, tapi duit BABI itu ...... halal kot? Ada pemimpin pun yang tunjuk ibu jari dalam kandang babi kerana ibu jari permulaan bagi ibu segala duit. Dan bila kuasa pindah, mereka berontak meraban raban.
So.....babi, bukan lah ancaman kepada orang Islam. Tidak melencongkan akidah ataupun merosakkan Islam. Kalau hendak dibandingkan UMNO dan BABI, UMNO lebih bahaya kerana tidak jalankan amanah selama memerintah. Babi tak kesah. Makan, minum, beranak dan cukup masa di cucuk leher dan di salai. Babi tak kacau sesiapapun kecuali tabiat binatang yang tiada akal fikiran, najisnya bertabur dan manusia yang sepatutnya kawal. Tapi UMNO selama ini ..... diamkan.
Jadi kalau kita diberikan pilihan, manakah yang perlu dieksport? Babi atau UMNO?
Di Selangor, RM100 juta untuk ternak babi TAPI tak cukup untuk bela UMNO. Kalau negara Cina berhasrat sangat untuk beli barangan Selangor, kita usulkan sahaja UMNO dan bukannya babi. Kalau negara Cina, susah nak bela UMNO, buatkan kandang moden. Di malaysia, kami tak mampu. Besar mana saiz Malaysia, UMNO mahukan kandang sebesar itu.
Ada mentaliti orang UMNO yang beranggapan, kalau tak der UMNO, melayu tak maju, tiada UMNO tiada jalanraya. So....kepada warga UMNO, inilah masa untuk buktikan. Majukan negara Cina dengan sistem jalanraya yang bertol sana sini dan majukan Cina dengan sistem pendidikan kamu.
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Apr 19, 2008
Selangor tidak berhasrat jadi pengesport babi - Khalid Ibrahim
harakahdaily- Kerajaan negeri Selangor tidak berminat untuk mengeksport babi ke luar negara termasuk China kata, Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katanya, ini kerana tujuan kerajaan mewujudkan pusat babi yang besar di Selangor adalah untuk memberi fokus kepada penternak di seluruh Selangor menjalankan kegiatan mereka hanya di satu tempat."Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan," katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan Selangor berminat atau tidak mengeksport babi ke negara China.
Beliau yang bercakap kepada media dalam Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan raya Penunggang Motosikal dan Pemilikian Lesen memandu B2 (Motosikal) di Dataran Shah Alam, Selangor hari ini berkata, pembinaan pusat babi yang terletak di Sepang itu adalah salah satu tanggung jawab sosial kerajaan negeri.
Ini katanya, semua kaum berhak untuk menjalankan operasi budaya dan sosial mereka.
"Tugas kami adalah memberikan peruntukkan tetapi ia terhad kepada kaum yang memerlukan saja," katanya.
Katanya, sekalipun ada permintaan yang tinggi terhadap babi mereka boleh membeli di banyak lagi negara lain yang menternak binatang tersebut.
Sementara itu, sebuah akhbar tempatan hari ini dipetik, sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport babi ke negaranya.
Tan Sri Khalid berkata, Selangor berminat mengusahakan benda lain dengan mengikut 'economy of skill'.
"Jika kita hendak mengembangkan sektor penternakan babi ia memerlukan tanah yang luas.
"Tetapi kerajaan Selangor tidak akan memberi tanah lebih daripada apa yang kita rancangkan," katanya sambil berkata keluasan tanah tersebut adalah 400 ekar. more...
Rujukan berita:China beli babi Malaysia
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Protesters angry over Selangor’s plan for pig-rearing centre in Ladang Tumbuk
Star - Two groups of protesters caused a commotion in front of the Kuala Langat district council office here yesterday over the Selangor Government’s plan to set up a centralised pig-farming project in Ladang Tumbuk near the district’s border with Sepang.For (left): A banner outside the Kuala Langat District
Council expressing support for the project in Banting.
Some 100 people gathered there at 3.15pm and started arguing, but the police and the council’s enforcement officers managed to calm down the two groups, who were from Umno and Pakatan Rakyat.
Kuala Langat district police chief Supt Muhammad Radzi Ishak said the protesters dispersed half an hour later without any untoward incident and no one was arrested.
The largest group of protesters, numbering about 90, was led by Sepang Umno division information chief Nisman Yusof, who held prayers, hoping the state government would change its mind and stop the project.
Wearing green and orange T-shirts, the protesters also showed their annoyance by putting up banners proclaiming that the people of Sepang were against pig-breeding centre in their area.
Wearing green and orange T-shirts, the protesters also showed their annoyance by putting up banners proclaiming that the people of Sepang were against pig-breeding centre in their area.
The banners also showed caricatures of the coalition partners of the Pakatan Rakyat Selangor government.
The other group of about 10 supporters of Pakatan Rakyat was for the project and put up a banner featuring Barisan’s Tanjung Sepat assemblyman Datuk Dr Karim Mansor showing a thumbs-up sign at a pig farm in Germany with the words Saya sokong (I agree).
A banner hitting out at DAP, PKR and PAS for supporting the project.
The Umno supporters tried to tear down the banners. Dr Karim opposes the project.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim recently announced that the controversial RM100mil integrated pig-rearing project, which he said was approved by the former Barisan state government led by Datuk Seri Dr Khir Toyo, would proceed.
No2umnO - Bapak polisi? Tak mau tangkap ka? Macamana gua mau respect sama polis kalau ini macam ..... Haiyoooo polis makin haprak lagi .....
Labels: Isu Babi Selangor, Star
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Apr 18, 2008
Noh Omar's Silly Statement...
enarip - UMNO should organize some communication (or what most will call "PR") classes for their top layer...
Tanjung Karang's Noh Omar was speaking to reporters about the controversial pig farming project in Selangor last week:
Check out his words in the following vid: (he appears about 2.5 minutes into the vid)
"Ini hadiah pertama lah... Hadiah dan anugerah yang pertama lah, yang diberi oleh kerajaan Selangor, kepada rakyat Selangor... yang errr... dalam pilihanraya lepas, errr yang menyokong parti pembangkang... yang hendakkan pembaharuan... maka inilah pembaharuan yang dibuat." more...
Labels: Belit Noh Omar, Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 17, 2008
Debat babi.... selesai kekalutan dedah hipokrasi Umno
Chegubard - Tiba tiba kalut cerita 'Babi' di Selangor... populariti 'isu babi' kali ini nampaknya memungkinkan gelaran nakal Darul Khinzir dari Negeri Sembilan ke Selangor.
Apa sebenar isu babi ini...? Isu ini menjadi panas apabila ia ditunggang sebagai isu politik oleh Umno Selangor. Muka depan Utusan Malaysia yang menyiarkan 3 ekor babi yang dilabel PKR, PAS dan DAP begitu menarik perhatian ramai untuk terus memperkatakan isu babi ini.
Keseronokan Umno Selangor menunggang 'isu babi' ini tersentak tiba tiba dengan pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng yang mendedahkan mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.
Gambar di atas mungkin boleh mendedahkan fakta sebenar hipokrasi Umno. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor. Lawatan itu juga dilaporkan melibatkan ketua - ketua kampung 'Umno' yang turut terlibat dalam tunjukperasaan baru baru ini. Mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands). more...
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 16, 2008
Sejuta risalah jelas kontroversi babi
Malaysiakini - Sejuta risalah bercetak akan diedarkan di Selangor, dan beberapa negeri lain, bagi menjelaskan kontroversi projek ladang babi di negeri itu.
Wakil-wakil rakyat bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu beranggapan liputan media baru-baru ini negatif kepada pembangkang dan perlu dijawab dengan berkesan, satu sumber PKR memberitahu Malaysiakini.
Cadangan menerbitkan risalah tersebut diputuskan dalam pertemuan wakil-wakil rakyat parti itu hujung minggu lalu.
Risalah itu kini masih di peringkat draf dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Maklumat yang akan dimuatkan, antaranya, termasuklah yang diperolehi daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) seperti keperluan daging haiwan itu di Selangor dan analisis kewangan projek tersebut.
"Kalau kita tengok analisis kewangan itu, memang jelas tiada wang kerajaan negeri dikeluarkan untuk projek itu," kata sumber itu, yang juga seorang wakil rakyat.
"Ia melibatkan usahasama dengan penternak sendiri, mungkin dalam bentuk koperasi," tambahnya. more...
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mempolimekkan isu babi sampai ke tahap memualkan
perantaukite - Mempolimekkan isu babi sampai ke tahap memualkan, perbahasan diambil daripada pucuk pimpinan UMNo atas sehingga ke orang kampung turut 'bercakap' sehingga menampakkan UMNO BN adalah sebagai juara. Agenda utama bagi mereka yang penting adalah bermatlamat untuk dapat capai kepuasan iaitu puashati pimpinan UMNO kerana merasa sahaja menang dalam berhujah dan mempertahankan hujah bahawa babi sejak mereka tiada kuasa, bagi menampakkan tidak diperlukan setakat hari ini inilah hempas pulas hujah mereka. Kini sampai merentasi Kementerian Pelancongan bawah azlina pula.
Apalah sangat, jika mahu diremehkan , berbanding dengan 'gadaian' projek mega selama 99 tahun projek WPI kepada pelabur. Jika disorot dan imbas babi tidak patriotsme Melayu kahdengan Islam kah ? , Projek mega WPI itu memberi impak jati diri patriotisme kepada negara kah ? Kedua-dua isu ini mempunyai dan memberi nilai pulangan ekonomi kepada negara.
Berbalik dengan isu pencemaran najis babi jika tidak diurus betul akan jejaskan alam sekitar buat selama-lamanya khasnya di Sepang. manakala WPI pencemaran budaya bangsa hasil percampuran budaya liar cukup memunahkan akal budi budaya bangsa yang diteraskan dalam PPIP Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini apa yang mahu diperkasakan lagi ? more...
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?
harakahdaily - Menurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam..
Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun,� ujarnya.
Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut. more...
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Modern pig farm will have 800m buffer
Sun2surf - The Selangor Government has assured the people that the RM340 million modern pig farming facility in Ladang Tumbuk in Kuala Langat, Selangor, will not pose an environmental problem as it will have an 800-meter buffer from the nearest village.
Obviously addressing concerns by some villagers over the project, which he said was being politicised, State executive councillor Yaakob Sapari told reporters that Ladang Tumbuk is the most suitable location for the project because:
> It is the most polluted and largest pig farming area in the state;
> The land is owned by local pig farmers;
> The land situated at the downstream of the state, where the water source is not tapped for consumption;
> The place is a predominantly Chinese area.
He said the state government will not spend a sen on the project as the cost will be entirely borne by the pig farmers and private investors.|
Giving a breakdown, he said land acqusition of 337 acres will cost RM40 million; the construction of biogas container RM100 million; construction of enclosed farm RM150 million and technology transfer (from Germany) RM50 million.
Speaking to reporters after a briefing for Pakatan Rakyat state assemblymen yesterday, Yaakob said the state will only allow the rearing of 250,000 pigs in the modern pig farm for consumption by Selangorians only as there are 1,366,000 Chinese in the state.
He said farmers will be charged a levy of RM45 for every pig slaughtered in the facility. Of the amount, 30% will go to the pig farmer investors and 70% will go to the company that runs the farm.
He said there are 132 pig farms in the state now, with 257,521 pigs valued at RM125 million.
Yaakob warned Tanjung Sepat (Umno) assemblyman Datuk Dr Abdul Karim Mansor, who he said had initially agreed to the project and is now against it, not to politicise the issue.
"We have photos showing that he visited modern pig farms in Germany and Holland and (showing) his thumb-up and if he continues to do so, we will release more of these photos," he said.
To a question, Yaakob said the project will take about a year to complete and all pig farmers in the area have agreed on the relocation.
He however declined to say who the investor is.
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
S’gor gov’t reveals photos. Da Man is DKM!
Dr Karim Mansor posing next to a pig-pen with a thumbs-up sign while in Germany.
Selangortoday - Selangor EXCO member, Yaakob Sapari hoped the photograph would put to rest claims by Umno members that they had been against the project.
“We hope that he would stop politicising the matter from now on,” said Yaakob, after chairing a briefing on the project of Pakatan Rakyat elected representatives in Kuala Lumpur and Selangor.
Karim and former menteri besar Dr Mohd Khir Toyo were among the staunchest critics of the project which the present state government had claimed was approved by its predecessor.
Following revelations from a MCA politician, Dr Lee Chong Meng, Karim admitted that he was involved in a study tour to several countries including Germany to study modern pig-farming systems.
Previously, Karim had told Utusan Malaysia on April 7 that the project would cause problems because the Malay-Muslim majority district of Kuala Langat will look like a pig-farming district.
No2umnO - Famous lah dr babi ni. Lepas ni tak payah lah buat kandang babi lagi. Kalau letak muka kat TIN daging babi pun boleh kaya. Apa bezanya, kalau RM50.00 seekor dengan RM1.00 satu tin. Seekor babi boleh hasilkan 50 tin. Maknanya seekor pun boleh dapat RM50.00 dan kalau sebulan jualan berjumlah 12.5 juta tin ....keuntungan pun berjumlah RM12.5 juta. Boleh beli tanah, beli rumah, beli keto bosa, bini bosa.
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SEPANDAI-PANDAI BABI MELOMPAT !
![[bc65f83c098db85c6d3763e6f76f9755.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsAM2qnJnTv2Hy45LeXv_HLTQJxj9OhkTQKOh1AZdag-Xwfra32J0PtrZwPIow3CuvkiJuo3VC0pYtBOp8qN3ZD-XnqK6rJ0YnODa2GD6LhVp1ZVVcfJz_MDerdNBKWnM6m2mRCpXdysI/s1600/bc65f83c098db85c6d3763e6f76f9755.jpg)
(Gambar Malaysiakini: Karim Mansor menunjukkan
isyarat 'bagus' di sebelah kandang babi di Jerman)
Oleh: jingoza
Kebelakangan ini kisah makhluk yang haram dimakan orang Islam jadi topik hangat,yang pada mula cuba diekploitasikan Umno/BN untuk memburuk-burukkan kerajaan PR Selangor tiba-tiba terbongkar segala kebejatan dan penipuan fakta bila ahli seangkatan Barisan Nasional mendedahkan kisah sebenar.
Di sebalik kelicikkan Khir Toyo memutarbelitkan fakta dengan berbagai helah memalukan diri sendiri bila kisah sebenar terdedah, tidak ada pula tuduhan pada pembangkang seperti dulu yang selalu saja Khir lemparkan sebagai fitnah ! Kini 'rakan seperjuangan' dalam Barisan Nasional mengisahkan kisah benar,tidak ada lagi dalil atau apasaja hujah yang boleh mengubah fakta tersebut,munafiknya orang seperti bekas SETPOL Khir bernama Karim Mansor dengan 'syarikat joint-venture'nya juga ketua kampung Ladang Tumbuk iaitu Mohd Tarmudi Tushiran yang sama-sama mengekor rombongan ke Jerman untuk mengkaji teknologi yang digunakan menternak babi disana ,tapi ketua kampung yang Umno ini jugalah yang mengetuai para demonstrasi di depan Bangunan SUK Selangor yang kini menentang ,konon kerajaan PR punya angkara, dimanakah akhlak dan pekerti manusia seperti ini? more...
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UTUSAN UBAH ANGIN?
Babi: Usah ikut perasaan
Oleh AU YEONG HOW
Utusanloya - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menyifatkan isu projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang telah dipolitikkan.
Menurut beliau, bantahan terus dibuat walaupun projek tersebut masih dalam peringkat kajian dan belum diuji sepenuhnya di negara ini.
Dan katanye lagi
Sambil menegaskan pandangannya itu tidak bermakna dia menyetujui projek itu, Abdul Latiff berkata, pengendali projek tersebut perlu diberi peluang membuktikan teknologi ternakan babi di Jerman juga dapat digunakan di negara ini.
''Saya tak kata saya setuju. Buktikan sistem itu turut boleh digunakan di sini. Maknanya, ia adalah mesra alam dan tidak mendatangkan penyakit,'' ujarnya. more...
Dan satu lagi berita hari ini, lembut isinya, tapi tajuknya kurang ajar.
UMNO tentang, Pas sokong
''Saya juga gembira kerana orang Pas menyokong supaya ladang-ladang babi di Selangor yang menyebabkan pencemaran dipindahkan ke pusat setempat yang moden," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada puluhan ribu penyokong Pas yang membanjiri Stadium Perak di sini malam tadi. - UtusanlauyaNo2umnO - berita yang sedikit cintan dan bollywood melodinya.......tak menghentam. dan baru hari ini disiarkan.. Ada yang sudah perasan batu terkena kepala kawan apabila...... kenyataan Dr. Lee MCA dan juga pendedahan Gambar babi tunjuk signal 'good' kat kandangnya. Lepas ni kalau UMNO celupat lagi .... dedahkan syarikat dan pengarahnya... Pada UMNO yang dah tahu tu....berhimpun lah lagi di depan SUK. Polis gerenti bagi PERMIT punye. Jangan lupa bawak sekali poster babi 3 ekor.
Labels: Belit media, Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dr. Karim nak saman Oriental - katanye
Utusanloya - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor menafikan beliau terlibat dengan syarikat yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan ladang penternakan babi di Kuala Langat.
Menurutnya, beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar Oriental Daily jika terdapat unsur fitnah terhadapnya berhubung dakwaan itu.
Bagaimanapun ketika ini, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara akhbar berkenaan kerana mengerjakan umrah.
Dalam wawancara menerusi telefon dari Mekah, Dr. Karim berkata, semasa Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan negeri, semua urusan berhubung cadangan itu diketuai bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tang See Hang.
Menurutnya, beliau tidak tahu syarikat tempatan mana yang terbabit secara usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi.
''Ini kerana kertas cadangan projek ini dikemukakan sendiri oleh syarikat terbabit kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh See Hang.
"Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun mesyuarat Exco. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan," katanya. more...
NO2umnO - Nak saman Orientaldaily? Akhbar itu siarkan kenyataan calun MCA Bukit Bintang yakni, Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng aje. Kenapa tak saman Dr. Ayam tu? Peninnnnn ..... dah peninnnnn.
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 15, 2008
Karim Mansor made a U-turn
Ktemoc - (...) The Selangor state government today released photographs to prove that its Barisan Nasional predecessor had looked into the possibility of setting up a centralised pig farming project in Kuala Langat.State exco member Yaakob Sapari released the photograph which depicts Selangor Umno leader and Tanjung Sepat state assemblyperson Dr Karim Mansor posing next to a pig-pen with a thumbs-up sign while in Germany.
(image: Dr Karim at German's pig farm)
Yaakob said that he hoped the photograph would put to rest claims by Umno members that they had been against the project.
“We hope that he would stop politicising the matter from now on,” said Yaakob, after chairing a briefing on the project of Pakatan Rakyat elected representatives in Kuala Lumpur and Selangor.
Karim and former menteri besar Dr Mohd Khir Toyo were among the staunchest critics of the project which the present state government had claimed was approved by its predecessor. more...
Sebelum ini .... dia buat buat tak tau
Dr. Karim Mansor Nafi Terbabit Dengan Sebarang Syarikat Babi
selangordaily.
(...) "Saya tidak tahu syarikat mana yang terbabit dengan usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi ini. Semasa BN dulu, ini semua di bawah EXCO Datuk Tang See Hang. Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun Mesyuarat EXCO. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan."
Menurut Dr. Karim, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara Oriental Daily kerana berada di Mekah pada masa ini. Bagaimanapun beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika benar terdapat unsur fitnah ke atas dirinya.
Bercakap kepada mykmu.net sebentar tadi, beliau turut mengandaikan pembabitan syarikat bumiputera dengan pelabur Jerman dalam hal ini mungkin kerana dasar kerajaan yang mensyaratkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat usahama luar.
"Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Tapi saya fikir ia berhubung kait dengan syarat pelaburan asing. Dan saya percaya juga jika ada syarikat bumiputera ia pastinya di kalangan bumiputera bukan Islam." (more...)
Walaupun sebelum ini sudah ada saksi
Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?
Marhaen
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 6 comments
Kerajaan Selangor teliti dulu lokasi ternakan Babi sebelum laksanakan
Selangor akan meneliti secara terperinci sama ada untuk meneruskan lokasi projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang atau di kawasan lain negeri berkenaan.
Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, penelitian tersebut dibuat setelah kerajaan negeri menerima cadangan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu projek berkenaan dialihkan ke kawasan lain.
Katanya, keputusan untuk melaksanakan projek berkenaan masih belum dibuat kerana kerajaan negeri, ketika ini sedang mengkaji keperluan tertentu yang membolehkan lokasi projek berkenaan diubah.Bagaimanapun status projek itu setakat ini, katanya, masih mengikut perancangan dan lokasi asal iaitu di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat.
Malah, beliau turut difahamkan projek berkenaan membabitkan peruntukan di bawah dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya daripada kerajaan negeri.
Meneliti "Saya akan fikir dan teliti segala cadangan daripada semua pihak mengenai projek ini. Tetapi kawasan sedia ada (Ladang Tumbuk) sememangnya telah menjadi ladang ternakan babi sejak dahulu lagi dan kita masih kekalkan keputusan projek ini.Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Parlimen Klang bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu di sini hari ini.
"Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita juga akan meneliti secara terperinci sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar yang mahu supaya kerajaan negeri memindahkan projek ternakan babi itu ke kawasan terpencil seperti Pulau Ketam. - Utusan
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 14, 2008
ZAINAL SAKOM TAK PERASAN RUPANYA?
![[dzas.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOKioeYISuNLqa-zQbNwDyb04rahwGGY2DMBkLQodkmr7k9ZE4Mhq88rHHuU-zchlTVwhCoUKWC5Wi5iyhMvyB2-FcqoTcT9sjVMWjjXM0yZexpiZMiQM-VOTcvD6T0r6SG6tnEMyywvYV/s220/dzas.jpg)
Mungkin beliau tidak sedar bahawa pada saat ini, UMNO sudah dipalitkan dengan usaha Babi di Selangor dan Dato Zainal Sakom terus cuba untuk membangkit isu kelulusan kerajaan baru terhadap penternakan Babi tersebut. Mengajak semua bangsa Melayu untuk bersatu untuk memertabatkan kembali penyatuan bangsa melayu. Artikel beliau,
“kita cuma hanya tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa.”Untuk rujukan beliau, sekiranya terpandang blog ini maka rujuk lah berita berita berikut untuk dijadikan pautan artikel beliau untuk masa akan datang. Waspada kerana lambat mendapat maklumat akan mencicirkan kita pada keadaan semasa.
zaisakom
Kini rangkap itu di selangor, di perak, apalagi di pulau pinang. Hakikatnya juga di wilayah persekutuan kuasa itu sudah tidak ada lagi dan kesannya Melayu sedang diperkuda oleh orang lain. Untuk memenuhi hajat dan cita-cita tersirat mereka. DEB suatu dasar yang sangat baik barangkali kecuaian berlaku oleh satu dua pemimpin dan sedikit kegagalan dalam sistem penyampaian telah dinafikan dan akan dihapuskan, sedang melayu itulah produk berjaya dari DEB tersebut.
Dengan membelakangkan Islam sebagai agama rasmi negara juga DYMM Sultan adalah ketua agama dan adat istiadat melayu, kebawah Duli sendiri tidak dirujuk dan didapatkan nasihat sebelum soal-soal sensitif seperti meluluskan tapak penternakan babi moden di Sepang, dimana semua rakyat maklum kawasan ini adalah kawasan penempatan melayu yang sepatutnya mendapat perlindungan dari pemimpin melayu, tapi malangnya pemimpin melayu yang mengetuai kerajaan negeri selangor layu dan melintuk terpaksa menurut kemahuan DAP. More...
Isu babi Selangor: Syarikat bumiputera, bekas Adun Umno terlibat
Babi is a good business
RUPA-RUPA UMNO DI BELAKANG PROJEK BABI
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Selangor cadang teliti semula lokasi ladang babi
Utusan.
(...) Bagaimanapun status projek itu setakat ini, katanya, masih mengikut perancangan dan lokasi asal iaitu di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat.
Malah, beliau turut difahamkan projek berkenaan membabitkan peruntukan di bawah dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya daripada kerajaan negeri.
"Saya akan fikir dan teliti segala cadangan daripada semua pihak mengenai projek ini. Tetapi kawasan sedia ada (Ladang Tumbuk) sememangnya telah menjadi ladang ternakan babi sejak dahulu lagi dan kita masih kekalkan keputusan projek ini.
"Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita juga akan meneliti secara terperinci sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Parlimen Klang bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu di sini hari ini.- Utusan
Labels: Isu Babi Selangor
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
