KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

Kerajaan Kedah Akan Laksana Sendiri Projek Pelancongan

bernama - Kerajaan Kedah akan melaksanakan program pelancongannya sendiri setelah Kementerian Pelancongan membatalkan semua perancangan mengikut Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dibuat dengan kerajaan negeri sebelum pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Menteri Besar Azizan Abdul Razak berkata beliau akan mengarahkan Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji MoU tersebut yang mana surat penamatannya diterima baru-baru ini.

"Selepas ini kita akan rancang sendiri program pelancongan negeri. Lagipun kita mampu melaksanakannya kerana mempunyai peruntukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini mengumumkan semua MoU bagi melaksanakan projek pembangunan dengan kerajaan negeri yang dikuasai parti pembangkang ditamatkan. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive