KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

Wan Azizah Dan Azmin Disiasat di IPK Shah Alam

Keadilan - Hasil rundingan diantara peguam pemimpin KeADILan dan polis membuahkan hasil dengan pihak polis berkunjung ke Pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam bagi mengambil kenyataan dari MB Khalid Ibrahim tengahari tadi.

Pihak polis tiba di pejabat MB sekitar jam 1 tengahari dan kenyataan selesai diambil selepas kira-kira 20 minit.

Dari seawal jam 10.30 pagi tadi, Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Khalid Ibrahim, Naib Presiden Azmin Ali dan Setiausaha Sulit MB, Yahya Sahri, menunggu kedatangan polis di Pejabat Menteri Besar yang terletak di tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah bagi membantu siasatan polis.

Khalid Ibrahim telah membatalkan mesyuarat mingguan Exco, sidang media tetap, serta program-program beliau yang lain bagi melancarkan proses siasatan polis.

Walaubagaimanapun polis enggan mengambil kenyataan di sana, sebaliknya bertegas menuntut kesemua pemimpin KeADILan untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive