KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

Dr. Karim nak saman Oriental - katanye

dr karim mansor german pig farm visit 150408Utusanloya - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor menafikan beliau terlibat dengan syarikat yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan ladang penternakan babi di Kuala Langat.

Menurutnya, beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar Oriental Daily jika terdapat unsur fitnah terhadapnya berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun ketika ini, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara akhbar berkenaan kerana mengerjakan umrah.

Dalam wawancara menerusi telefon dari Mekah, Dr. Karim berkata, semasa Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan negeri, semua urusan berhubung cadangan itu diketuai bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tang See Hang.

Menurutnya, beliau tidak tahu syarikat tempatan mana yang terbabit secara usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi.

''Ini kerana kertas cadangan projek ini dikemukakan sendiri oleh syarikat terbabit kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh See Hang.

"Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun mesyuarat Exco. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan," katanya. more...

NO2umnO - Nak saman Orientaldaily? Akhbar itu siarkan kenyataan calun MCA Bukit Bintang yakni, Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng aje. Kenapa tak saman Dr. Ayam tu? Peninnnnn ..... dah peninnnnn.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive