KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

Dr Mahathir Kian Hampir Melakukan Hattrick

telaahpolitik
(...)
Sudah terpahat dalam sejarah Malaysia dan Umno khususnya, Dr Mahathir inilah yang pernah disingkirkan daripada parti, kemudiannya bukunya 'Malay Dilemma' pula diharamkan. Sebelumnya beliau telah kalah dalam pilihanraya di Kota Setar kerana menjadi seorang yang ultra-malay dalam kempen-kempennya. Beliau pernah merempat di pentas-pentas pembangkang khususnya PAS untuk bersuara. Pada ketika itu juga, beliau memohon simpati mahasiswa untuk membelanya sehingga bermulalah hubungan politiknya dengan Anwar Ibrahim. Kemudian beliau naik semula dalam pentas politik antaranya dengan sokongan kuat Dato' Harun Idris. Kesemua ini memperlihatkan betapa liciknya politik beliau sejak zaman mudanya lagi.

Kejatuhan Tunku Abdul Rahman dalam politik Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan kelicikan politik Dr Mahathir. Kekalahan Perikatan di beberapa buah negeri dalam PRU 1969 telah menyediakan ruang yang besar kepada Dr Mahathir untuk mengkritik Tunku habis-habisan berlarutan sehingga selepas Peristiwa 13 Mei. Asakan Dr Mahathir inilah yang telah menyebabkan Tunku akhirnya tertiarap dalam politik, walaupun beliau seorang negarawan yang besar ketika itu. Tunku sendiri terpaksa menulis sebuah buku khusus untuk menjawab kritikan-krtikan Dr Mahathir terutama berkaitan dengan Peristiwa 13 Mei. Selepas itu nama Dr Mahathir semakin mengharum dalam senario politik negara.

Kelicikan politik beliau terus terserlah apabila dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Razak meninggal dunia, walaupun beliau bukanlah Naib Presiden Umno yang mendapat undi tertinggi semasa pemilihan parti 1975. Malah selang enam tahun kemudian Tun Hussien Onn yang memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir ini pula yang melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepadanya. Peristiwa perletakan jawatan Tun Hussien ini sehingga kini masih misteri, iaitu apakah masalah kesihatan yang dihidapinya? Beliau dilihat masih sihat malah menyertai Tunku Abdul Rahman bersama-sama menyerang Dr Mahathir selepas peritiwa pengharaman Umno 1987. Semua pemerhati politik maklum dengan rahsia umum tersebut, Dr Mahathirlah yang menyebabkan Tun Hussien bersara awal. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive