KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

AKU HOT PAGI NI!! JANGAN MAKAN NASI ! MAKANLAH BUBUR NASI..

Albanjari - Apalah yang mahu di gundah dan disedihkan, jauh sekali untuk menjadi geram, tentang kandungan tajuk berita yang tersiar jam 7 pagi di tv 3 kupang tadi. Yaa..tentang " harga barang naik lagi ". Rakyat marhaen seumpama kita hanya mampu mendengar, mengangguk, mengeleng hingga kadang kala timbul bimbang, bimbang terkehel urat leher bila memandang suasana harga barang yang tidak pernah turun-turun., tiada pilihan. Kena telan juga. Hadapi , biarpun harus mengikat perut sendiri dan poket anak ke sekolah dengan membawa wang belanja RM1 @ sekadar 50 sen. Releven lagilah wang kocel sebanyak itu sekarang?

Maka benarlah telahan ramai orang, dari tukang cuci jamban sampailah kepada pemerhati politik bahawa harga barang pasti akan naik lagi apabila selesai pilihanraya. maka kita pun mengangguk lagi. Nasib marhaen pak hangguk. Sudah menjadi kelaziman agaknya, apabila menjelang pilihanraya pihak UMNO-BN lazimnya akan menurunkan beberapa harga barangan. Dan apabila telah menang pilihanraya , harga barangan itu akan dinaikan pula, tanpa memperdulikan bebanan rakyat marhaen sama ada yang menyokongnya mahupun yang menyokong pembangkang.

Bak kata Opah Rafidah dalam utusan malaysia di bawah., " jangan tunggu sampai nasi jadi BUBUR ". Opahnyer oi! dah lama nasi yang kami makan jadi bubur, dan buburlah yang menyebabkan kami tidak lagi memberi muka kepada UMNO dan BN. Phuiihh!! more...

1 comments:

Putra IJ80 said...

Sabar Kulaan,ada hikmahnya,kita minta utk memerentah Negra,dgn menawarkan penurunan harga minyak,barang dan lain lain kebajikan,di tolak.

Ada kalanya kepayahan dan kesusahan
megajar manusia menjadi lebih berakal(Beriman).

Posting terkini

Blog Archive